TECH By: SGMS Putri July 30, 2018 @ 10:04am

8 Idea Susun Atur Foto Menarik Untuk Instagram

Instagram, platform perkongsian gambar yang cukup popular masa kini. Diawal pengenalannya, ia merupakan aplikasi eksklusif untuk peranti iOS dan dua tahun kemudian ia mula ditawarkan kepada Android.

Sejak dari itu, pengguna dilihat semakin kreatif untuk berkongsi gambar bersama kenalan. Bukan sahaja sekadar media sosial, Instagram kini turut menjadi landasan peniaga mempamerkan produk jualan mereka.

Selain rakaman foto yang berkualiti, susun atur foto juga memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pengguna lain mengunjungi akaun anda.

Mahukan penampilan kemas pada Instagram? Jom ikuti 8 tips susun atur yang sedap mata memandang.

1. Squares

Susun atur paling mudah dan ringkas. Anda tidak perlu pening kepala untuk memuat naik jenis foto. Asalkan semua gambar menggunakan filter dan kombinasi warna yang sama.

2. Diagonal

Antara susun atur kegemaran Instafamous seluruh dunia. Apa yang perlu anda lakukan adalah pilih jenis gambar atau warna. Muat naik supaya ia kelihatan sebaris dari penjuru atas kebawah.

3. Tiles

Anda pasti pernah lihat susun atur ini. Sangat mudah. Muat naik gambar diselang seli dengan foto ayat atau kata-kata hikmah seperti dibawah. Atau selang selikan dengan jenis foto; manusia, barangan. Ikut selera anda.

4. Row by Row

Satu lagi susun atur yang menarik. Muat naik foto mengikut jenis dalam satu baris. Nampak tersusun cantik.

5. Line in the middle.

Susun atur seakan-akan foto dibahagi kepada dua bahagian. Boleh letakkan ayat-ayat dibahagian tengah. Kalau anda peniaga, boleh letak promosi.

6. Raibow Feed

Jika akaun Instagram ditatal, susun atur memaparkan foto berlainan warna. Macam pelangi.

7. Borders

Bermacam jenis bingkai yang boleh anda pamerkan. Petak atau bulat.

8. Puzzle

Susun atur ini agak sukar sedikit untuk dilakukan tetapi hasilnya sangat menarik. Foto-foto dimuat naik dilihat ibarat satu imej besar yang bercantum.

Untuk menghasilkan susun atur yang menarik dan sedap mata memandang, anda boleh gunakan beberapa aplikasi suntingan gambar seperti UNUM, The Preview App, Snapseed dan lain-lain.

 

sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 16 Sep 2018

Cara Mengaktifkan Fungsi “Dark” Pada Whatsapp

Jika anda bosan dengan rupa Whatsapp yang sedia ada,cubalah cara ini.

TECH Mon, 29 Jan 2018

Langkah Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Langkah untuk menyelesaikan isu no network dalam peranti iPhone 6.

TECH Tue, 10 Apr 2018

Petaling Jaya Peeps, Paying for Parking Has Just Become Super Easy

It’s all thanks to this cool app which you can also use to pay your summonses!

Automobile Wed, 25 Jul 2018

汽车美容小知识:什么是镀膜Coating?

你可能听过汽车镀膜(Coating)是很贵的玩意儿,不过你真的知道什么是汽车镀膜吗?

TECH Sat, 3 Aug 2019

Cara Semak IMEI Handphone

IMEI digunakan untuk mencegah aktiviti penjualan dan penggunaan telefon bimbit yang dicuri.

TECH Tue, 8 May 2018

有了这种纸质电子书材料「会动的报纸」不再是梦!

还记得哈利波特里面那份配图会动的《预言家日报》吗?现在它们可能要成真了。

TECH Tue, 10 Jul 2018

Alpha Universe – Hab Informasi Bagi Pengguna Kamera Sony

Sony merupakan syarikat yang mempunyai pelbagai jenis barisan produk. Dari televisyen, laptop, konsol permainan video dan banyak lagi. Ia termasuklah kamera. Sony juga adalah antara pengeluar terkemuka bagi peranti kamera terutamanya kamera DSLR. Bagi memastikan mereka terus […]

TECH Sun, 14 Jan 2018

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

Bagaimana ingin menggunakan Aplikasi Office tanpa perlu pemasangan.

Automobile Tue, 6 Feb 2018

KALAU ADA KERETA ELEKTRIK, MINYAK TURUN TAK?

Kalau ada kereta elektrik, harga minyak boleh turun tak?

TECH Fri, 20 Jul 2018

Shopee Tawarkan Promosi Barangan Elektronik Bermula 23 Julai Ini

Laman beli-belah atas talian terkenal, Shopee bakal melancarkan promosi istimewa, Ekspo Elektronik Shopee yang menawarkan pelbagai jenama elektronik terkemuka seperti honor, Philips, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Promosi berkenaan akan berlangsung bermula 23 hingga 26 […]

| Live TV