TECH By: Rosli Ab Rahman January 19, 2019 @ 9:46am

10 Sebab Anda Perlu Jauhi Facebook Messenger

Sejak awal pengenalan laman sosial termasuklah Facebook, tiada makna ‘privasi’ dan melindungi data. Oleh sebab itu, saya teringat seorang rakan yang sampai sekarang tidak mempunyai mana-mana laman sosial. Sebut saja MySpace dan Friendster (ketika itu), Twitter, Instagram dan Facebook, semuanya dihindar dari komputer atau telefon beliau (telefon pun masih gunakan yang biasa bukannya telefon pintar).

Saya masih ingat kata-kata beliau. “Kalau pakai semua ini (Facebook dan sebagainya), hang bersiaplah jadi hamba abdi internet dan orang lain. Depa boleh baca apa yang berada di fikiran kita dan boleh paksa kita untuk buat sesuatu yang kita sebenarnya tak perlu buat pun.” Kata-kata beliau ramai diendahkan rakan-rakan termasuk saya.

Ketika itu saya anggap beliau hanya paranoid. Ada 15-20 individu rakan yang mendengar perbualan tersebut. Beliau diketawakan. Itu soal 7 hingga 10 tahun dulu.

Sekarang, setelah Facebook mengeluarkan syarat bodoh sebelum memuat turun aplikasi Facebook Messengernya, barulah saya rasa kata-kata rakan saya itu 100% betul. Bayangkan ada orang datang mahu memasang lampu di rumah, ada pula syarat yang perlu dipatuhi termasuk membenarkan pemasang lampu melihat sekeliling rumah 24 jam sehari! Pastinya anda tidak mahu ia berlaku.

Dalam internet sekarang dan ditambah pula anda tidak akan membaca ‘Terms & Conditions’ atau T&C yang disediakan, sudah pasti semua penyedia seperti Facebook sangatkan ‘gilakan’ maklumat peribadi anda dan seboleh-bolehnya mahu membaca tabiat anda seharian.

Takkan masih tidak perasan bagaimana Facebook boleh memberi cadangan ‘Page’ mana yang perlu di’Like’ dan sebagainya. Mana datangnya cadangan itu kalau bukan kerana ia mengkaji anda secara senyap seperti tertakluk dalam T&C yang anda klik saja ok tanpa membacanya.

Jom lihat apa yang Facebook mahukan sebelum anda memuat turun aplikasi Messenger

  1. Facebook boleh ubah rangkaian anda sesuka hati. Tanpa perlu memberitahu pengguna, ia boleh membuka mana-mana ciri telefon anda tanpa perlu memaklumkan terlebih dahulu atau menutupnya sesuka hati.
  2. Menelefon atau menghantar SMS. Facebook boleh secara sesuka hati menghantar SMS misalnya kepada kenalan anda dalam telefon tanpa anda sedari. Ia seperti anda memberikan telefon anda kepada orang asing dan membenarkannya membuat apa saja sesuka hati.
  3. Rakam audio! RAKAM AUDIO. Facebook mahu merakam perbualan telefon anda atau mana-mana audio dalam telefon pada bila-bila masa mereka suka. Wah, dah macam CIA nampaknya.
  4. Lihat kenalan anda. Facebook boleh tengok nombor ibu bapa, adik beradik, isteri, suami, teman wanita bla bla. Mahukah?
  5. Baca emel anda. Facebook boleh mengakses emel keseluruhannya termasuk Inbox, Outbox, Sent dan macam-macam lagi untuk tujuan penyelidikan atau pengiklanan.
  6. Lihat foto dalam telefon anda.
  7. Lihat video dalam telefon anda.
  8. Selidik berapa kerap anda menggunakan telefon.
  9. Lihat log telefon. Berapa banyak missed call dan sebagainya.
  10. Facebook boleh melihat jadual, kalendar dan tarikh-tarikh penting.

Disebabkan anda sudah biasa menggunakannya ditambah keperluan komunikasi, Facebook mahu anda melutut patuh untuk memuat turunnya.

Dalam kes ini, saya boleh katakan Facebook cuba membuli dengan syarat-syarat atau T&C yang tidak masuk akal. Sudah tiba masanya pengguna bersuara dan mengatakan tidak kepada pembulian syarikat besar seperti Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 20 Nov 2017

苹果公布最受欢迎十大表情,你最常用的是?

说到Emoji,你最常用的是哪个表情符号呢?苹果近日就公布了最受美国区英语用户“十大最受欢迎的Emoji”!

TECH Fri, 17 May 2019

Tune Protect Partners with Flexiroam to 1GB FREE Bring Data Roaming for Policy Holders

Travellers protected with Tune Protect Travel insurance get internet access for use across over 150 countries.

TECH Tue, 30 Oct 2018

Instagram荣登美国青少年最喜爱使用的社群平台

调查显示,全美国有高达85%的青少年平均每月至少使用一次Instagram!

TECH Mon, 2 Sep 2019

Nak Tahu Siapa Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen

ini diantara cara-caranya . Selamat mencuba

TECH Fri, 4 Jan 2019

Cara Mengaktifkan Dark Mode YouTube di Android

ingin Youtube anda menjadi ‘Dark Mode’ ikuti tips ini

TECH Wed, 28 Nov 2018

5 Pelayar Internet Terbaik Bagi Peranti Mudah Alih 2018

Ini antara Browser atau pelayar internet yang pantas dan lancar untuk peranti mudah.

TECH Sun, 10 Feb 2019

Youtube Vanced, Aplikasi Youtube Sebenar Untuk Pengguna

Siapa yang kaki Youtube mungkin dah familiar dengan aplikasi ini, tapi bagi yang baru dengar, ini aplikasi Youtube sebenar untuk anda.

TECH Thu, 26 Jul 2018

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Gaming Mereka Tersendiri

Ketika peranti premium mereka, Samsung Galaxy Note 9 belum pun diperkenalkan secara rasmi, Samsung kini diberitakan sedang dalam usaha membangunkan peranti menfokuskan permainan video mereka sendiri. Apa yang mengejutkan, ia mungkin akan digelar sebagai Samsung Galaxy X. Galaxy X […]

TECH Fri, 27 Apr 2018

SKMM Rai Ulang Tahun ke-20 Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Antara perkara yang berada di bawah kawalan akta ini ialah bab penyiaran tradisional, komunikasi dan perkhidmatan atas talian termasuk rangkaian yang digunakan serta kandungan yang dibekalkan melalui kemudahan ini.

TECH Tue, 12 Jun 2018

明年地球人看手机电脑时间将第一次超过电视

空闲时间只有那么多,你是用来上网,还是用来看电视?

| Live TV