LIFESTYLE By: SGMS Enal November 7, 2018 @ 8:47am

Masih Mengantuk Walaupun Tidur Lebih 10 Jam? Ini Jawapannya

Mengantuk yang berlebihan adalah apabila kita merasa sangat letih atau mengantuk pada siang hari. Tidak seperti keletihan biasa, rasa mengantuk yang berlebihan membuatkan kita merasa sangat letih sehingga ia mengganggu fokus dalam belajar atau kerja, dan mungkin juga hubungan anda dan juga tugasan seharian.

Mengantuk adalah perkara biasa bagi setiap manusia, tetapi jika ianya mengantuk yang  melampau, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Terdapat beberapa masalah berkaitan tidur yang boleh menyebabkan anda menguap dan mengantuk melebihan.

Apnea

Apnea adalah keadaan serius di mana seseorang berhenti dan mula bernafas kembali berulang kali sepanjang malam. Ia boleh membuatkan anda berasa mengantuk pada siang hari (Rujukan 1).

Apnea juga mempunyai beberapa gejala termasuklah :

  • berdengkur semasa tidur
  • terjaga dengan sakit tekak dan sakit kepala
  • hilang fokus

Apnea tidur juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi dan masalah jantung lain, serta diabetes jenis 2 dan obesiti .

Sebenarnya terdapat dua jenis apnea yang utama. Masalah ini boleh menyebabkan rasa mengantuk yang berlebihan, kerana ianya membuat tubuh badan manusia tidak mendapat tidur yang cukup dalam pada waktu malam. Jenis apnea adalah (Rujukan 1):

Restless Leg Syndrome

Restless Leg Syndrome atau RLS membuatkan seseorang tidak selesa pada bahagian kaki. Seseorang akan merasakan ngilu dan berdenyut pada kaki yang sangat tidak selesa. Terdapat juga situasi dimana seseorang akan merasa tidak selesa di kaki sama ada tiba-tiba gatal atau kejang ketika tidur. RLS menjadikan mereka yang mengalaminya sukar untuk tidur, menyebabkan keletihan pada keesokan harinya.

Tiada kajian yang jelas mengenai hal ini. Berkemungkinan juga terdapat komponen genetik yang mempengaruhi RLS. Ramai saintis juga percaya bahawa masalah dengan sistem saraf otak, kawasan yang bertanggungjawab untuk pergerakan, adalah pada punca terjadinya RLS (Rujukan 1).

Narcolepsy

Narcolepsy adalah serangan tidur yang mendadak tanpa ada tanda-tanda mengantuk. Ianya berpunca dari  kerosakan kronik pada bahagian otak yang menyebabkan otak gagal mengawal tidur dan bangun seseorang (rujukan 2).

Contohnya seperti seseorang yang tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri saat melakukan aktiviti harian, ramai yang menganggap mangsa pengsan, tapi sebenarnya mangsa hanya tidur biasa(Rujukan 2).

Punca sel hyproaretin dalam otak menjadi lemah adalah kerana luka lama yang melibatkan kerosakan otak,tumor, efeksi dan stress yang melampau. Ia juga boleh terjadi akibat perubahan hormon yang biasa terjaddi pada seseorang yang menopaus atau yang baru baligh dan perubahan pada jadual tidur harian(Rujukan 2).

Gambar : Navalwiki

Kemurungan

Kemurungan juga adalah salah satu punca terjadinya mengantuk melebihan ini kerana kemurungan membuatkan si penghidap sukar tidur dan waktu tidur tidak digunakan sebaiknya. Selain itu, si  penghidap juga mungkin tidur lebih banyak atau kurang daripada yang gunakan (Rujukan 1).

Jika seseorang tidak tidur dengan baik pada waktu malam, dia mungkin mengalami rasa mengantuk yang melampau pada siang hari. Kadangkala perubahan tidur adalah tanda awal kemurungan (Rujukan 1).

Kemurungan mempunyai banyak sebab termasuklah tahap kimia otak tertentu yang tidak normal iaitu masalah dengan kawasan otak yang mengendalikan mood atau peristiwa traumatik yang membuat seseorang sukar untuk dilupakan(Rujukan 1).

Kesan Sampingan Ubat 

Satu lagi kajian telah menunjukkan bahawa orang yang berusia menghabiskan masa paling banyak di tempat tidur tetapi mendapat nikmat tidur yang paling rendah. Mengikut kajian, kualiti tidur semakin berkurangan bagi orang dewasa pertengahan umur. Seseorang yang berusia kurang dari itu akan mengalami sedikit masa dalam jenis tidur yang lebih dalam dan bangun lebih banyak pada lewat malam(Rujukan 1).

Antara sebab lain yang menjadi punca mengantuk secara berlebihan ialah (Rujukan 3):

  • kurang senaman fizikal dan kurang aktif
  • kekurangan darah
  • kurang air dalam badan
  • diabetes
  • terlebih makan
    Gambar : twitter Geng Farmasi Otai

Berikut adalah nasihat umum yang boleh diamalkan oleh sesiapa yang mengalami situasi ini (Rujukan 4).

  • Latih diri untuk mengikut jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya tidak kekurangan tidur
  • Dapatkan vitamin D secukupnya dari cahaya matahari setiap pagi dapat menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
  • Cuci muka menggunakan air sejuk setiap kali anda mengantuk
  • Minum teh hijau setiap pagi akan mengurangkan rasa mengantuk
  • Minum air limau setiap pagi akan mencergaskan minda anda
  • Makan sarapan pagi yang berkhasiat
  • Bersenam setiap hari

Rujukan

  1. HealthLine
  2.  SeruPedia
  3. Teknik Hidup
  4. Doctor On Call

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 23 Sep 2019

Orang Pendek Lebih Berisiko Penyakit Kencing Manis

Haa.. macam mana nie ada ubat tak nak jadi tinggi

LIFESTYLE Mon, 23 Jul 2018

「做决定死都不会改」6大星座

每个人处理事情的态度都不一样,有些人优柔寡断、想东想西,有些人则是速战速决,一旦下定决心就没有商量的余地。

Fab Foodies! Thu, 14 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Kari Ikan Yogurt

Masukkan yogurt dicampur dengan air dan bendi, Reneh sehingga 15-20 minit & pastikan di atas api yang perlahan. Jangan lupa kacau untuk mengelakannya ia melekat.

Fab Foodies! Mon, 30 Jul 2018

超夯「彩虹饮食法」搭配均衡饮食吃出健康还能瘦身

你听过现在非常流行的彩虹饮食法吗?

LIFESTYLE Thu, 29 Nov 2018

The Perahu Bangau Costume; When Traditional Culture Mixes with Fashion

This is the story behind Miss Universe Malaysia’s unique Perahu Bangau costume

Fab Foodies! Thu, 15 Feb 2018

TIPS KEKAL SIHAT DI TAHUN BAHARU CINA

Pengusaha buah-buahan menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur Dioxide’ yang mana buah limau akan direndam terlebih dahulu.

LIFESTYLE Sun, 6 May 2018

健身必穿「运动Bra」否则胸部会下垂! 

女士们,妳都穿什么运动呢?妳是否有准备几件运动Bra来替换,英国研究指出若没穿着运动Bra做运动,可能会造成乳房下垂、松弛的严重后果。

Fab Foodies! Wed, 6 Mar 2019

Buat Foodie Lovers, Kenali 5 Chef Instafemes Ini

Kalau korang nak tahu, akaun Instagram ini merupakan antara akaun Instagram masakan yang paling best, ini terbukti dengan para pengikut mencecah 1 juta. Jom, kita layan!

LIFESTYLE Wed, 31 Jan 2018

日本环球影城「哈利波特禁忌之旅完整版」3月16日正式开放

日本环球影城的哈利波特魔法世界主题园区从2014年正式启用后,就成为乐园内最受欢迎的主题乐园之一,近日日本环球影城宣布,从3月16日起,旅客将可以体验完整版「哈利波特禁忌之旅」,而且不用戴3D眼镜,就能体验超高临场感的魔法世界之旅。

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

| Live TV