Trending By: SGMS Faida September 25, 2018 @ 6:00pm

Bila Masa Dalam Negeri Johor Surat Rasmi Ditulis Dalam Dua Bahasa?

“ Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Baginda hari ini murka dengan dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi MBIP yang tular di media sosial.

Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam Bahasa Melayu

“ Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mesti dalam Bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.

 

Baginda bertitah demikian bagi mengulas tindakan seorang Ahli Majlis MBIP menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog dan ia turut viral dalam laman media sosial.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah semua pihak harus menghormati penggunaan Bahasa Melayu dalam sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri mahu pun PBT yang digunapakai sejak dahulu di Johor.

“ Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,” titah Baginda yang dikongsi di dalam hantaran terbaharu di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Surat rasmi Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dalam bahasa Cina itu tular di media sosial, baru-baru ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Apr 2020
Trending Sun, 21 Oct 2018
Trending Sun, 23 Dec 2018

Indonesia Dilanda Tsunami Lagi, Kali Ini Di Banten Dan Lampung

penduduk pesisir pantai tidak melaporkan melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi, sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda

Trending Wed, 14 Nov 2018

Wanita Nepal Ini Mula Jadi Sebutan Penduduk Dunia, Siapa Gerangan Si Dia?

Cantik betul kan? Tak hairanlah dia digelar ‘Bidadari Dari Syurga’. Ye tak?

Trending Fri, 30 Aug 2019
Trending Mon, 21 Oct 2019
Trending Tue, 27 Feb 2018

Belanja Lebih RM2,000 Untuk Merasai Hidangan Pelik

Logik tak logik tetapi inilah yang berlaku dimana pasangan ini sanggup membelanjakan RM2,000 ungtuk merasai hidangan pelik di sebuah restoran antara terbaik di dunia

Trending Thu, 22 Aug 2019
Trending Wed, 24 Jul 2019

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak Betul Ke?

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 Diciplak, Menteri Tampil Beri Penjelasan

| Live TV