LIFESTYLE By: SGMS Enal April 21, 2018 @ 7:57am

Petanda Awal Masalah Mental atau “Hoarding Disorder”

”Jangan buang elok lagi nie walaupun dah tak boleh guna, simpanlah sebab sayang”. Mungkin kita pernah mendengar ayat ini. Sikap yang suka mengumpul barangan lama walaupun sudah tidak boleh digunakan atau lebih teruk dipanggil “sampah” kerana alasan sayang mungkin sudah tidak boleh digunakan lagi.
 
Ada di antara kita tanpa sedar sebenarnya mempunyai “habit” yang disebutkan ini. Semua benda sayang dan tak boleh dibuang kerana dirasakan mempunyai nilai sentimental. Namun, sekiranya rumah sudah bersepah dengan barangan yang terlalu banyak, masih relevankan untuk terus menyimpan?

Menurut sumber, apa yang lebih membimbangkan perbuatan ini merupakan tanda anda mengalami penyakit mental atau ‘hoarding disorder’, seperti yang dilaporkan oleh Psychology Today. Berikut merupakan lima kesan buruk bagi anda yang terlalu suka menyimpan barang-barang lama.

 
1. Menyebabkan tekanan
 

Kredit: houselogic.com

Ramai anatara kita yang suka membeli barang berlebihan dengan alasan tidak perlu susah-susah keluar lagi untuk membeli apa-apa serta lebih mudah kerana semua yang diperlukan sudah tersedia.

Tetapi hakikatnya adakalanya kita sebenarnya tidak memerlukan barangan tersebut dan akhirnya ianya hanya akan disimpan tanpa digunakan selama bertahun-tahun.

Perkara ini akan membuatkan kediaman kita menjadi sempit dan sesak dengan barangan yang tidak diperlukan. Ia secara tidak langsung akan membuatkan hidup tidak selesa dan boleh mengganggu rutin harian kita.

 

2. Menyebabkan makan berlebihan
 

Kredit: hdfootagestock.com

Kajian membuktikan bahawa menyimpan barang berlebihan merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan kita makan berlebihan.

Bagi yang pernah menonton rancangan realiti TV ‘Hoarders’, pasti perasan bahawa kebanyakan mereka yang suka mengumpul barang adalah terdiri daripada mereka yang bersaiz besar.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana semua itu boleh berlaku, sebenarnya suasana berselerak boleh membuatkan seseorang berasa tertekan dan tekanan yang dialami boleh menyebabkan seseorang makan berlebihan dan apa yang lebih membimbangkan mereka lebih cenderung untuk makan makanan yang tidak berkhasiat.

 
3. Kurang produktif
 

Kredit: smh.com.au

Barang yang bertimbun bukan sahaja menyakitkan mata malah turut menyesakkan kepala. Keadaan ini boleh membuatkan seseorang mudah hilang fokus terhadap kerja. Jadi, bagi anda yang mempunyai ruang kerja yang bersepah atau bertimbun dengan barang-barang yang tidak dipakai kenapa tidak anda buangkannya atau mengalihkanya ke tempat lain supaya tidak mengganggu kerja-kerja anda?

 
4. Mudah Nyanyuk
 

Kredit: indiatoday.com

Sedarkah anda bahawa minda yang serabut tidak dapat menapis maklumat yang ada di dalam otak sama ada maklumat tersebut berguna atau sebaliknya. Maklumat ini dinamakan ‘mental clutter’ dari sudut psikologi dan ia adalah salah satu punca utama kepada masalah nyanyuk pada usia tua.

Ia bermula dengan pemikiran yang tidak tenang yang akhirnya akan mengakibatkan otak tidak dapat memproses maklumat dengan efisyen. Otak terpaksa bekerja lebih akibat daripada persekitaran yang tidak teratur.

 
5. Pengasingan Sosial
 

Kredit: people.com

Orang yang suka sangat kumpul barang yang tidak digunakan bukan sahaja memberi kesan negatif kepada diri sendiri malah turut memberi kesan kepada ahli keluarga yang lain. Mereka turut akan berasa sesak dan lemas dengan barangan yang bertimbun.

Apa yang lebih membimbangkan, mereka yang suka menyimpan barang-barang lama ini dikatakan lebih sukar membaca riak wajah orang lain terutama keluarga mereka. Kesannya, mereka semakin kurang mengambil berat tentang perasaan ahli keluarga kerana emosi yang kelihatan sama setiap hari malah mereka semakin obses dengan barang-barang mereka saban hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 16 Nov 2018

Here are 4 Great Places You Can Visit with the Family This Holiday Season

The long holidays are coming so it’s time to travel somewhere with the family.

LIFESTYLE Mon, 23 Apr 2018

Jangan Pakai Alat Solek Selagi Usia Belum Cecah 20 an

Penggunaan alat mekap kepada kanak-kanak akan meningkatkan proses penuaan dengan cepat, jadi lebih baik ia dielakkan supaya kulit akan menjadi lebih baik tanpa bahan kimia. Haaa, dengar tu semua!

LIFESTYLE Tue, 4 Dec 2018
LIFESTYLE Sat, 21 Sep 2019

Apa Yang Tiada di Iceland Dibandingkan Dengan Malaysia

Tak sangka ada yang tidak wujud di Iceland yang Malaysia ada

Fab Foodies! Sun, 11 Mar 2018

5 Manfaat & Kebaikan Makan Buah Kurma

Kurma adalah salah satu makanan manis dan multiguna yang dapat meregulasi proses pencernaan. Kurma dapat meningkatkan energi dalam waktu 30 menit bagi yang mengkonsumsinya.Manfaat dari kurma diantaranya bebas dari masalah konstipasi, gangguan pencernaan, masalah jantung, […]

LIFESTYLE Fri, 10 Jan 2020

Pengering Tangan Dalam Tandas Ada Bakteria?

Tidak salah menggunakannya tetapi awas ada bakteria juga di pengering yang ada dalam tandas!

FESYEN Thu, 21 Nov 2019
Events Tue, 3 Sep 2019

Swiss Dream Circus Gerenti Luar Biasa!

Swiss Dream Circus happening giler!

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

还敢用毛巾擦脸?洗完脸「自然风干+手抹开」皮肤更健康

许多人洗完脸,眼睛都还张不开,下意识就抓毛巾来擦干,这举动正确吗?

Fab Foodies! Fri, 12 Oct 2018

Manfaat Dicampurkan Kayu Manis Dan Madu

Setiap 1 sendok teh kayu manis mengandung 19 kalori, 4 gram serat, kalsium, zat besi, vitamin K, dan mangan

| Live TV