LIFESTYLE By: SGMS Enal October 16, 2018 @ 8:25am

Senaman Hanya 1 Minit Boleh Ubah Bentuk Badan

Senaman untuk menurunkan berat badan semakin dititikberatkan oleh semua masyarakat di Malaysia. Mereka sudah membuka mata dalam penjaggan berat badan dan inginkan kekal aktif supaya badan sihat sejahtera.

Salah satu senaman yang mudah dan mempunyai kesan yang lebih bagus ialah senaman plank. Kenapa plank  ini merupakan senaman yang efektif? Kerana ia hanya mengambil masa singkat dan memberi keputusan yang memberansangkan dalam jangka masa yang  pendek.

Senaman olahraga tidak dapat dipisahkan untuk seseorang ingin turunkan berat badan tetapi jika ada cara yang lebih baik untuk turunkan berat, anda tidak perlu pening kepala untuk beli pakaian set lengkap untuk berlari. Anda hanya boleh lakukan di rumah sahaja.

Jika anda melakukan setiap senaman plank ini seluruh anggota badan dan abdomen anda kekal kuat dan sihat. Dan anda tidak akan mengalami masalah sakit sendi dan tulang belakang lagi.  Planks adalah senaman ideal untuk otot abdomen kerana ia melibatkan semua kumpulan otot teras utama termasuk transverse abdominus, rectus      abdominus, otot oblique luaran, dan glutes.

Manfaat yang anda dapat semasa melakukan plank

  1. Mengurangkan risiko sakit di bahagian belakang

Melakukan plank ini akan membolehkan anda untuk menguatkan otok dan memastikan tidak terlalu banyak tekanan di bahagian tulang belakang anda. Menurut Majlis Latihan Amerika, seseorang yang melakukan senaman plank setiap hari akan menguatkan otot dan memastikan sokongan yang kuat untuk seluruh badan terutamanya dibahagian tulang belakang.

2. Meningkatkan kadar metabolisme

Plank ini adalah salah satu cara terbaik untuk melakukan setiap hari sebagai pembakar lemak sekaligus meningkatkan metabolisme. Senaman secara ini lebih berkesan daripada senaman tradisional seperti  crunches atau sit-ups.

Lemak lebih cepat membakar walaupun anda hanya melakukan senaman plan ini sahaja.

3.  Lebih fleksibel

Fleksibiliti adalah manfaat utama melakukan senaman plank secara kerap, kerana senaman ini mengembang dan menarik seluruh kumpulan otot posterior anda – bahu, tulang belikat dan tulang selangka – dan ia juga meregang otot hamstrings, kak, dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman ‘side plank’, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang, yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda.

4. Kestabilan emosi

Senaman ini akan memberikan kestabilan kepada emosi kita. Ia akan menukar emosi negatif ke arah yang lebih positif.  Plank bukan sahaja boleh merawat otak anda malah ia juga salah satu senaman untuk pesakit kemurungan jika plank ini menjadi aktiviti seharian kita.

5. Anda akan memperbaiki keseimbangan seluruh badan anda

Pernahkah anda rasa apabila anda cuba berdiri di atas satu kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat? Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, ‘side planks’ dan ‘planks with extensions’ akan memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.

Berhati-hati jika anda membuat kesalahan dalam melakukan plank kerana anda akan rasa kesakitan pada bahagian belakang, pinggul dan bawah tulang belakang.

Disamping itu, anda perlu berhati-hati untuk mengelakkan kesakitan ini berlaku semasa anda bersenam. Salah satunya ialah, membenarkan pinggul, kepala, atau bahu anda jatuh, meletakkan tangan anda terlalu dekat, yang mewujudkan putaran dalaman dan ketidakstabilan di sendi bahu anda.

Selain itu, anda perlu cuba untuk praktis bernafas secara normal dan yang terakhir ialah cuba untuk memegang kedudukan terlalu lama – lebih baik untuk mengekalkan bentuk yang tepat untuk jangka waktu yang lebih pendek daripada untuk memegang bentuk yang tidak wajar untuk lebih lama.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sun, 17 Feb 2019

Anak Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik

Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik Dan Ikuti Panduan Rawatan Awal Yang Dikongsi Doktor Ini

Events Wed, 12 Sep 2018
LIFESTYLE Fri, 30 Nov 2018

使我们过早衰老的不良习惯!

在生活中,也许很多人会觉得自己比同龄的朋友看起来显得比较老,难免会有委屈、不平的感觉。事实上,使我们过早衰老的原因往往来自于我们的不良习惯。

Fab Foodies! Sat, 21 Jul 2018

Minum Teh Hijau Untuk Kurus

Bukan perkara yang sukar dilaksanakan untuk kurus tetapi jika melakukannya dengan penuh displin pasti tercapai impian yang ada inginkan

LIFESTYLE Wed, 2 Jan 2019

Taiping Just Got a Wonderful Record in World’s 100 Sustainable Cities

It’s the only Malaysian city to make it into the list.

LIFESTYLE Sat, 25 Nov 2017

Dikecualikan Syarat Potongan Gaji 60%, Kakitangan Awam Kini Layak Mohon Pinjaman Perumahan

Dikecualikan Syarat Potongan Gaji 60%, Kakitangan Awam Kini Layak Mohon Pinjaman Perumahan Walau Gaji Bersih Kurang 40%

LIFESTYLE Sun, 24 Jun 2018

6个保养「丹宁」的方法 一年洗二次就够了!

丹宁搭配应该是史上最不退流行又能再次创新的单品,每个人都有丹宁配件,但是你真的了解丹宁吗?

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019
LIFESTYLE Wed, 13 Dec 2017

Klasik mewah taruhan ‘The Electricianz’

Bagi penggemar jam tangan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan The Electricianz sebagai salah satu collection item anda

Fab Foodies! Fri, 31 Aug 2018

Kehebatan Mengambil Sayur Bunga Kobis

Dikatakan mengandungi serat dan gula semulajadi yang lebih rendah dan mempunyai kehebatan tersendiri

| Live TV