Trending By: SGMS Faida April 30, 2018 @ 4:10pm

Aiskrim ‘Perisa’ Tikus? Lihat Apa Wanita Ini Lakukan…

Bayangkan… sedang enak korang menikmati aiskrim coklat dalam cuaca begini tiba-tiba kelihatan satu benda asing terkeluar. Puas ditarik, tapi tak boleh pula…ya lah, kan masih beku. Bila aiskrim dah cair, alamak…tikus rupanya! 

Bukan auta tapi insiden ini benar-benar terjadi di bandar Jiangsu Huaian apabila seorang wanita tergigit ekor tikus yang tersekat di dalam aiskrim.

Menurut laporan Shanghaiist, wanita yang dikenali sebagai Yang Xinru berkata, dia mengigit ais krim itu beberapa kali dan mendapati terdapat benda asing ‘berbulu’ di dalamnya.

“Gila…saya hampir tertelan seekor tikus. Ini bukan perkara main-main yang boleh diselesaikan dengan jumlah ganti rugi yang sedikit,” katanya.

Objek berbulu itu disangkakan ulat bulu pada mulanya namun selepas diperiksa, ternyata ia adalah seekor tikus! 

Susulan kejadian itu, tuntutan pampasan dari pasar raya di mana aiskrim itu dibeli telah dilakukan. Wanita itu menuntut pampasan sebanyak 50,000 yuan (RM30,943.05) atas alasan tergigit ekor tikus tersebut.

Malangnya, dia dimaklumkan bahawa dia hanya layak menuntut pampasan 1,000 yuan (RM618.86) sahaja.

Hurm, rasanya tak berbaloi jumlah pampasan dengan trauma yang dialami wanita itu… Pesanan untuk korang di luar sana, lebih berhati-hati okay bila makan sesuatu. Jangan main ‘bedal’ je tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Apr 2018

6张让女生原形毕露的「女校VS合校」爆笑对比!

念女校和男女合校的差异在哪?很多人可能有这样的疑问,而其实透过这6张图…..马上就能看出到底差在哪!

Trending Thu, 10 Oct 2019

Apa Cerita Di Sebalik Tulang-Tulang Bertaburan?

Imej Satelit Bongkar China Musnahkan Kubur Muslim Etnik Uighur

Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Trending Sat, 19 Oct 2019

Thailand Dijangka Alami Musim Sejuk Suhu Serendah 7 Darjah Celcius

Tak payah pergi jauh jauh lagi kat Thailand pun dah sejuk

Trending Fri, 13 Mar 2020
Trending Mon, 10 Jun 2019

‘Nak ‘Flirt’ Kena Ada Strategi’- Lelaki Ini Kongsi Tips Cari Calon Isteri Di Facebook

Moral of the story, jangan malu sangat nak mengorat tu kalau dah suka…

Trending Thu, 4 Jun 2020

Tindakan ‘unik’ Malaysia Ini berjaya bendung COVID-19

Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia!

Trending Sat, 16 Feb 2019

Muncung Pesawat Delta Menjunam Dari Ketinggian 34,000 Kaki

Tak terkata-kata penumpang didalam penerbangan mengucap syukur apabila selamat mendarat walaupun dalam keadaan cemas

Trending Thu, 19 Mar 2020

Penumpang Bas JB Ke Kuantan Disyaki Positif Covid-19

EKORAN penularan wabak covid-19 yang semakin membimbangkan waktu ini, pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah inisiatif bagi membendungnya termasuklah menkuarantinkan diri di rumah. Arahan Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan oleh perdana menteri Malaysia berkuatkuasa sejak 18 […]

| Live TV