Trending By: Del14 October 23, 2019 @ 6:42pm

Lagu Terbaru Selena Gomez Sindir Justin Bieber?

Sebenarnya memang ramai yang mungkin perasan, lagu terbaru Selena Gomez, salah satu selebriti dengan follower terbanyak di instagram, dengan tajuk “Lose You To Love Me” itu seperti sengaja ditujukan kepada bekas teman lelakinya, tidak lain dan tidak bukan si Justin Bieber.  Ketika ini tular di laman twitter dan internet apabila para peminat Selena membuat spekulasi bahawa lagu terbaru penyanyi terkenal itu mengandungi sindiran yang ditujukan langsung terhadap Bieber.  Lagu terbaru Selena yang baru dilancarkan itu pastinya akan mendapat sambutan hangat kerana sudah lama ditunggu-tunggu peminatnya.

Antara lirik yang dinyanyikan Selena menceritakan bagaimana dia begitu mudah “like it was easy” digantikan dengan orang lain, hanya dalam waktu dua bulan “replaced in two months”.  Walaupun tiada nama disebut dan Selena juga pernah bercinta dengan artis lain, tapi ramai yang membuat andaian bahawa orang yang dimaksud adalah Bieber yang menjadi kekasih Selena di antara tahun 2009 hingga 2017 (mereka telah banyak kali putus dan kemudiannya menyambung kembali hubungan sehingga akhirnya benar-benar putus pada bulan Mac tahun 2018 lalu.  Dan pada bulan Julai tahun yang sama Bieber mengumumkan pertunangannya dengan model terkenal Hailey Baldwin sebelum berkahwin pada bulan September yang lalu. Bieber juga pernah menjalin hubungan dengan Hailey Baldwin sebelum ini ketika dia dan Selena sedang “on a break“.

The Biebers (Justin & Hailey) dan foto ketika masih bersama, Justin dan Selena. Sumber Foto: Harper’s Bazaar

Tajuk lagu tersebut benar-benar menusuk kalbu apabila Selena seolah-olah mengatakan dia harus belajar untuk melupakan Bieber supaya akhirnya dapat menyayangi dirinya sendiri.  Ramai yang tahu bahawa Selena mengalami masalah kesihatan kerana mengidap penyakit lupus serta pernah mengalami tekanan jiwa mungkin dari perhatian yang berlebihan; maklumlah segala gerak-gerinya sentiasa menjadi perhatian dengan 58 juta pengikut di laman Twitter serta 158 juta pengikut di instagram, jauh meninggalkan Kim Kadarshian dan juga Beyonce yang masing-masing mempunyai bilangan pengikut seramai 134 juta dan 149 juta.

Walaubagaimanapun, Selena melalui akaun twitternya mengatakan bahawa lagu tersebut ditujukan kepada semua yang telah bersama-sama dengannya dalam mengharungi segala cabaran hidup dan rata-rata peminat setia Selena juga merasakan bahawa lagu terbarunya itu juga memberi tanda bahawa Selena kini sudah ‘move on‘ daripada masa lalunya.  Semoga Selena terus berjaya dalam kerjaya dan menemui pasangan hidup yang penyayang di dalam waktu terdekat!  

Sumber Foto: Laman Instagram Selena Gomez

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 May 2019

菲总统发表演讲被蟑螂「附体」了!

菲律宾总统罗德里戈·杜特尔特(Rodrigo Duterte)日前在一场竞选集会上发表演讲时,发生一个有意思的小插曲……

Trending Mon, 2 Dec 2019

‘Pakcik’ No Longer Has To Buy Burger For His Wife Again Because Secret Recipe Has Done The Deed

We feel very happy to see those happy smiles carved on the family’s faces. Happy belated birthday!

Trending Thu, 1 Mar 2018

Terlajak Awal! Gajah Pun Ke Sekolah Tau…

Kalau dilihat pada gambar di atas, gajah itu seolah-olah sesat kan? Nasib baiklah ketika kejadian, salah seorang kakitangan sekolah belum masuk tidur lagi.

Trending Tue, 24 Apr 2018

Here’s How You Can Know Everything Important About GE14

Election day is coming up but there’s so many things to know and learn about it. Here’s how you can follow every single detail of GE14.

Trending Sun, 18 Mar 2018

Sebab ‘Selfie”, Tertembak Ketika Asyik Bergambar Bersama Pistol

Kerana selfie, lelaki maut akibat tertembak kerana asyik bergambar dengan pistol

Trending Fri, 20 Dec 2019
Trending Mon, 6 Apr 2020

Siapa Sangka, Penderma Plasma Darah Pertama Ini Adalah Bekas Pesakit Covid-19

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam memerangi Covid-19

Trending Wed, 22 Apr 2020

Air Asia Umum Penerbangan Beroperasi Semula 29 April Ini

Wah, Air Asia bakal menerbangkan sayapnya tak lama lagi..

| Live TV