TECH By: SGMS Putri July 11, 2018 @ 2:53pm

Nubia Z18 – Peranti Kelas Perdana Terbaru ZTE Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845

Jika Huawei ada Honor, ZTE pula memiliki Nubia sebagai syarikat di bawah naungannya. Jenama Nubia mula melonjak naik semasa mereka memperkenalkan peranti menfokuskan permainan video, Nubia Red Magic.

Kini, mereka dilaporkan sedang dalam proses terakhir untuk memperkenalkan peranti kelas perdana terbaru mereka, Nubia Z18. Peranti berkenaan akan menggunakan sistem cip premium dari Qualcomm, Snapdragon 845, menurut laporan Geekbench.

Imej Tidak Rasmi Nubia Z18 (Kredit : TENAA)

Nubia sebelum ini telah melancarkan Nubia Z18 Mini dengan spesifikasi lebih rendah. Selain penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 660, peranti itu juga menggunakan unit pemprosesan grafik Adreno 512 berbanding Adreno 630 yang digunapakai pada model Z18.

Nubia Z18 ini juga dikatakan akan hadir dengan dua pilihan variasi iaitu 6GB RAM + 64GB ROM dan 8GB RAM + 128GB ROM. Peranti ini akan dijana oleh bateri dengan kapasiti 3,350 mAh dan dijalankan dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Imej Nubia Z18 Mini (Kredit : GizmoChina)

Dari segi kamera pula, peranti ini menggunakan kamera utama dwi-lensa 24 MP dan 8 MP. Manakala bagi kamera swafoto pula, Nubia Z18 akan hadir dengan lensa 8 MP. Peranti ini boleh dinyahkunci melalui imbasan cap jari. Tiada sokongan pengesanan wajah dinyatakan setakat ini.

Selain itu, terdapat juga laporan mengatakan Nubia akan turut memperkenalkan satu lagi model dibawah siri yang sama iaitu Nubia Z18s. Namun setakat ini, tiada maklumat terbaru yang boleh dipercayai berkenaan peranti tersebut.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Fattah dan Neelofa Berkongsi Jenama “OPPO”,

Fattah dan Neelofa Berkongsi Jenama “OPPO”,

TECH Thu, 25 Jan 2018

4 Cara Virus Boleh Menjangkiti Sesebuah peranti

Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows. Walaupun  kebanyakan daripadanya tidaklah merbahaya, namun kehadiranya sangat menjengkelkan pengguna.

TECH Mon, 3 Sep 2018

Work Hard and Play Harder with Lenovo’s New Laptop

It’s perfect for workers and students who also enjoy gaming.

TECH Wed, 28 Feb 2018

Apple Inc Rancang Tamat Keluaran iPhone X

Apple bakal  menghentikan pengeluaran iPhone X memandangkan penjualan peranti itu tidak melonjakkan graf penjualan telefon pintarnya.

TECH Wed, 29 Aug 2018

Ketahui Cara Untuk Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Terdapat cara lain untuk mencari gambar yang telah anda cari sebelum ini tanpa menggunakan butang ‘history’ pada ‘Browser Chrome’ anda.

TECH Sun, 15 Jul 2018

WhatsApp Uji Fungsi “Mark as Read” dan “Mute” Pada Ruang Notifikasi

Pada tahun ini WhatsApp sudah dikemaskini dengan sejumlah ciri baru untuk menjadikannya sebagai aplikasi pemesejan paling popular. Sedikit demi sedikit ciri diperkenalkan dan melalui versi beta yang terbaru, fungsi “Mark as Read” dan “Mute” boleh […]

TECH Tue, 17 Jul 2018

Rebut Peluang Beli ZenFone Max Pro Pada Harga RM1

Asus melalui promosi RM1 Frenzy bakal menawarkan 20 unit bank kuasa ZenPower Slim dan 10 unit ZenFone Max Pro pada harga RM1. Ini berikutan kejayaan gedung rasmi dalam talian Asus Malaysia di Lazada yang berjaya memperoleh pengikut sebanyak lebih dari 12,000 […]

TECH Fri, 29 Jun 2018

Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Mod navigasi motosikal untuk Google Maps akhirnya diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 28 Jun yang lalu.  Fungsi ini akan membantu penunggang motosikal di negara untuk mendapatkan arah jalan dan tempoh anggaran masa yang terpantas […]

TECH Wed, 3 Jul 2019

Facebook, Instagram Dan Whatsapp Alami Gangguan

Pengguna tidak dapat memuatnaikkan sebarang gambar dan video mahupun status

TECH Fri, 24 Nov 2017

Cara Hantar “Sticker” Melalui Aplikasi WhatsApp

Jika Facebook terkenal dengan fungsi “Sticker”-nya, mesti ada yang kurang berpuas hati kerana aplikasi Whatsapp tidak menyediakan fungsi “Sticker” sebagai nilai tambah pada penggunanya. Kerana boleh dikatakan hampir semua aplikasi berbual yang lain sudah menyediakan kemudahan […]

| Live TV