Automobile By: SGMS Enal November 30, 2019 @ 4:21pm

Lelaki Bina Helikopter Sendiri Sebab Tidak Suka ‘Traffic Jam’

Seorang lelaki di Indonesia membuat keputusan untuk membina helikopternya sendiri kerana tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk di negara itu.

Lelaki itu yang dikatakan berasal dari Sukabumi, Jawa Barat menghabiskan masa luangnya di kawasan belakang rumah untuk merealisasikan ideanya berpandukan video pembelajaran.

“Ia sangat mengecewakan. Anda kehabisan petrol dan membuang masa. Akhirnya anda tidak tahu hendak ke mana,” katanya menceritakan tentang kesesakan di selatan ibu negara Jakarta yang boleh mencapai sehingga 110 kilometer.

Sejak memulakan pembinaan helikopter 18 bulan lalu, beliau telah membelanjakan kira-kira AS$2,100 (RM8,763) untuk membeli komponen dan barangan terpakai dari kedai membaiki kereta.

“Asalkan ia boleh terbang, saya sudah cukup puas hati,” katanya.

Beliau dibantu oleh anak lelakinya dan beberapa jiran tertangga bagi membina helikopter setinggi lapan meter itu.

 

Beliau juga dikatakan bukanlah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat kerana dua tahun lalu seorang lelaki dari Afrika Selatan menggunakan kepingan besi dan sekerap untuk menghasilkan sebuah replika helikopter polis.

Malah, Usaha seorang petani dari China juga menjadi tajuk utama pada 2016 selepas dia menghabiskan masa selama tiga tahun untuk membina helikopter sendiri namun gagal.

Sumber: This Is Money. UK

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 8 Jan 2020

5 Cara Jimat Kos Baiki Komputer Lembap

Bila laptop menjadi lembap atau kerap hang pastinya melambatkan kerja. kebetulan kos tidak mencukupi apa kata cuba cara ini dahulu

TECH Sat, 13 Jul 2019

Cara Cepat Membuat Pelekat WhatsApp Menggunakan Imej Sendiri

Dengan cara ini, anda boleh membuat pelekat WhatsApp menggunakan imej anda sendiri dengan masa penciptaan yang lebih pantas.

Automobile Tue, 25 Sep 2018

人肉霸停车位有错吗?大马皇家警察说:可被罚款或监禁

人肉霸停车位究竟违法吗?大马皇家警察说:触犯者可被罚款或监禁。

TECH Thu, 5 Jul 2018

Reka Bentuk Serta Spesifikasi Huawei Nova 3 Tertiris

Pada ketika ini desas-desus mengenai kedatangan model baru, Huawei Nova 3 sudah mula hebat diperkatakan. Berada dalam kelas pertengahan, Huawei Nova 3 dijangkakan pelancarannya pada 18 Julai depan. Khabar angin paling menarik mengenai peranti ini adalah ia […]

TECH Mon, 5 Feb 2018

GENDANG NAGA HIDUPKAN SAMSUNG!

Sape yang ‘gila’ gadget di sini mesti nak baca cerita ini… khususnya pengguna telefon pintar jenama Samsung. Samsung Malaysia Electronics sudah pun membuka kedai baharu terletak  di pusat membeli-belah ternama yang terletak di zon segitiga […]

TECH Sat, 21 Dec 2019

FBI警告!出国玩尽量不要用当地免费Wi-Fi

美国联邦调查局(FBI)发出警告,建议民众出国时尽量避免使用当地的免费Wi-Fi,避免遭有心人士偷偷植入恶意程式偷走装置的机密或密码。

TECH Mon, 30 Sep 2019

Kongsi Kata Laluan Wifi Tanpa Diketahui Orang

Siapa yang tak nak wifi kan

TECH Sat, 23 Jun 2018

Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel

Adakah anda terhantar e-mel kepada orang yang salah?Gmail ada penyelesaiannya.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Harga Jualan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menjelang Pelancaran Rasmi

Menjelang majlis pelancaran secara global Samsung Galaxy Note 9 pada 24 Ogos ini, sedikit demi sedikit spesifikasi dan maklumat berkaitan peranti tersebut telah tertiris sejak kebelakangan ini. Namun, tiada ura-ura berkenaan harga bagi peranti itu yang dapat kita dengar sebelum ini. […]

| Live TV