TECH By: SGMS Putri July 10, 2018 @ 3:24pm

Tepi Sikit iPad, Surface Go Kini Sudah Boleh Di Pra-Tempah

Setelah bertiup angin mengatakan iPad akan mempunyai pencabar terbaru dari segi harga, Surface Go telah dilancarkan oleh Microsoft yang akan mula dijual secara pra-tempah selepas tarikh 2 Ogos untuk pasaran Malaysia.

Berapa perkara yang diketengahkan mengenai Surface Go ini dan antaranya adalah harga yang ditawarkan. Untuk variasi permulaan, Surface Go dijual dengan harga cadangan pengeluar RM 1,600 ($399).

Untuk harga sebegitu, pengguna boleh mendapatkan peranti Surface Go yang dipacu dengan CPU Intel dari jenis Intel®Pentium Gold 4415Y, ruang RAM sebesar 4GB dan ruang storan ROM sebesar 64GB.

Skrin paparan berukuran 10-inci digabungkan dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 9 jam. Dengan berat sekitar 0.5 kilogram, Surface Go disasarkan untuk mereka yang kerap bergerak semasa bekerja, pelajar dan kepada sesiapa yang tidak menyukai rekaan komputer riba yang lebih berat dan besar.

Untuk aksesori lain pula seperti papan kekunci yang boleh berfungsi sebagai penutup peranti, ia dijual berasingan dengan kos tambahan sebanyak Rm 400 dan Surface Pen yang dijual dengan harga yang sama.

Kelebihan papan kekunci Surface ini adalah ia juga menyertakan ruang cursor bagi memudahkan kerja-kerja tatal di dalam Surface Go. Tambahan pula, Surface Go mempunyai sambungan luar yang berfungsi untuk digunakan untuk 2 monitor dengan resolusi 2K.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 30 Mar 2018

Nak Keluar dari Group Whatsapp Tanpa Ada Yang Tahu

Nak keluar dari group Whatsapp serba salah so apa kata guna tips ini untuk keluar tanpa ada yang tahu

TECH Wed, 8 Aug 2018

Tukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Jika anda bosan dengan paparan Iphone anda yang sedia ada,cubalah cara ini.

TECH Sun, 29 Dec 2019

全球首款电子咖啡正式抵马!主打零尼古丁成分

全球第三大电子品牌「SNOWPLUS」正式在大马推出全新咖啡口味!

TECH Thu, 14 Jun 2018

Yahoo Messenger宣布 7月17日 停止服务

Yahoo(雅虎)母公司Oath 宣布,Yahoo 旗下的即时通讯产品Yahoo Messenger(Yahoo 即时通)将在今年7 月17 日停止服务!

TECH Thu, 19 Jul 2018

Google Beri Amaran Sistem Android Mungkin Tidak Akan Hadir Secara Percuma Lagi

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Google telah dikenakan tindakan saman oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah(EU) atas dakwaan memaksa penggunaan aplikasi mereka pada setiap peranti yang menggunakan sistem Android. Antara aplikasi yang terlibat ialah Chrome dan Google Search. Menurut […]

TECH Sat, 4 Jan 2020

Elak Ketagih Telefon Bimbit Bawa Anak Mengembara

Sesuatu yang baru yang boleh dicuba buat anak-anak yang ‘melekat’ pada gadjet

TECH Sat, 4 May 2019

Cara hilangkan iklan “Pop-up” pada Chrome

Semoga bermanfaat perkongsian daripada kami.

TECH Fri, 26 Jan 2018

Cara Untuk Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Tahukah anda bahawa Chrome telah tersedia dengan satu fungsi khas untuk mengesan “Malware” yang terdapat dalam PC anda?

TECH Sat, 9 Jun 2018

Tips Penjagaan Adapter Laptop

Cara-cara bagaimana ingin menjaga adapter laptop anda untuk jangka masa yang lama.

TECH Sun, 11 Aug 2019

Cetak Laman Sesawang Tanpa Sebarang Iklan

Cara mencetak paparan laman sewsawang tanpa sebarang gangguan iklan.

| Live TV