TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 1:17pm

TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, TM telah mengumumkan bahawa pelanggan pakej Unifi mereka akan menerima penaikkan-taraf kelajuan internet mereka sehingga 10 kali ganda lebih pantas dengan pengenalan Unifi Turbo. Perkara ini telah disahkan oleh pihak TM pada 12 Julai.

Lebih menggembirakan lagi, tiada kenaikan harga pada cas bulanan dikenakan pada peningkatan kelajuan ini. Ia bermakna, anda akan menikmati internet jalur lebar dengan kelajuan 10 kali lebih pantas dengan cas bulanan yang sedia ada.

Kredit : TM Group

Menurut TM, pengguna yang melanggan pakej pada kelajuan internet 30Mbps akan menerima peningkatan kepada 300Mbps50Mbps ke 500Mpbs dan pengguna internet berkelajuan 100Mbps pula akan menikmati kelajuan sehingga 800Mbps. Manakala bagi pelanggan pakej 20Mbps ke bawah, kelajuan internet mereka akan dipertingkatkan kepada 100Mbps.

Bagi pengguna Streamyx pula, anda tidak perlu risau kerana jika anda tinggal di kawasan yang menerima sambungan Unifi, internet anda juga akan dinaiktaraf ke Unifi secara percuma. Jika tidak, anda akan menerima peningkatan kelajuan dua kali ganda berbanding yang sedia ada atau ke kelajuan maksimum yang menyokong tempat tinggal anda.

Perubahan kelajuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Ogos ini dan dijangka berakhir selewat-lewatnya pada penghujung tahun hadapan. Bagi mereka yang belum melanggan sebarang pakej internet TM, daftar segera sebelum 31 Disember ini untuk menikmati peningkatan kelajuan pada tahun hadapan.

Baca juga – Unifi Basic 30Mbps Dengan Harga Langganan RM 79 Sebulan

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 19 Jul 2018

MacBook Pro Dengan Cip Core-i9 Hadapi Masalah Penyejukan?

MacBook Pro yang dilancarkan Apple Inc. baru-baru ini telah mendapat naik taraf yang sepatutnya apabila cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8 mula digunakan. Dengan tetapan terbaik, pengguna boleh mendapatkannya dengan cip Intel Core-i9 dengan clockspeed asas 2.9GHz dan storan […]

TECH Mon, 14 Jan 2019

Cara Menghantar Fail Besar Melalui E-mel

Berikut kami kongsikan cara bagaimana anda boleh menghantar fail besar kepada seseorang dengan menggunakan e-mel.

TECH Mon, 18 Dec 2017

Tronsmart Perkenal Pengecas Pantas Di Pasaran Tempatan

Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka, kini dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan empat produk terbaharunya

TECH Thu, 12 Jul 2018

SOCAR Now Offers One-Way Trips and Monthly Contest to Go ANYWHERE

Don’t you want to win a mystery adventure to anywhere around the world? More details inside!

TECH Tue, 3 Jul 2018

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Pasaran telefon pintar masa kini semakin berkembang dengan hadirnya model yang memfokuskan kepada permainan mudah alih. Sepertimana Razer dengan Razer Phone, Xiaomi dengan Black Shark dan terbaru, Asus melalui Asus ROG Phone. Tidak mahu ketinggalan, Huawei, […]

TECH Sat, 1 Dec 2018

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max

Jika anda mempunyai Iphone 7,8 dan X, anda boleh mencuba cara ini.

TECH Thu, 20 Dec 2018
TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

TECH Wed, 31 Jan 2018

旅行青蛙「幸运轮」赠品效果大解析

最近,日本手机游戏“旅行青蛙”(旅かえる)风靡中国和台湾,就连娱乐圈的艺人都深陷在这疗愈又可爱的手游。相信大家都知道青蛙每次出游回到家,都会带回一张「抽奖券」。而集满五张就可以转一次「幸运轮」!但是抽到的赠品到底有什么功用呢?

TECH Wed, 22 Jan 2020

Tips Tambah Baik Kelajuan Internet Di Rumah

Anda mungkin pernah beberapa kali menghadapi masalah internet perlahan di rumah, dan membuatkan anda lebih kecewa apabila telah membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan namun tiada apa-apa perubahan berlaku. Penyedia perkhidmatan biasanya hanya akan menyediakan sambungan […]

| Live TV