TECH By: SGMS Putri July 13, 2018 @ 1:12pm

Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja

Google dijangka akan memperkenalkan sistem operasi Android terbaru mereka, Android P dalam masa terdekat. Ini kerana mereka telah pun mengeluarkan versi percubaan beta terakhir bagi sistem berkenaan awal bulan ini. Google mendakwa versi beta berkenaan adalah sangat hampir dengan kesempurnaan sebelum versi rasmi dilancarkan.

Bagaimanapun, mereka masih lagi belum membuat sebarang pengumuman berkaitan nama rasmi Android P ini. Ia menyebabkan pengguna Android tertanya-tanya dan membuat pelbagai tekaan mereka sendiri berkenaan perkara tersebut.

Kredit : AndroidGuys

Pelbagai tekaan melibatkan pencuci mulut yang bermula dengan huruf ‘P’ telah dibuat dan antara yang paling popular ialah Popsicle, Peppermint dan Pancake. Namun segala persoalan yang bermain di fikiran mereka ini mungkin sudah terjawab.

Ini kerana, salah satu rakan dagangan Google iaitu Huawei mungkin telah mendedahkan nama bagi Android P atau Android 9 ini dalam satu maklum balas yang dibuat oleh pekerja kepada pelanggan mereka baru-baru ini. Nama penuh bagi Android P adalah Android Pistachio.

Kredit : tabletowo.com

Untuk pengetahuan, sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan Google menggelar sistem ini sebagai Android Pistachio Ice Cream dalam tugasan dalaman mereka. Maka laporan itu mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Android kali ini akan hadir dengan nama Pistachio – tanpa Ice Cream.

Sama-sama kita nantikan pengesahan dari pihak Google sendiri berkenaan dakwaan ini. Kami ramalkan kita akan mendapat jawapan dari Google tidak lama lagi memandang Android P dijadualkan akan dilancarkan pada suku ke-tiga tahun ini iaitu antara bulan Julai-September.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Mon, 26 Nov 2018

汽车隔热膜更新标准!新法案月底呈交国会

继全面禁止改装 HID 氙气灯后,交通部如今又有新动作:

TECH Tue, 11 Sep 2018

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Sangat ringkas dan mudah.Cubalah!

TECH Wed, 26 Dec 2018

Lupa Kat Mana Letak Fon? Guna Cara Ni!

Sering tidak jumpa dimana anda letak telefon anda? Anda boleh cuba cara ini.

TECH Wed, 29 Aug 2018

Ketahui Cara Untuk Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Terdapat cara lain untuk mencari gambar yang telah anda cari sebelum ini tanpa menggunakan butang ‘history’ pada ‘Browser Chrome’ anda.

TECH Tue, 10 Jul 2018

Elon Musk Berada Sendiri Di Kompleks Gua Tham Luang Bagi Membantu Operasi Menyelamat

CEO Tesla dan SpaceX yang sebelum ini mengarahkan kakitangan syarikat Boring miliknya untuk membantu operasi mencari dan menyelamat sepasukan bola sepak Thailand, Wild Boars dan jurulatih mereka. Sebelum itu, 12 orang dan seorang jurulatih pasukan […]

TECH Mon, 8 Jul 2019

Cara Menukar Tanda “Bluetick” Kepada simbol Lain Pada Whatsapp

kepada anda yang berasa bosan dengan penampilan yang sedia ada pada Whatsapp, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah tanda Bluetick kepada ikon yang lebih menarik.

TECH Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

Ini antara ciri-ciri akaun facebook anda boleh disekat.

TECH Fri, 25 May 2018

9 Cara Untuk Tambah Storage iPhone Anda Secara Percuma

iPhone anda tu hanya ada storan 16GB saja! Macam mana nak tambah storage dengan percuma ,jom baca tips ini

TECH Fri, 13 Jul 2018

Google Chrome Kini Menggunakan Lebih Banyak RAM Dalam Menghadapi Kerentanan Spectre

Pelayar Chrome tidak dinafikan sebagai salah satu pelayar popular digunakan oleh orang ramai. Merupakan sebuah produk Google, integrasinya bersama-sama produk popular Google yang lain seperti Gmail dan YouTube membuatkan pengguna senang memilih Chrome berbanding pelayar–pelayar lain. Walau bagaimanapun, Chrome juga […]

TECH Wed, 3 Jul 2019

Facebook, Instagram Dan Whatsapp Alami Gangguan

Pengguna tidak dapat memuatnaikkan sebarang gambar dan video mahupun status

| Live TV