TECH By: SGMS Putri July 16, 2018 @ 12:40pm

Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

Topik mengenai Android dan iOS merupakan satu perkara yang sering diperdebatkan. Tidak kiralah dari segi kehebatan sistem operasi hinggalah kepada prestasi perkakasan. Masing-masing mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tersendiri.

Namun berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan sepanjang suku pertama tahun 2018, mendapati peranti Android mempunyai tahap masalah lebih tinggi berbanding pesaingnya, iOS.

Menurut laporan State of Mobile Device Repair & Security yang dikeluarkan oleh Blancco, sebuah syarikat sekuriti data, telefon pintar Samsung mempunyai kadar masalah keseluruhan tertinggi berbanding pengeluar lain dengan peratusan sebanyak 27.4%. Tempat kedua dan ketiga pula dihuni oleh Xiaomi dan Motorola dengan peratusan 14% dan 9.5%.

Laporan turut menyatakan prestasi keseluruhan Android adalah masalah terbesar dituruti dengan kamera, mikrofon serta pengecasan bateri.

Bagi iOS pula, iPhone 6 diletakkan sebagai model paling bermasalah diantara model-model iPhone yang lain. Faktor penyumbang kepada masalah iPhone 6 adalah disebabkan isu bateri serta kemaskini iOS 10.2.1 pada awal 2017 yang menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan pengguna.

Masalah yang kerap melanda peranti iOS pula ialah fungsi Bluetooth dan kemudiannya Wi-Fi, set kepala serta data mudah alih.

Kajian juga mengenalpasti 50% pengguna Android masih menjalankan Android Nougat pada peranti. Ia mungkin disebabkan pengguna masih menggunakan telefon pintar versi lama atau pengeluar yang tidak menawarkan kemaskini naik taraf kepada peranti.

Berbeza pula dengan iOS yang mana 74.3% pengguna sudah beralih kepada iOS 11 manakala 17.7% masih menjalankan iOS 10.

Maklumat tambahan lain, Blancco menjangkakan jumlah peranti second hand dan refurbished dipasaran mungkin meningkat berbanding peranti baru. Hal ini boleh dilihat dengan peningkatan sebanyak 13% sepanjang tahun 2017 dan ia berterusan dari tahun ke tahun.

Sumber: Blancco

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 27 Sep 2018

Cara Menghilangkan Iklan di Google Chrome Android Tanpa ‘Root’

Rasa rimas dengan iklan yang sering keluar apabila anda melayari laman web?Terdapat cara yang ingin kami kongsikan untuk anda menghalang ‘pop-up’ yang muncul pada kaca skrin anda.

Automobile Tue, 22 Jan 2019

油表灯亮了才去加油,会伤害Fuel Pump?

油表灯亮了才去加油,会伤害 Fuel Pump ?

Automobile Sat, 30 Jun 2018

7月1日起六地方政府「不必再刮泊车固本」

只需下载「精明雪兰莪泊车」手机应用程式,即可缴付雪州6地方政府泊车费!

LIFESTYLE Wed, 15 Jan 2020

Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

Ubah Sistem Elektrik Macam Rumah ‘Iron Man’, Lelaki Ini Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

TECH Sat, 26 Jan 2019

5 Aplikasi Whatsapp “Terlarang” Dengan Fungsi Tambahan Yang “Mantap”

Berikut kami kongsikan info aplikasi-aplikasi tambahan Whatsapp yang tidak dapat dipasang pada Playstore kerana statusnya “terlarang”.

Automobile Tue, 25 Sep 2018

人肉霸停车位有错吗?大马皇家警察说:可被罚款或监禁

人肉霸停车位究竟违法吗?大马皇家警察说:触犯者可被罚款或监禁。

Contest Wed, 27 Nov 2019
TECH Tue, 26 Feb 2019

These 5 New Nokia Smartphones Will Bring You a New Kind of Intelligent Experience

Have you ever seen FIVE cameras on ONE single smartphone?

TECH Tue, 24 Jul 2018

Asus ROG Phone Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dalam Masa Terdekat

Pengedar sah bagi Asus di Malaysia, DirectD hari ini telah membuka pendaftaran minat bagi peranti menfokuskan permainan video dari Asus, ROG Phone buat pengguna di Malaysia hari ini. Pengumuman berkenaan pendaftaran minat itu dibuat melalui laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi. […]

TECH Sat, 16 Jun 2018

Melihat Kata Laluan & Info Kad Kredit Yang DiSimpan Pada iOS 12

Jika anda mempunyai Iphone iOS 12,anda perlu mengetahui info ini.

| Live TV