Trending By: Nani Ramlee January 30, 2018 @ 3:00pm

Isteri Punca Suami Jadi Anak Derhaka?

Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini. Situasi ini memang berlaku. Biarpun ramai yang tahu syurga lelaki tetap berada di bawah telapak kaki ibu walaupun telah berkahwin, namun ramai isteri yang seakan-akan tidak boleh menerima apabila suami melebihkan ibu atau ibu bapanya.

Lebih parah, apabila si suami menjadi anak derhaka dek kerana mengikut telunjuk isteri.

Menurut Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, jika situasi ini berlaku dalam sesebuah perkahwinan, itu bermakna si suami telah gagal mendidik isterinya.

“Sebenarnya kalau perkara ini berlaku, lelaki itu telah melakukan dua kesilapan yang mungkin tidak disedarinya. Pertama jadi anak derhaka kepada ibu bapa, satu lagi dia telah dayus. Dua-dua kesilapan ini boleh masuk neraka.

Apabila dia derhaka, automatik dia telah dayus kerana dia gagal mendidik isterinya sehingga dikongkong atau sebagainya. Situasi ini berlaku sebab jahil dan sayang tidak bertempat,” ujar beliau.

Menurut Dr. Fazilah Kamsah lagi, masalah anak derhaka kepada ibu bapa ini selalunya berlaku kerana masing-masing sama ada anak mahupun ibu bapa ada ‘sakit’ rohani.

“Selalunya masalah anak derhaka ini berpunca masing-masing ada sakit rohani. Kalau seseorang itu jaga ibadahnya, solatnya, kemungkinan untuk berlaku masalah derhaka itu sangat tipis.

Lagi satu sebabnya ialah, kalau seseorang itu jahil. Kalau dia faham tanggungjawab, Insya-Allah masalah derhaka tidak akan berlaku. Jadi, kena cari ilmu, berbincang, tanya orang yang lebih tua dan dapatkan nasihat untuk elakkan masalah anak derhaka ini.

Lagi satu saya hendak pesan, apabila berlaku situasi di mana ibu merasakan anak lelakinya melebihkan isteri, yang kena mengalah sebenarnya adalah ibu. Sebab ibu punya emosi, perasaan, dan doanya boleh mempengaruhi kehidupan anak-anak di dunia dan akhirat. Jadi ibu-ibu yang terasa hati dengan anak-anak mereka tolonglah maafkan mereka. Takut mak tak panjang umur. Kalau mereka kecil hati nanti, anak tak selamat, menantu pun tak selamat,” ujarnya lagi. 

Jadi bagaimana isteri boleh bantu suaminya masuk syurga?

“Hadiah yang terbaik untuk lelaki ialah mendapat seorang isteri yang solehah. Begitu juga dengan wanita, hadiah yang terbaik untuknya adalah mendapat suami yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapanya. Jadi isteri-isteri kena faham, dapat suami yang soleh, yang berbuat baik kepada ibu bapanya ini adalah satu anugerah yang sangat-sangat besar. Jadi janganlah cemburu dengan mertua”.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Oct 2019

Kematian Pesakit Di Perak Mungkin Akibat Virus Lain

Virus Zika disebarkan menerusi nyamuk Aedes

Trending Tue, 17 Apr 2018

Takut Tidur Sendirian Alasan Remaja Ini Berkahwin Di Bawah Umur

Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.

Trending Mon, 6 Jan 2020

The Reasons Why Mangala Spa Is The Ultimate Detox And Beauty Retreat For You!

Pamper yourself at the first ever ecological spa!

Trending Tue, 26 Dec 2017

8岁罕见疾病男孩为生命在奔跑「最年轻铁人三项挑战者」

在这个“瘦等于美”的扭曲审美观世界,许多人几乎将“胖”视为一种原罪,认为胖的人就是好吃懒做,无法对自己的人生负责任。但肥胖难道真的就像是外界所想的,是无法对人生负责任的一种态度吗?

Trending Tue, 24 Mar 2020
Trending Wed, 10 Jul 2019

Nak Beli Rumah Tapi Kena Black List PTPTN? Ini Berita Baik Untuk Korang!

Anda akan dikecualikan daripada sekatan sekiranya hendak membeli rumah pertama.

Trending Mon, 8 Jul 2019

Mariah Carey Slayed the Bottle Cap Challenge

Carey sang so high, it snatched the cap off the bottle bald! Game over! All hail the Queen!

| Live TV