TECH By: SGMS Putri July 6, 2018 @ 4:40pm

Kiriman Tweet PlayStation Russia Cetus Tanda Tanya Kepada Peminat

Ura-ura berkenaan konsol PlayStation 5 telah beberapa kali kedengaran sepanjang tahun ini. Bagaimanapun, ura-ura berkenaan seperti tidak mahu dilayan oleh pihak Sony apabila mereka jarang sekali mengeluarkan kenyataan berkenaan PS5. Malah, mereka tidak menyebut langsung berkenaan konsol baru semasa acara E3 2018 baru-baru ini.

Namun, satu kiriman tweet yang dibuat oleh akaun rasmi PlayStation Russia @PlayStationRU telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat-peminat PlayStation.

PlayStation Россия

@PlayStationRU

 
 

Приготовьтесь

 

Kiriman yang dibuat dalam bahasa Russia itu memberi maksud ‘Bersedialah’. Ia juga disertakan sebuah imej yang kelihatan seperti konsol PlayStation 4 Pro dengan simbol X gergasi di sebelahnya. Kiriman ini telah dibuat beberapa hari yang lepas namun mula menjadi tular sejak semalam(5 Jun).

Perkara ini telah menyebabkan peminat-peminat PlayStation memberi tekaan mereka sendiri tentang apa yang cuba disampaikan melalui kiriman berkenaan. Antara tekaan yang popular semestinya ia merupakan satu iklan acah bagi konsol Playstation 5.

Ramai yang berpendapat bahawa Sony tidak mahu ketinggalan dengan pesaing utama mereka iaitu Microsoft. Ini kerana Microsoft sebelum ini telah mengesahkan bahawa konsol generasi seterusnya bagi Xbox sedang dibangunkan dan bakal dilancarkan pada tahun 2020.

Walaubagaimanapun, terdapat juga satu dakwaan bahawa Sony akan membenarkan permainan PlayStation One dimainkan pada konsol PS4. Dakwaan ini agak kukuh berdasarkan kewujudan simbol X pada imej yang disertakan kiriman berkenaan kerana PS One juga dikenali sebagai PSX.

Satu lagi kemungkinan kurang popular berkenaan perkara ini ialah kiriman tersebut merupakan promosi bagi acara PSX 2018 yang akan berlangsung Disember ini. Jika benar, ianya pasti  akan mengecewakan para peminat PlayStation. Sama-sama kita nantikan kenyataan lanjut dari pihak Sony sendiri berkenaan perkara ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 6 Dec 2018
TECH Tue, 28 Aug 2018

苹果卖得最好的产品,其实不是iPhone?

前段时间苹果市值突破一兆美元,谁都无法否认其中iPhone是最大贡献者,Q3财报中iPhone营收占比达56%,在大部分人印象中iPhone无疑是苹果最畅销的产品。

TECH Wed, 16 May 2018

居家伙伴新选择?波士顿动力机器狗SpotMini明年开卖

你还认为机器狗只是一般玩具吗?波士顿动力公司所研发的机器狗 SpotMini,可以穿梭于各种障碍,还可以成为生活小帮手喔!

TECH Fri, 12 Oct 2018

拍照APP最受欢迎的功能!答案是这两项

拍照已经成为我们日常生活不可或缺的一个部分,而各类拍照APP软件中,最受欢迎的功能就是瘦脸、瘦身? !

TECH Sat, 1 Sep 2018

Facebook新功能开放用户靠影音赚钱了!

经一年在美国市场推出后,Facebook宣布旗下影音服务Facebook Watch正式在全球推出!

TECH Thu, 23 Nov 2017

Cara Menukar Paparan iPhone kepada versi “Black”

Tips kali ini khusus kepada anda yang inginkan kelainan dalam paparan peranti iPhone. Mungkin juga ada sesetengah pengguna yang tidak suka apa dengan paparan yang putih dan terlalu cerah. Berikut kami kongsikan kaedah untuk menukarkan […]

TECH Thu, 19 Jul 2018

Siri Samsung Galaxy Paling Inovatif Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan – WSJ

Sebuah laporan daripada akhbar The Wall Street Journal hari ini mendakwa bahawa Samsung akan memperkenalkan satu lagi siri di bawah jenama Samsung Galaxy iaitu Galaxy X. Siri berkenaan dilaporkan akan tiba di pasaran pada tahun 2019 nanti. […]

TECH Thu, 12 Jul 2018

Sony Xperia XA2 Plus Diperkenalkan Dengan Slogan ‘Designed To Entertain’

Telefon bimbit pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai alat hiburan kepada pemiliknya. Menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video hinggalah melayari media sosial, semuanya boleh dilakukannya di hujung jari. […]

TECH Thu, 9 Jan 2020

Telefon Pertama Kamera Dijual Di Jepun 20 Tahun Yang Lalu

Apabila anda perhatikan pada telefon pintar yang dipasarkan sekarang, pelbagai lensa kamera digunakan. Ada yang turun naik dan tidak cukup dengan itu, bilangan lensa juga ditambah. Satu lensa, dua lensa, tiga lensa….. Tetapi pernahkan anda […]

TECH Fri, 10 Jan 2020

| Live TV