TECH By: SGMS Enal December 16, 2019 @ 6:05pm

Kerap Guna Telefon Sambil Mengiring, Tulang Belakang Membengkok

Pasti ramai di luar sana yang menghabiskan banyak masa terluang dengan bermain telefon. Lebih-lebih lagi ketika sedang berbaring dan mengiring. Kadang-kadang sehingga berjam-jam masa dihabiskan begitu sahaja hanya dengan bermain telefon.

Keselesaan ketika bermain telefon di atas katil sendiri memang menyeronokkan. Namun begitu, ianya mungkin dapat memberikan kesan terhadap kesihatan dan tubuh badan anda sendiri. Lebih baik masa yang terluang terutama di hari minggu atau cuti diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti melakukan senaman ataupun bersukan.

Perkara seperti ini lebih banyak manfaat yang diperoleh serta dapat menyihatkan tubuh badan anda.

Seorang gadis Taiwan mengadu sakit belakang dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sakit yang dihadapinya.

Hasil ujian x-ray mendapati tulang belakangnya telah bengkok sebanyak 50 darjah. Menurut doktor yang merawat wanita berkenaan, hal ini berlaku adalah kerana dia sering bermain telefon dalam keadaan berbaring dan mengiring.

Hal ini telah menyebabkan tekanan lebih tinggi di bahagian kanannya terutama pada bahagian ‘thoracic vertebrae’ dan ‘lumbar vertebrae’ sehingga tulang belakangnya bengkok.

Tambahnya lagi, wanita ini dikatakan kurang melakukan senaman sehingga otot badannya tidak cukup kuat untuk menyokong posisi badan dalam jangka masa yang agak lama.

Sumber: WOBTVBS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 16 Nov 2018

铲屎官注意!英团队推自动猫砂清理机Footloose

目前全球约有6亿只家猫,说这是「猫奴」世代也不为过。但猫主人都知道清理猫砂盘很费时,针对这个问题,英国新创团队研发出「 智慧猫砂盒—Footloose」,人们只需定时补充猫砂和丢弃底部的垃圾袋即可。

TECH Thu, 12 Jul 2018

Penstrim Twitch Terkenal, Shroud ‘Diharamkan’ Selama 30 Hari

Michael “Shroud” Grzesiek atau dikenali dengan nama in-game Shroud dilaporkan telah diharamkan oleh PUBG setelah didapati melanggar peraturan di dalam permainan. Dia yang terkenal di kalangan pemain PUBG telah diletakkan bersama penggodam di dalam satu pasukan. Bagi […]

TECH Wed, 18 Dec 2019

Dengan Satu Hantaran Mesej Pada Aplikasi WhatsApp Menyebabkan Mesej Grup Dipadam

Berpunca daripada pepijat aplikasi tersebut yang boleh diekplotasi untuk dijadikan senjata oleh penyerang.

TECH Mon, 30 Sep 2019

Kongsi Kata Laluan Wifi Tanpa Diketahui Orang

Siapa yang tak nak wifi kan

TECH Sat, 19 Jan 2019

10 Sebab Anda Perlu Jauhi Facebook Messenger

Jom lihat apa yang Facebook mahukan sebelum anda memuat turun aplikasi Messenger

TECH Thu, 25 Jan 2018

IPHONE X MIGHT BE DISCONTINUED, LAZADA RETAILERS GIVE MASSIVE DISCOUNTS

The sales for the pricey iPhone X hasn’t been what the Apple people expected. Worst of all, they might be discontinued sometime this year! Now, Lazada retailers are

TECH Thu, 1 Mar 2018

3 Cara Membuat Tulisan Unik di WhatsApp

Nak kelainan sewaktu hantar mesej di WhatsApp, apa kata guna cara ini …

TECH Tue, 14 Aug 2018

充电速度变慢?手机放口袋方式大不同

现代人大多都会随身携带手机,但你知道手机放在口袋里的方式,会影响它的寿命吗?

TECH Sat, 25 Nov 2017

Asli Atau Palsu? Cara Menguji Keaslian Telefon Pintar Anda

Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada peranti yang anda miliki selama ini adalah asli atau pun palsu (tiruan)?

| Live TV