TECH By: SGMS Putri July 20, 2018 @ 10:32am

Shopee Tawarkan Promosi Barangan Elektronik Bermula 23 Julai Ini

Laman beli-belah atas talian terkenal, Shopee bakal melancarkan promosi istimewa, Ekspo Elektronik Shopee yang menawarkan pelbagai jenama elektronik terkemuka seperti honor, Philips, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi.

Promosi berkenaan akan berlangsung bermula 23 hingga 26 Julai ini. Menurut Shopee, terdapat lebih daripada 1000 produk pelbagai jenis yang boleh didapati pada harga diskaun sehingga 90%. Antara jenis barangan yang ditawarkan ialah gajet, kelengkapan rumah dan peralatan komputer.

Apa yang menarik, pihak Shopee memberi jaminan bahawa produk yang terlibat dalam promosi itu adalah dijual dengan harga termurah di antara kesemua platform beli-belah atas talian yang lain.

Sekiranya anda menjumpai produk serupa yang dijual dengan harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee berjanji akan menebus semula 120% daripada perbezaan harga berkenaan dalam bentuk syiling Shopee.

Shopee juga mahu memberi ganjaran kepada pengikut Facebook mereka, dengan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Bro” semasa tempoh promosi tersebut. Pemenang akan memenangi produk elektronik kegemaran yang bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.

Bagi menyertai pertandingan ini, anda cuma perlu memilih satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, masukkan produk tersebut ke dalam troli membeli belah anda dan screenshot gambar troli berkenaan, dan kirimkan komen di Facebook Shopee sambil memberitahu mengapa anda ingin memenangi produk tersebut.

Anda juga perlu tag seorang rakan lelaki anda dalam kiriman komen berkenaan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sesawang rasmi bagi promosi berkenaan bermula hari ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 18 Sep 2018
TECH Tue, 5 Dec 2017

Jenis-Jenis Kabel USB Yang Selalu Kita Guna

Hampir setiap peranti pintar menggunakan kabel USB. Kabel USB sememangnya sinonim dengan kita, lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang didominasikan oleh pelbagai jenis peranti pintar. Namun tahukah anda terdapat pelbagai jenis kabel USB dengan pelbagai fungsi yang tersendiri […]

TECH Wed, 17 Jul 2019

Tips Cantikkan Instagram dengan Template Gempak

Sebagai salah satu media sosial untuk berkongsi foto dan video terbesar di dunia, ia tidak boleh dikira berapa banyak kandungan dikongsi setiap hari. Jika anda adalah salah seorang pengguna aktif di Instagram, nampaknya anda boleh […]

TECH Tue, 10 Apr 2018

Petaling Jaya Peeps, Paying for Parking Has Just Become Super Easy

It’s all thanks to this cool app which you can also use to pay your summonses!

TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

Automobile Fri, 7 Feb 2020
TECH Wed, 4 Jul 2018

Honor 10 GT Kini Sudah Rasmi

Honor 10 merupakan model flagship yang dilancarkan secara rasmi pada penghujung April lalu dan pada bulan yang berikutnya ia mula menjengah ke pasaran tempatan. Seakan-akan tidak puas, Honor kini menampilkan lagi sebuah versi dalam siri […]

TECH Fri, 6 Jul 2018

Beli Samsung Galaxy A6/A6+ Dan Nikmati Promosi Menarik

Berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A6 atau A6+? Sekarang adalah masa yang terbaik kerana Samsung Malaysia ada mengadakan dua promosi menarik untuk model berkenaan. Bermula hari ini, 6 Julai 2018 sehingga 5 Ogos 2018, setiap pembelian  Galaxy A6 […]

TECH Sat, 8 Jun 2019

Cara Menyembunyikan File di Kalkulator Android

Apa kata jom ikuti tips ini !

Automobile Sat, 30 Nov 2019

Lelaki Bina Helikopter Sendiri Sebab Tidak Suka ‘Traffic Jam’

Boleh buatkan satu tak sebab lambat nak tunggu kereta terbang!

| Live TV