TECH By: SGMS Putri July 24, 2018 @ 8:40am

Asus ROG Phone Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dalam Masa Terdekat

Pengedar sah bagi Asus di Malaysia, DirectD hari ini telah membuka pendaftaran minat bagi peranti menfokuskan permainan video dari Asus, ROG Phone buat pengguna di Malaysia hari ini. Pengumuman berkenaan pendaftaran minat itu dibuat melalui laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi.

Asus sebelum ini telah memperkenalkan tiga peranti baru iaitu Zenfone Max Pro M1, Zenfone 5 dan Zenfone 5Z buat pasaran tempatan. Kehadiran Asus ROG Phone ini pula pasti akan menunjukkan betapa seriusnya pihak Asus dalam mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap mereka.

Menurut kiriman yang dibuat oleh pihak DirectD, mereka menyatakan bahawa peranti ini akan hadir dengan dua pilihan variasi iaitu 8GB RAM + 128GB ROM dan 8GB RAM + 512GB ROM. Hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, sesuai dengan statusnya sebagai peranti untuk bermain permainan video.

Bagaimanapun, tiada sebarang makumat berkenaan tarikh pelancaran serta harga peranti tersebut telah dinyatakan. Namun, ramai menganggarkan peranti itu tidak jauh lebih mahal berbanding Asus Zenfone 5Z yang turut hadir dengan cip pemprosesan yang sama.

Selain itu, Asus juga perlu memastikan harga yang mereka tawarkan mampu bersaing dengan harga-harga peranti yang menyaingi mereka seperti Nubia Red Magic, Xiaomi Black Shark dan Razer Phone. Untuk rekod, Red Magic dijual pada harga sekitar RM 2,100, Black Shark(RM 1,950) dan Razer Phone (RM 2,400) di pasaran Malaysia.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 12 Jan 2020

Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket

Dengan adanya lebih daripada 15 jenis plag dan soket dinding digunakan di seluruh dunia, perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melancong ke luar negara adalah mengenal pasti penyambung mana yang harus kita bawa. Bak kata […]

TECH Wed, 24 Oct 2018

回归初衷!脸书Messenger全面改版

社群媒体巨擘脸书(Facebook)今天宣布:旗下聊天软体Messenger手机App全面改版,大幅简化页面设计,希望让全球每月13亿用户使用起来更简洁有力。

TECH Fri, 2 Feb 2018

Tips Menggunakan Chrome Versi “Night Mode”

Ramai yang suka melayari internet di tempat yang kurang cahaya. Terdapat beberapa cara untuk menjadikan pelayar chrome anda versi gelap (Night Mode).

TECH Mon, 13 May 2019

全球暖化有解?吃这食物可救地球

全球暖化有解?专家:吃「油炸食物」可帮地球降温~

TECH Thu, 29 Aug 2019

Guna Bukan Jenis ‘Fast Charging’ Pun Boleh Cepat Cas

Jom guna cara ini mana tahu cepat nanti cas

TECH Sun, 20 May 2018

Risau Keselamatan Anak, Ibu-Ibu Boleh Ikut 9 Langkah Ini

Risau Keselamatan Anak, Ibu-Ibu Boleh Beli Tracker Watch Ni. Murah Je! atau Risau Keselamatan Anak, Ibu-Ibu Boleh Ikut 9 Langkah Ini

TECH Wed, 25 Jul 2018

Tips Jimat Ruang Pada Gajet

Cara-cara untuk menjimatkan ruang pada smartphone atau gadget anda.

TECH Mon, 26 Feb 2018

Red Velvet Fans Can Now Talk to and Live With Wendy!

Who would have thought that our dreams of talking to our favourite idol everyday or even living with them would actually come true.

TECH Thu, 15 Nov 2018

Bateri Telefon Pintar Kamu Tak Tahan Lama, Salah Siapa?

Korang boleh mula cas handphone apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus okay?

TECH Mon, 23 Dec 2019

‘Influencer’ Facebook &Instagram Diharamkan Promosi Iklan Vape, Tembakau & Senjata

Kandungan yang mempromosi arak dan ubat kurus juga akan memerlukan sekatan khusus

| Live TV