Hiburan By: Salma Syahbuddin August 1, 2018 @ 4:35pm

Amira Rose Drama Paling Hangat, Catat 10 Juta Tontonan

Drama mini bersiri Amira Rose yang ditayangkan buat julung kalinya semasa Aidifitri lepas nyata  mendapat sambutan paling hangat di kalangan penonton seluruh tanah air. Drama yang dibintangi pelakon hebat, Aiman Hakim dan Farah Nabilah ini telah mencatatkan sebanyak 10 juta tontonan menerusi platform TV, atas talian, dan media sosial. Wow!

Dipersembahkan menerusi kerjasama Samsung Malaysia Electronics dengan Media Prima Television Networks (MPTN). Drama ini telah menyaksikan peningkatannya serta turut mendapat reaksi positif daripada penonton. 

Pengarah Jualan dan Strategi, Media Prima Television Networks, Nini Yusof berkata, menerusi Amira Rose kami mendapati drama bersiri pendek semakin mendapat sambutan dikalangan penonton di Malaysia.

“Kerjasama kami dengan Samsung memberi tumpuan kepada penghasilan kandungan yang menarik untuk peminat drama Melayu. Kerjasama ini dihasilkan berdasarkan keyakinan dengan rekod prestasi MPTN yang kukuh, serta komitmen berterusan Samsung dalam memberi inspirasi kepada penonton untuk mengubah cara mereka berkomunikasi, berkongsi maklumat serta mengalami dunia ini,” tambah Nini.

Amira Rose juga berjaya mencapai kedudukan yang paling memberangsangkan sebagai salah satu drama TV yang paling diikuti sepanjang bulan Jun. 

Namun bagi pelakon utama siri drama pendek ini berikutan kejayaan dan sambutan yang menggalakkan terhadap drama Amira Rose, Aiman menyifatkan beliau sangat berbesar hati kerana peminat begitu setia menyaksikan drama bersiri Amira Rose.

“saya amat menghargai sokongan berterusan mereka. Dalam penghasilan drama ini, kami berpeluang berbincang dan mengubah suai jalan cerita untuk menjadikannya karya tersendiri kami dengan adegan spontan. Saya berharap akan berpeluang lagi untuk terlibat dalam drama bersiri sedemikian, kerana saya bercita-cita untuk menyampaikan kandungan yang bermutu tinggi kepada peminat.” Katanya.

Namun, lain pula bagi Farah Nabilah yang begitu terkejut dan teruja terhadap sambutan drama bersiri ini.

“Saya sangat teruja dengan reaksi hangat yang ditunjukkan peminat saya serta para penonton! Sebenarnya, ini hanya kali kedua saya bekerjasama dengan Aiman dalam drama bersiri, dan saya amat terharu dengan sambutan serta komen positif daripada peminat,” ujar Farah.

Jadi, kepada peminat Aiman Hakim dan Farah Nabilah, anda boleh menonton semula lakonan mereka hanya di www.tonton.com.my atau di laman Youtube TV3 kami www.youtube.com/TV3MALAYSIAOFFICIAL

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Zizan Bakal Pindah Ke Indonesia?

Raffi Ahmad nampak kemampuan saya dan masa depan dalam industri perfileman di sana. Cayalah Zizan!

Hiburan Wed, 8 May 2019

防晒霜成分会吸收进入血液?安全吗?FDA做了试验

防晒霜成分真的会被吸收进入血液吗?美国食品药品监督管理局(FDA)做了试验,研究结果发现……

Hiburan Tue, 22 May 2018

东于哲出道9年首次亮相北京「终于实现了!」

出道九年的东于哲正式进军中国,携新歌《黑白说》亮相北京举办媒体见面会!发布会现场被精心布置成格斗舞台,东于哲全球首唱新歌,充满感染力的音乐唱出了大众的心声,也展现了自己的实力与音乐态度。

Hiburan Mon, 7 May 2018

Luahan Akim Buat Arwah Ibu

Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya,” tulis beliau.

Trending Hari Ini Fri, 8 May 2020
Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Kata Diana Amir

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Diana Amir Mohon Stesen Televisyen Tidak Siarkan Filem Lakonannya Sebelum Bertudung

Fab Foodies! Fri, 15 Mar 2019
Hiburan Sun, 3 Nov 2019
Hiburan Tue, 29 Oct 2019
Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

| Live TV