TECH By: SGMS Putri July 6, 2018 @ 4:41pm

Peranti iPhone 2018 Dilapor Akan Hadir Dengan Lebih Variasi Warna

Setiap kali peranti terbaru iPhone diperkenalkan, peminat-peminat mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya. Seperti yang sering terjadi, mereka sanggup beratur panjang sejak awal pagi untuk menjadi antara pemilik terawal bagi peranti iPhone untuk tahun berkenaan.

Apple tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi mempromosikan produk iPhone mereka. Akan tetapi, terdapat sedikit keluhan daripada peminat mereka di mana peranti iPhone sering dilancarkan dengan variasi warna yang sama – hitam, perak, dan emas.

Variasi warna pada iPhone 7

Namun, berita baik untuk peminat iPhone kerana Apple dilaporkan telah mendengar keluhan mereka. Ini kerana menurut laporan 9to5Mac, model iPhone pada tahun ini dijangka akan diperkenalkan dengan lebih pilihan warna. Warna yang mungkin akan disertakan ialah biru, merah, dan jingga.

Warna merah yang terdapat pada peranti iPhone sebelum ini merupakan edisi istimewa PRODUCT(RED).  Tidak dapat dipastikan sama ada warna merah pada peranti terbaru iPhone nanti adalah edisi yang sama atau variasi warna daripada Apple sendiri.

Sumber : Apple

Apple dijangka akan memperkenalkan tiga versi iPhone pada tahun ini iaitu peranti iPhone X yang dinaiktaraf, iPhone X Plus dengan skrin 6.5 inci OLED dan sebuah model iPhone dengan harga mampu milik. Model ini dikatakan akan menggunakan paparan skrin LCD 6.1 inci dan akan hadir dengan bezel nipis pada paparan hadapan peranti.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 20 Sep 2019

Nak Tahu Cara Guna 2 Akaun Whatsapp Secara Serentak Pada PC

Punya dua akaun WhatsApp dan ingin membukanya secara serentak? 

TECH Mon, 16 Dec 2019

Kerap Guna Telefon Sambil Mengiring, Tulang Belakang Membengkok

Alamak tulang belakang boleh bengkok bahaya ni.

Automobile Tue, 24 Dec 2019
TECH Sat, 17 Mar 2018

Tips Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Tips kali ini dikongsikan kepada mereka yang mempunya peranti iPhone 6.

Automobile Sat, 16 Mar 2019

「亚洲GT赛车节」观赛指南

出战亚洲赛车殿堂!「亚洲GT赛车节」观赛指南~

TECH Fri, 10 Aug 2018

Cara Block Akses Internet Aplikasi dan Game di Android

Memblock akses internet suatu aplikasi atau game yang terinstall di smartphone Android

TECH Thu, 2 May 2019

Lenovo Legion Just Got Some Savage Upgrades

New technology with some crazy new upgrades,

TECH Sat, 21 Sep 2019

Mainkan Muzik Youtube Tanpa Buka Aplikasi

Secara tidak langsung ianya akan mengganggu kebolehan peranti untuk “multi tasking” .

TECH Wed, 20 Feb 2019

不只心情更好!暂停使用Facebook连政治倾向都少了

研究发现,关闭Facebook帐号的人,过得更快乐。

TECH Tue, 25 Sep 2018

Cara Mudah Memotong Fail Muzik Jenis MP3

Kepada anda yang ingin membuat suntingan lagu jenis MP3, berikut kami kongsikan salah satu cara mudah.

| Live TV