TECH By: SGMS Enal October 6, 2019 @ 12:51pm

Bekas Pekerja Yahoo Mengaku Bersalah Menggodam Lebih 6 Ribu Pemilik Akaun Yahoo

Seorang bekas pekerja Yahoo dilaporkan telah mengaku bersalah ke atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya. Berdasarkan siasatan oleh pihak FBI, tertuduh bernama Reyes Daniel Ruiz, berumur 34 tahun didapati bersalah kerana menggodam lebih daripada 6 ribu pemilik akaun Yahoo sebelum ini.

Malah tertuduh juga turut mengaku bahawa dia melakukan aktiviti penggodaman ke atas servis-servis lain termasuklah iCloud, Facebook, Dropbox dan Gmail. Motif penggodaman pula adalah bagi mengakses dan mencuri kandungan lucah seperti foto-foto privasi yang dimiliki mangsanya dan disimpan di dalam servis-servis tersebut.

Tertuduh pernah bekerja bersama Yahoo lebih daripada 10 tahun sebelum meninggalkannya tahun lalu. Ketika di Yahoo, dia bertugas di bahagian perkhidmatan Yahoo Mail. Sepanjang tempoh itulah dia menyalin sebahagian besar foto dan video mangsanya seterusnya menyimpan ia di rumah.

Tertuduh bakal berdepan hukuman maksimum penjara selama 5 tahun bagi setiap komputer yang dicerobohinya serta denda sebanyak USD250,000 termasuk denda-denda yang lain. 

Kes pendengaran bagi pendakwaan ini dijadualkan akan berlangsung pada Februari tahun hadapan. Walaubagaimanapun, dia dilepaskan dengan bon sementara perbicaraannya bermula.

Ketika ini. tertuduh bekerja di sebuah firma teknologi di Lembah Silikon yang khusus dalam penyelesaian SSO (single sign-on).

Sumber: ZDNet & wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Sat, 16 Mar 2019

「亚洲GT赛车节」观赛指南

出战亚洲赛车殿堂!「亚洲GT赛车节」观赛指南~

TECH Sat, 28 Dec 2019

SKMM Buat Kajian Melalui Panggilan

Ini Senarai Nombor Telefon Yang Mungkin Menghubungi Anda

TECH Mon, 16 Dec 2019

Kerap Guna Telefon Sambil Mengiring, Tulang Belakang Membengkok

Alamak tulang belakang boleh bengkok bahaya ni.

TECH Sun, 21 Oct 2018

10 Jenis Skrin Sentuh Smartphone Yang Ramai Tidak Tahu

Terdapat beberapa jenis skrin sentuh telefon pintar yang perlu anda ketahui.Ketahui jenis-jenisnya di sini.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Kualiti Kamera DSLR Pada Telefon Pintar Menjelang Tahun Hadapan

Sony telah membawa satu berita baik bagi mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan telefon pintar baru-baru ini. Sony mengumumkan mereka sedang dalam proses menghasilkan sensor kamera 48-megapiksel yang akan dijangka akan digunapakai pada peranti telefon pintar seawal […]

Automobile Sat, 10 Feb 2018

KERETA ELEKTRIK KENDERAAN MASA DEPAN?

Tan Chong Motors  menunjukkan satu daripada tiga pengguna Asia Tenggara merancang untuk membeli sebuah kereta elektrik.

TECH Wed, 4 Jul 2018

Google Senaraikan Aplikasi Serta Permainan Terbaik Setakat Suku Ketiga 2018

Bila mana anda menjengah ke dalam Google PlayStore, banyak aplikasi tersenarai yang menawarkan pelbagai fungsi, tidak kira sama ada untuk kegunaan suntingan, permainan dan banyak lagi. Untuk mengelakkan pengguna tidak terpinga-pinga untuk memilih aplikasi mana […]

TECH Thu, 8 Nov 2018

iOS 12 Sedia Dimuat Turun, Ini 10 Ciri Tersembunyi Yang Anda Boleh Nikmati

Berikut adalah 10 ciri tersembunyi yang anda boleh nikmati pada sistem operasi IOS 12.

Automobile Tue, 14 May 2019

Carsome Opens Up More Inspection Centres Around Malaysia

Carsome is Southeast Asia’s largest used car trading platform​.

TECH Thu, 26 Apr 2018

Baru Beli Komputer? Baca 6 Panduan Ini Untuk Setiap Port & Adapter Yang Ada

Panduan untuk tentang Port & Adapter di setiap komputer riba atau lebih dikenali ‘laptop’

| Live TV