Trending By: SGMS Enal March 2, 2019 @ 10:31am

Cuaca Panas Dianggar Meningkat Lagi, Orang Ramai Perlu Waspada

Orang ramai diminta tidak terlalu bimbang dengan cuaca panas dan kering yang berlaku ketika ini kerana ia merupakan fenomena biasa yang berlaku setiap tahun, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jailan Simon.

Bagaimanapun, mereka harus sentiasa berwaspada dengan mengamalkan minum air yang banyak serta mengurangkan aktiviti luar bagi mengelak terdedah kepada strok haba serta masalah kesihatan yang lain.

Jalian berkata cuaca panas yang dialami antara Februari hingga pertengahan April merupakan penghujung monsun timur laut yang menyebabkan kadar hujan yang rendah.

“Pada masa ini lumrahnya memang panaslah. Matahari pun menghampiri khatulistiwa, kita pun memang alami situasi ni setiap tahun tapi kita jangan bimbang sangat sebab kita tak jangka cuaca panas yang ekstrem akan berlaku.

Bagaimanapun cuaca panas akan berkurangan menjelang hujung April nanti. Sebab kita jangka musim peralihan monsun akan masuk hujung Mac dan cuaca panas akan berkurangan menjelang hujung April, ” katanya dalam program terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini.

Beliau berkata walaupun suhu panas dianggar meningkat 0.5 hingga 1 darjah celcius berbanding keadaan biasa, namun ia masih dianggap normal dan tidak sehingga mencapai suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.

Jailan berkata, beberapa negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak mencatat suhu sehingga 37 darjah celcius iaitu pada tahap kuning atau dalam kategori berjaga-jaga.

Katanya, fenomena El Nino yang dijangka berlaku pada Mei nanti agak lemah dan tidak memberi impak yang signifikan kepada cuaca di negara ketika ini.

Jabatan itu sentiasa memantau suhu semasa setiap hari dan berkongsi maklumat dengan Agensi Pengurusan Bencana dan agensi lain seperti Jabatan Kesihatan dan Pendidikan untuk tindakan sewajarnya.

Jailan berkata perkara yang menjadi kebimbangan ketika cuaca panas adalah paras air di empangan akan merosot disebabkan taburan hujan yang berkurangan seperti yang berlaku di Johor dan Sabah ketika ini dan seterusnya berkemungkinan menghadapi krisis air.

Sementara itu, Jailan berkata kaedah pembenihan awan untuk menghasilkan hujan adalah jalan terakhir sekiranya krisis air terus meruncing, namun ia bukanlah jaminan hujan akan turun, selain ia hanya boleh dilakukan mengikut kesesuaian cuaca dan sebagainya selain membabitkan kos yang tinggi.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Nov 2019
Trending Tue, 15 May 2018

Baca Label Penjagaan Baju Sebelum ‘Campak’ Dalam Mesin Basuh

Korang tahu tak kenapa baju kalau warna hitam jadi luntur, ataupun ada sesetengah kain mereput walaupun baru digunakan beberapa kali? Salah satu sebabnya adalah disebabkan cara penjagaan korang terhadap pakaian atau barangan tersebut.  Kalau korang […]

Trending Sat, 22 Jun 2019

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Trending Mon, 22 Jun 2020
Trending Tue, 15 May 2018

露营远离人造光快速调生理时钟「灯」使人越来越晚睡

近几年来露营活动盛行,它除了能亲近大自然外,还能快速调节生理时钟,减少身体对人工光线的影响。

Trending Tue, 19 Dec 2017

Kongsi Resepi Rahsia Tom Yam Ala Thai Milik Arwah Neneknya

Resepi Rahsia Tom Yam Ala Thai . katanya resepi ini milik arwah neneknya gerenti sedap dan pasti nak tambah lagi .. Apa yang menariknya.. jom kita lihat resepi dan cara masaknya.. Kalau dah cuba nanti […]

Trending Fri, 4 Jan 2019

惊人想像力搭配迷你模型!幽默重现办公室点滴

来自美国的Derrick Lin喜欢收集各种不同的小人模型,且充满想像力的他将这些小人,以幽默或是讽刺的手法重现他在办公室的生活。

Trending Tue, 23 Jun 2020
Trending Wed, 3 Apr 2019

Misteri Kehilangan Acap, Dipercayai Disorok Makhluk Ghaib Di Gua

Sesetengah natizen yang dipercayai mempunyai “ilmu” memberitahu lokasi Acap dan sebab mengapa lelaki itu hilang.

Trending Thu, 18 Jun 2020

| Live TV