Trending By: SGMS Faida August 15, 2018 @ 11:56pm

Lelaki Berlagak Pondan Bakal Kena Denda RM 1000

Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad memaklumkan lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan di tempat awam di Kelantan bakal dikenakan denda RM 1000.

Tambah beliau, individu yang ditangkap berkemungkinan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

Tidak kira sama ada lelaki berkenaan adalah warga tempatan atau orang luar, hukuman akan dikenakan. 

“ Lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti pondan adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pentauliahan Peguam Syarie di Jabatan Syariah, Tunjong, hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak pasti undang-undang negeri ini berkenaan pondan sama dengan negeri lain tetapi yang beliau pasti, undang-undang negeri ini jelas mengatakan sesiapa yang berpakaian atau berlagak seperti pondan di tempat awam boleh didenda atau dihukum penjara di bawah enakmen itu.

“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah mereka tetapi jangan di tempat awam, ia adalah satu kesalahan serius,” katanya. 

Daud percaya pondan masih wujud di Kelantan kerana beberapa faktor termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kurang perhatian daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka.

“Golongan ini wujud di negeri ini tetapi saya tidak pasti jumlah sebenar mereka. Semasa saya berkhidmat sebagai ketua penguatkuasa agama negeri, terdapat antara 40 hingga 70 pondan di negeri ini.

“Itu dalam tahun 1980-an dan untuk mendidik mereka, kami sentiasa mengadakan dialog dan juga kaunseling sepanjang masa. 

“Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin berkurangan dari tahun 80- an,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kekurangan dalam menjalankan operasi oleh pihak berkuasa tempatan boleh mendorong pondan bebas mengadakan aktiviti mereka. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Jun 2018

Nak Cantik Punya Pasal, Wanita Ini Sanggup Minum Air Kencing Anjing

Wanita ini mendakwa air kencing anjing mengandungi vitamin A, vitamin E dan 10 gram kalsium yang mampu merawat kulit wajah.

Trending Thu, 19 Jul 2018

Bila ‘Wanita Jadian’ Masuk Tandas Wanita Tulen, Ini Jadinya…

Perkongsian daripada Susylawati Faizol mendapat hampir 5,000 shares netizen yang kebanyakkan mereka tidak puas hati akan tindakan tersebut.

Trending Wed, 20 Nov 2019
Trending Sat, 21 Mar 2020

COVID-19: Jakarta Isytihar Darurat 14 Hari

Gabenor Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta, Anies Baswedan telah mengisytiharkan darurat selama 14 hari bagi ibu negara Republik itu ekoran ancaman wabak Covid-19. Perintah darurat ini telah disampaikan sendiri oleh beliau menerusi sebuah sidang media […]

Hiburan Sat, 29 Feb 2020
Trending Wed, 21 Nov 2018

E-Cigarettes and Vapes are 95% Safer Than Cigarettes

So it’s actually better to move onto these electronic devices rather than smoke those old school sticks…

Trending Tue, 9 Jun 2020

Tarikh Buka Semula Sekolah Akan Diumumkan Esok

Dah ready ke nak masuk sekolah semula?

Trending Mon, 9 Apr 2018

Niat Beli Jentolak ‘Lebur’, Peniaga Hilang RM 62,000

Pada mulanya mangsa yang berusia 48 tahun itu telah memasukkan RM 1000 sebagai tanda setuju.

Trending Wed, 16 Oct 2019

19 Kad Ucapan Hari Lahir Khas Buat Anak!

Untuk anak tercinta kerana Dah Tahu Nak ‘Pergi’,

| Live TV