Trending By: Attiqah Mohd March 24, 2020 @ 1:53pm

‘Hulurkan Tangan, Ringankan Beban’- Rayuan Sumbangan Media Prima-NSTP Untuk Cegah COVID-19

±Setiap sumbangan kecil yang anda disalurkan, amat besar nilainya buat mereka..

Penularan COVID-19 telah meragut hampir 14 nyawa sehingga ke hari ini. Keadaan ekonomi kian gawat dan penghidap COVID-19 bertarung nyawa setiap hari. Dalam kemelut negara memerangi penularan wabak COVID-19, Media Perima Berhad telah melancarkan kampen pengumpulan dana untuk Bantuan Kemanusiaan COVID-19, melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Media Prima-NSTP Humanitarian Fund).

Bekalkan  sumber perubatan dan keperluaan

Dana yang disalurkan berhasrat untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit-pesakit COVID-19. Setiap sumbangan yang diterima akan disalurkan untuk tujuan pembelian kelengkapan perubatan yang kritikal dan keperluan lain bagi membantu usaha pemulihan pesakit yang dijangkiti wabak ini. 

“Sebagai kumpulan media bersepadu yang terbesar di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bukan sahaja membantu mewujudkan kesedaran dan menyampaikan berita terkini yang tepat pada masanya, malahan menyampaikan bantuan kemanusiaan. Kami akan menggunakan platform-platform media bagi mencapai demografi sosial yang luas serta merayu untuk bantuan ini. Kami tidak akan berhenti sehingga virus ini dapat dibendung. Marilah kita bersatu dalam melawan COVID-19.”

          -Datuk (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima

Dalam pada itu, Media Prima turut berkerjasama   dengan pihak-pihak berkenaan bagi menyalurkan sumbangan tersebut dan telahpun menghubungi hospital-hospital bagi menentukan keperluan segera dan kritikal diperlukan mereka.

Hulurkan bantuan, ringankan beban

Orang ramai boleh menyumbang ke tabung ini melalui cek, perbankan dalam talian atau deposit kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund  (MAYBANK: 5141-0532-3170). Para penderma boleh menghantar emel slip transaksi bank dan menyatakan COVID-19 kepada [email protected] untuk pengeluaran resit.

Semua cek boleh dibayar (payable) kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund dengan menulis ‘COVID-19’ di belakang cek tersebut. Sila alamatkan cek tersebut kepada Jabatan KomunikasiKorporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

 Sejak dilancarkan pada tahun 1991, Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP ini telah menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan perubatan, bencana dan ekonomi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Jun 2018

MP Wants Malaysians to Marry at 18-Years-Old and Above

She wants to end child marriages.

Trending Thu, 5 Sep 2019

Anak Muda Kg Cherating Menang Luncur Ombak di India

Dalam persiapan menghadapi Sukan SEA 2019.

Trending Sat, 22 Jun 2019

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Trending Mon, 15 Jun 2020
Trending Mon, 16 Dec 2019

这吃药习惯很多人都有!其实很伤身

用药是经常的事情,你可知道,吃药方式不对,就算药没问题,人也会出问题!

Trending Wed, 11 Sep 2019

Salam Takziah – Presiden Indonesia Ketiga, BJ Habibie Meninggal Dunia

Bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat,

Trending Thu, 1 Mar 2018

Terlajak Awal! Gajah Pun Ke Sekolah Tau…

Kalau dilihat pada gambar di atas, gajah itu seolah-olah sesat kan? Nasib baiklah ketika kejadian, salah seorang kakitangan sekolah belum masuk tidur lagi.

Trending Thu, 23 Apr 2020
Trending Mon, 22 Jul 2019

| Live TV