TECH By: SGMS Enal October 16, 2019 @ 11:07am

Guna Aplikasi ‘Body Shaming’ Boleh Didenda Dan Dipenjara

Seperti yang diketahui, body shaming merupakan perilaku negatif di mana seorang individu mengejek, memalukan dan mengkritik orang lain berkenaan tubuh badannya.

Jika dahulu perbuatan ini hanya dilakukan secara fizikal (berhadapan) namun seiiring dengan kemajuan teknologi, ramai yang menggunakan medium ini untuk melakukan perkara tidak sepatutnya.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia ada memuatnaik ciapan di laman twitter tentang perkara ini. Pihak KKM menjelaskan bahawa perlakuan menghina fizikal seseorang menggunakan khidmat aplikasi sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.

Mangsa yang terjejas akan mengalami stress, gangguan emosi, hilang kecelaruan diri, kemurungan dan ada yang sehingga membunuh diri.

Di samping itu, KKM menjelaskan bahawa body shaming merupakan jenayah buli siber. Mangsa boleh buat laporan polis atau kepada SKMM. Mengikut Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50K atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
 
Ciapan berkenaan mendapat perhatian dari netizen yang seterusnya memenuhi ruangan komen dengan pertanyaan, reaksi dan perkongsian pengalaman mereka.

Malah ada netizen yang mendakwa bahawa body shaming ini termasuklah perilaku mengejek speech impediments (halangan pertuturan), pelat, gagap dan sebagainya.

Selain itu, KKM turut menjawab soalan netizen berkaitan dengan perbuatan body shaming yang terjadi secara nyata dan menjelaskan tentang langkah yang sepatutnya diambil oleh mangsa.

Tidak terkecuali ada individu yang turut berkongsi pengalaman yang pernah terjadi kepada dirinya

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 4 Jul 2019

老司机开车就很稳?有这五个习惯 新手也可以很稳!

很多人对于老司机和开车稳有一个错误的认知,老司机虽然说技术好,但是开车比一定的稳,不一定会让乘坐的人舒服。

TECH Thu, 23 Aug 2018

Kunci PC Anda Menggunakan “Pendrive”

Kepada anda yang mementingkan keselamatan tambahan, terutamanya ketika anda berjauhan seketika pada PC. Boleh sahaja cuba langkah kesalamatan berikut.

TECH Tue, 4 Dec 2018

Cara Membuat Foto 360 Darjah Pada Semua Androids

foto-foto ini boleh dikongsi di pelbagai media sosial, terutama Facebook, yang sememangnya menyokong foto 360 darjah

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

TECH Thu, 12 Jul 2018

TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, TM telah mengumumkan bahawa pelanggan pakej Unifi mereka akan menerima penaikkan-taraf kelajuan internet mereka sehingga 10 kali ganda lebih pantas dengan pengenalan Unifi Turbo. Perkara ini telah disahkan oleh pihak […]

TECH Tue, 1 Jan 2019

Cara Pasang Poni ala iPhone X di Semua Android

Mari kita cuba pasang poni ala iPhone X

TECH Tue, 10 Jul 2018

Penganalisa: Miliki iPhone Atau iPad Menunjukkan Anda Seorang Yang Kaya

Kebanyakkan dari kita gemar melabel pengguna iPhone atau iPad sebagai “orang kaya”, “orang ada-ada”, “bangsawan” hanya kerana mereka menggunakan peranti yang dijual pada harga premium itu. Ia mungkin sekadar gurauan kita terhadap rakan-rakan namun satu kajian telah […]

TECH Mon, 6 Aug 2018

Sembunyikan Butang Start Windows dengan Start Killer 3.1

Apakah itu ‘Start Killer’? Bacalah artikel ini.

TECH Thu, 4 Apr 2019

These 10 Tips and Tricks for Your Home Will Keep it Neat and Clean

These nifty ideas will help you save time and energy too from cleaning up.

TECH Fri, 5 Jan 2018

Telefon Pintar Apa Paling Laris Di China Untuk 2017

China dan telefon pintar bagai aur dengan tebing. Kita semua tahu China merupakan negara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Antaranya adalah Xiaomi, Meizu, OnePlus, Oppo, Honor, Huawei, dan banyak lagi nama lain.

| Live TV