LIFESTYLE By: Mohd Fuad Mohd Noor March 7, 2019 @ 12:53am

Krim Jerawat Drugstore Yang Berpatutan Dan Berkesan!

Masalah jerawat ni bukan sesuatu yang asing bagi kita. Dengan cuaca yang tidak menentu, di tambah pula dengan debu-debu dan persekitaran yang kurang bersih, tak mustahil jika jerawat datang singgah ke kulit muka kita. Ada macam-macam produk khas untuk jerawat tetapi untuk mencari produk yang betul-betul berkesan dan sesuai dengan budget kita bukanlah sesuatu yang senang betul tak? Tetapi, masih ada pelbagai produk jerawat yang berkesan, nak tahu produk apa? Mari kita lihat!
 
1. Oxy Acne Pimple Medication
 
Krim jerawat ‘legend’ ni memang popular sejak dari dahulu lagi! Ada 3 pilihan berbeza mengikut tahap keseriusan jerawat anda. Oxy 5 untuk jerawat biasa, Oxy 10 untuk jerawat degil dan Oxy Cover untuk krim jerawat yang hampir sama dengan warna kulit. Krim Oxy ni mengandungi BENZOYL PEROXIDE yang bertindak untuk merawat dan menghapuskan kuman penyebab jerawat.
 
2.Dalacin T
Dari dulu Dalacin T memang popular dan digunakan untuk mematikan jerawat. Produk ni juga mampu menghilangkan jerawat-jerawat halus di muka. Bau Dalacin T macam ubat sikit tapi keberkesanannya memang tak dapat dinafikan kerana kandungan ‘Clindamycin’ di dalam Dalacin T ini berkesan dan dapat menghalang pertumbuhan bakteria.
 
3.Tidact
 
Gel Tidact ni sememangnya ‘viral’! Ada macam-macam review positif tentang gel ni. Kandungan bahan di dalam Tidact ni lebih kurang sama dengan Dalacin T sebagai contoh, ‘Clindamycin Phosphate’. Krim ni juga sesuai digunakan untuk jeragat di muka.
 
4.T3 Mycin
T3 Mycin Gel juga popular dan sering digunakan untuk merawat jerawat. Ia mengandungi Clindamycin Phosphate, sejenis anitbiotik lincosamide yang berfungsi dengan mengurangkan jerawat dan / atau menghentikan
pertumbuhan bakteria kulit yang mnyebabkan jerawat.
 
5.Ponds Acne Clear
 
 
 
 
 
 
 
Gel ini mudah meresap pada kulit dan tekstur nya juga sangat ringan. Ponds acne gel ni dapat mematikan jerawat secara perlahan-lahan. Produk ini tidak menyebabkan kulit wajah berminyak. Walaupun ponds gel ni tak dapat mematikan jerawat dalam masa sehari/dua hari tetapi ia mampu menghalang dan meredakan pertumbuhan jerawat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

‘Jaa Miliki Ciri Lelaki Pilihan Saya’, Eyka Farhana Mula Jatuh Hati?

Alahai…comel je tengok pasangan ni kan? Sama kecil, sama padan…

LIFESTYLE Sat, 24 Aug 2019

Berhati-Hati Jika Melancong Ke India Dengan Rokok Elektronik

India Cadang Haramkan Rokok Elektronik, Pesalah Berdepan Hukuman Denda Dan Penjara

Events Sun, 27 Oct 2019

Jangan Lupa Saksikan 10 Protege Mentor Milenia 2019 Berentap Malam Ini!

Jangan ketinggalan UNDI protege kegemaran korang malam ini, 9 Malam guys!

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Amira Rose Drama Paling Hangat, Catat 10 Juta Tontonan

Drama yang dibintangi pelakon hebat, Aiman Hakim dan Farah Nabilah ini telah mencatatkan sebanyak 10 juta tontonan menerusi platform TV, atas talian, dan media sosial.

Events Tue, 13 Mar 2018

Mentor Otai Kembali Menyengat!

Dengan menampilkan mentor yang sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air, Mentor Otai pastinya antara program yang bakal menyengat hujung minggu anda.

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

| Live TV