LIFESTYLE By: SGMS Enal August 4, 2019 @ 4:47pm

Boleh Mencecah RM 2,400 Sekilo, Daging Wagyu Kobe

Stik daging wagyu terkenal dengan keenakan rasa lemak yang cair di dalam mulut, membuatkannya menjadi salah satu hidangan mewah di banyak negara.

Daging ini dikenali dengan kewujudan lebih lapisan lemak di antara tisu otot berbanding daging biasa, membuatnya kelihatan seperti marmar atau dipanggil marbling.

Apabila dimasak, lapisan ini mencair dan menyerap di dalam daging, membuatkannya cair di dalam mulut.

Daging eksklusif dari negara matahari terbit ini dinamakan wagyu iaitu ‘wa’ bermaksud Jepun dan ‘gyu’ yang bermaksud daging. 

Harganya yang mahal mungkin tidak dipersoal oleh para penggemar daging, namun bagi sesetengah orang, pasti ada yang tertanya-tanya, apakah keistimewaan daging ini sehingga harganya boleh mencecah RM 1,000 sekilo?

Sebab utama yang mempengaruhi harga daging mewah ini ialah cara lembu tersebut dibesarkan dan dijaga

Anak lembu akan dijaga rapi sehingga berusia tujuh bulan. Setiap anak lembudiberi nama dan sijil yang memaparkan baka, tempat asal, jantina, pemilik serta nombor pengenalan haiwan tersebut.

Lembu yang dijaga akan diberus secara berkala bagi meningkatkan aliran darah serta melegakan tekanan haiwan berkenaan.

Bukan itu sahaja, ia juga akan dipakaikan jaket apabila musim sejuk. Anak lembu tersebut akan disuap susu khas secara manual menggunakan tangan.

Apabila berusia tujuh bulan, anak lembu akan dilelong kepada ladang penggemukan di mana ia akan ditempatkan di dalam bangsal.

Anak lembu tersebut akan diberi jerami padi sebagai makanan sehinggalah membesar mencapai 700 kilogram dalam tempoh kira-kira tiga tahun – lebih lama daripada spesies lembu lain yang hanya mengambil masa 15 bulan.

Daging Kobe

Kobe merupakan salah satu kawasan di Jepun di wilayah Hyogo, yang terkenal dengan daging wagyunya.

Hanya daging wagyu baka Tajima dengan kualiti paling tinggi di wilayah ini akan dijual dengan nama Kobe. Namun, kerana tidak dipatenkan, nama tersebut digunakan pada daging wagyu jenis lain.

Daging Kobe yang asli hanya boleh diperolehi daripada wilayah tersebut.

Disebabkan harganya yang tinggi dan sukar didapatkan, kebanyakan orang Jepun sendiri tidak pernah merasai daging tersebut yang hanya dihidangkan ketika acara istimewa.

Berharga dua kali ganda daripada wagyu biasa, daging Kobe import boleh dijual pada harga RM 200 untuk satu auns (kurang dari 30 gram).

Wagyu dengan kualiti terbaik

Wagyu dikelaskan kepada empat baka iaitu Japanese BlackJapanese BrownJapanese Poll, and Japanese Shorthorn.

Lembu Kobe, Tajima-gyu berasal daripada baka Japanese Black. Hanya daging terbaik daripada baka itu boleh dikategorikan sebagai daging Kobe.

Ada dakwaan menyatakan lembu untuk penghasilan daging Kobe ini diberi bir untuk meningkatkan seleranya serta diurut setiap hari (kadangkala menggunakan wain beras Jepun) untuk merangsang pembentukan marbling.

Penternak lembu juga dikatakan akan memasang muzik klasik ketika lembu sedang makan sebagai teknik relaksasi dan meningkatkan selera haiwan berkenaan.

Sumber: Metro.co.uk, Blackmore Wagyu, Notes Of Nomad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 31 Jul 2019

你从未见过这 21 座城市的空拍美照!

我们到世界各地的城市去观光,沿路拍下许多著名的景点,但往往无法看到城市的全貌……

LIFESTYLE Wed, 30 Oct 2019

Ramai Salah Anggap Pasal Kemurungan, Ini Penjelasannya.

Kemurungan menjadi satu topik yang kian mendapat perhatian

LIFESTYLE Sat, 5 Oct 2019

Masalah Mental Berpunca Dari Rumah Betul Ke?

Mencegah lagi bagus dari merawat. Awasilah diri anda dan juga anak-anak

LIFESTYLE Tue, 2 Jul 2019

Berkaki Ayam di Pasir Pantai Boleh Terkena Cutaneos Larva Migrain

Cutaneos Larva Migrain bahaya terutama sekali apabila anda berjalan diatas pasir ye

LIFESTYLE Mon, 14 Oct 2019

Pengalaman Melancong Lebih Seronok Dari Sebuah Perkahwinan?

Betul ke tak? Masing-masing mempunyai pendapat sendiri

LIFESTYLE Wed, 10 Jul 2019

Anak Kedua Lebih Nakal Dari Anak Sulung Betul Ke?

Ada yang mengatakan anak kedua ini lebih cenderung mempercayai kawan berbanding ibu bapa?

LIFESTYLE Sun, 2 Sep 2018

Suami Merajuk, Meh Pujuk Cara Ini

Jangan biarkan merajuk pasangan anda berpanjangan. Dikhuatiri ia akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan anda

LIFESTYLE Wed, 12 Dec 2018

5 Jenis Cili Paling Pedas Berapi Masuk Rekod Dunia

Jom kita tengok bacaan cili-cili terpedas dunia ni daripada bawah sehingga paling tinggi levelnya.

Fab Foodies! Mon, 5 Feb 2018

SEDAP TAK TERTAHAN DENGAN KFC GOLDEN EGG CRUNCH

Gong Xi Fa Cai! Bersempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tak lama lagi, restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) membawakan menu terbaru bermula 25 Januari 2018. Berbeza dengan hidangan sebelum ini, ‘KFC Golden […]

FESYEN Thu, 8 Aug 2019

| Live TV