FESYEN By: SGMS Putri December 27, 2017 @ 12:25pm

Tips Ketahui Cara Untuk Muat Turun Tanpa Had Melalui Rangkaian Selular Buat Peranti iOS

Peranti jenama Apple sememangnya mempunyai ramai pengguna. Namun, sejak sekian lama, Apple telah menghadkan saiz muat turun menggunakan peranti iOS dengan penggunaan rangkaian selular bagi pengguna mereka. Terbaru, melalui kemaskini iOS 11, pihak Apple telah mempertingkatkan had saiz muat turun kepada 150 MB berbanding 100 MB pada versi yang terdahulu.

Ini bermakna, pengguna iOS perlu menghubungkan peranti mereka dengan sambungan wi-fi terlebih dahulu sebelum boleh memuat turun sebarang fail yang lebih besar daripada 150MB. Perkara ini agak menjengkelkan terutama sekali bagi pengguna yang tidak melanggan sebarang servis wi-fi di kediaman mereka.

Akan tetapi, masalah ini sudah ada penyelesaiannya. Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah di bawah sahaja.

1.Buka App Store dan mulakan muat turun aplikasi yang anda mahu

2.Klik ‘OK’ pada paparan pops-up amaran yang muncul selepas itu

3. Kembali ke Home Screen dan pergi ke Setting. Ikon aplikasi yang sedang menunggu untuk dimuat turun akan muncul di Home Screen.

4. Tekan General dan pilih Date & Time

5. Nyah-aktifkan fungsi tetapan automatik masa dan tarikh

6. Ubah tarikh ke hadapan selama 2-3 hari

7. Perhatikan ikon aplikasi yang anda pilih tadi, ia sedang memuat turun !

Jangan lupa untuk mengubah tetapan tarikh anda semula selepas selesai memuat turun. Selamat mencuba semua!

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 11 Jul 2018

Nubia Z18 – Peranti Kelas Perdana Terbaru ZTE Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845

Jika Huawei ada Honor, ZTE pula memiliki Nubia sebagai syarikat di bawah naungannya. Jenama Nubia mula melonjak naik semasa mereka memperkenalkan peranti menfokuskan permainan video, Nubia Red Magic. Kini, mereka dilaporkan sedang dalam proses terakhir untuk memperkenalkan peranti kelas perdana terbaru […]

TECH Tue, 3 Jul 2018

Peranti Samsung Menghantar Gambar Secara Automatik Tanpa Pengetahuan Pemilik

Masalah pepijat pada aplikasi permesejan asal Samsung telah menyebabkan ia menghantar gambar secara rawak kepada beberapa kenalan yang disimpan di dalam peranti tanpa pengetahuan pemiliknya. Perkara ini telah menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam laman Reddit dan forum rasmi Samsung sendiri. […]

LIFESTYLE Tue, 8 Oct 2019

Tabiat Tutup Hidung Dan Mulut Ketika Bersin Ada Risiko?

Berisiko Bahayakan Kesihatan Dalaman Jika Amalkan Tabiat Ini.

TECH Sat, 5 May 2018

台湾精品引爆全马大专电竞赛!奖金高达13万令吉

大马有史以来最大型的大专院校电子竞技比赛「台湾精品全马大专电竞赛2018」即将揭开序幕,争夺总奖金高达13万令吉。

TECH Thu, 31 May 2018

Cara Untuk Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada iPhone

Ramai pengguna iPhone yang tidak tahu cara mengaktifkan fungsi rakaman skrin pada iPhone.

Automobile Sat, 16 Mar 2019

「亚洲GT赛车节」观赛指南

出战亚洲赛车殿堂!「亚洲GT赛车节」观赛指南~

TECH Mon, 16 Jul 2018

Penggunaan Google Translate Meningkat Sepanjang Piala Dunia 2018

Aplikasi terjemahan Google Translate mencatatkan penggunaan tertinggi disepanjang berlangsungnya temasya Piala Dunia 2018 di Rusia. Menurut, pengurus produk Google Translate, Julie Cattiau, angka pengguna Google Translate meningkat dua kali ganda. Faktor peningkatan ini disumbang oleh […]

TECH Sat, 27 Jul 2019
TECH Thu, 17 May 2018

Kawal Aktiviti & Berhenti Menonton Ikut Waktu Dengan Ciri Baru YouTube Ini

Take A Break antara applikasi terbaru dari Youtube kawal aktiviti & berhenti menonton ikut waktu

| Live TV