TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:01am

Minat Nak Pakai Kamera Keluar Masuk? Vivo NEX Kini Rasmi Pada Harga RM2799

Pejam celik pejam celik hampir 5 bulan Vivo NEX dipertontonkan buat pertama kali pada acara Mobile World Congress Februari yang lalu dan kini ia telah rasmi buat peminat tempatan.

Tak mahu kelihatan pelik dengan skrin bertakuk, Vivo tampil lebih pelik dengan kamera swafoto yang boleh disembunyikan. Idea yang ditonjolkan pada peranti ini memberi ruang kepada syarikat pengeluar membawakan paparan skrin yang lebih luas berbingkai nipis.

Berada dalam kelas flagship, Vivo NEX dilengkapi dengan skrin Super AMOLED Ultra Fullview berukuran 6.59 inci dengan nisbah skrin ke badan 91.24%.

Spesifikasi dalaman pula dikuatkan dengan penggunaan cip pemprosesan pujaan ramai, Snapdragon 845, RAM 8GB, dan storan dalaman 128GB dengan sokongan memori tambahan melalui slot kad MikroSD.

Vivo NEX menggunakan tetapan dwi kamera belakang yang menggabungkan lensa 12MP + 5MP dengan ciri penstabilan imej optikal (OIS). Ciri utama yang dipertaruhkan pada model ini adalah kamera swafoto yang boleh bergerak keluar masuk, menggunapakai lens 8 MP.

Lain-lain ciri yang memperkemaskan peranti ini adalah pengimbas cap jari yang terbina pada skrin, bateri berkapasiti 4000 mAh, port USB Type C, dan antaramuka Funtouch OS 4.0 berasaskan Android Oreo 8.1.

Akan mula ditawarkan pada 28 Julai secara dalam serta luar talian disemua pengedar sah Vivo Malaysia termasuk platform Lazada, 11Street, Shopee dengan tanda harga RM2799.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 17 Jul 2018

Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Sudah Rasmi, Dijual Pada Harga RM349 Dan RM499

Peranti bajet Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A, kini sudah diumumkan bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Hal ini sudah dijangka lebih awal kerana Mi Malaysia sudah beberapa kali memberi bayangan kehadiran dua model kelas permulaan itu. […]

TECH Fri, 11 Jan 2019

Galaxy S10 Mempunyai Tiga Kamera dan Bezel Super Tipis

Selepas Galaxy S10 +, kini giliran Galaxy S10 mendedahkan. Adakah Forbes menunjukkan bahagian selongsong dari telefon pintar ini. Mempunyai tiga kamera dan bezel di sekitar skrin yang sangat nipis.

TECH Fri, 20 Sep 2019

Nak Tahu Cara Guna 2 Akaun Whatsapp Secara Serentak Pada PC

Punya dua akaun WhatsApp dan ingin membukanya secara serentak? 

TECH Wed, 1 Jan 2020

Guna Teknologi Pengimbasan Wajah Rekod Kehadiran Murid

Waa.. sekarang dah tak boleh ponteng sekolah.

TECH Tue, 14 Jan 2020

Cara Untuk Mengetahui Saiz Gambar Pada iPhone

Khusus untuk pengguna iPhone, salah satu kelemahan yang admin kurang gemar tentang iPhone ialah kesukaran untuk melihat saiz gambar yang terdapat pada galeri foto. Mungkin bagi sesetengah pengguna, perkara ini tidak begitu signifikan. Namun bagi […]

TECH Sat, 17 Mar 2018

Tips Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Tips kali ini dikongsikan kepada mereka yang mempunya peranti iPhone 6.

TECH Thu, 13 Dec 2018

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Adakah anda mempunyai masa untuk melukis ataupun ingin menjadi pelukis yang hebat? Anda perlu cuba aplikasi ini.

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cemas Kalau iPhone Hilang, Ini Cara Yang Boleh Bantu Anda

Ada applikasi rupanya buat anda pengguna Iphone. Ingat untuk aktifkan ya!

TECH Wed, 8 Aug 2018

Tukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Jika anda bosan dengan paparan Iphone anda yang sedia ada,cubalah cara ini.

TECH Sat, 16 Feb 2019

Cara Mengatasi Masalah Muat Turun Tergendala Pada Playstore

Adakah anda pernah memuat turun sesuatu aplkasi di Apps Store tetapi tidak dapat memuat turun sepenuhnya? Ketahui cara-cara mengatasinya disini.

| Live TV