TECH By: SGMS Putri August 29, 2018 @ 4:50pm

Ketahui Cara Untuk Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna melihat imej yang dikehendaki sahaja tanpa masuk ke laman sesawang asal imej tersebut. Namun, butang itu terpaksa dikeluarkan oleh pihak Google atas dasar perjanjian mereka bersama pembekal stok imej, Getty.

Perkara ini nampak seakan tidak penting, tetapi ia sebenarnya memberi kesan yang agak besar kepada pengguna. Ini kerana sesetengah pengguna perlu melihat imej secara jelas sebelum menggunakan atau menyimpan imej berkenaan. Dan tanpa butang ‘View Image’ itu, mereka terpaksa untuk klik pada butang ‘Visit’ dan masuk dahulu ke laman sesawang asal imej berkenaan untuk melihat imej tersebut pada saiz penuh.

Kini anda tidak perlu risau lagi. Kami akan tunjukkan cara untuk kembalikan butang View Image tersebut kepada anda. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu memasang satu extension di Google Chrome yang dinamakan sempena butang tersebut, iaitu View Image. Extension ini telah dibangunkankan oleh Joshua B dan ia adalah percuma.

Selepas selesai muat turun dan pasang extension ini, anda akan mendapati bahawa butang View Image ini akan kembali muncul pada carian imej anda. Dengan adanya butang ini, anda akan dapat melihat imej yang diingini terus melalui laman Google Images tanpa perlu masuk ke mana-mana laman sesawang.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 18 Nov 2019

Cara Hantar Mesej Telegram Mengikut Jadual

Rata-rata ramai pengguna media sosial sudah maklum akan aplikasi Telegram jauh lebih baik berbanding aplikasi WhatsApp. Banyak ciri-ciri yang ada disediakan di Telegram tapi tidak ada pada WhatsApp. Baru-baru ini Telegram mewujudkan dua ciri yang […]

TECH Tue, 5 Dec 2017

IMBASAN TAPAK TANGAN HADIAH DARI SAMSUNG

Kalau Apple memperkenalkan sistem thumbprint dan face ID untuk Iphone keluaran terbarunya, kali ini Samsung pula bakal menaik taraf telefon keluarannya dengan memperkenalkan sistem imbasan tapak tangan. Menarik bukan?

TECH Thu, 19 Dec 2019

Facebook Boleh Jejak Lokasi Pengguna Walau Matikan Tetapan ‘Location’

Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa kita sedang diintip oleh Facebook. Betul ke? Ya, pihak Facebook telah menghantar dua surat perakuan mengenai mereka mengetahui jejak lokasi di tempat pengguna Facebook. Paling peliknya,  walaupun […]

TECH Mon, 3 Dec 2018

YouTube也要玩限时动态 ! 7天后消失

Google旗下影音频道YouTube,正式把限时动态Stories推出到订阅人数超过1万人的YouTuber使用。

TECH Fri, 12 Jul 2019

Cara Sekat “Si Pencuri” WiFi

Pertama sekali masuk ke menu tetapan modem seperti berikut, kemudian masuk ke menu Setting. Menu tetapan ini kebiasaan boleh diakses dengan kod alamat 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 dan sebagainya seperti yang tertera pada bahagian info modem. Seterusnya pada bahagian Security, pilih menu Device […]

TECH Fri, 16 Aug 2019

Aplikasi BabyCam Bantu Pantau Bayi Yang Sedang Tidur

Sebagai seorang ibu, tugas di rumah tidak pernahnya sudah. Lagi-lagi kalau ada bayi kecil pastinya tidak menang tangan untuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Pasti sekejap-sekejap keluar mengintai untuk lihat si kecil menangis atau terjatuh kerana takut […]

TECH Mon, 26 Nov 2018

Bagaimana Untuk Menukar Rupa Android ke Windows 10

kalau anda suka dengan launcher window 10 boleh mencubanya…

TECH Wed, 9 Oct 2019

IG取消「Following」追踪功能!再也法看到他人活动纪录

Instagram 最新抛出震撼弹,取消「追踪中」的所有活动纪录!

TECH Sat, 2 Jun 2018

8 Panduan Memotret Mode Manual di Smartphone

kita boleh menyesuaikan atau memberi kesan yang super kreatif pada setiap foto yang menghasilkan kamera

TECH Tue, 21 Jan 2020

Cara Melakukan Tetapan Kad Kredit Pada Pelayar Chrome

Kepada anda yang gemar memebeli belah secara atas talian menggunakan kad kredit atau debit, berikut kami kongsikan cara untuk menghubungkan kad kredit dengan pelayar chrome untuk memudahkan proses pembayaran atas talian. Pertama sekali buka aplikasi […]

| Live TV