LIFESTYLE By: SGMS Enal September 10, 2019 @ 8:09am

Kes Bunuh Diri Berlaku Sekali Setiap 40 Saat

Jumlah kes bunuh diri yang merangkumi seluruh negara telah disahkan menurun, walaupun begitu, menurut angka baharu yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO), kira-kira seorang akan membunuh diri setiap 40 saat, dan WHO menggesa supaya kesemua negara perlu mencari inisiatif bagi membendung masalah ini.

Di antara 2010 dan 2016, kadar kes bunuh diri global menurun sebanyak 9.8%, menurut WHO lagi dalam laporan yang kedua mengenai isu tersebut. Hanya benua Amerika sahaja yang dicatatkan meningkat.

“Setiap kematian merupakan satu tragedi kepada keluarga, rakan serta kenalan. Namun kejadian bunuh diri ini boleh dicegah. Kami menyeru kepada semua negara agar menubuhkan satu pelan strategi pencegahan ke dalam isu kesihatan negara dan program pendidikan yang bersesuaian,” ujar Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.
 
WHO menyatakan bahawa kira-kira 800,000 orang mati membunuh diri setiap tahun, angka itu lebih tinggi daripada orang yang mati akibat malaria, kanser payudara, atau perang dan pembunuhan, ianya adalah salah satu “isu kesihatan global yang serius.” WHO turut memaklumkan bahawa hanya 38 buah negara sahaja yang mempunyai strategi pencegahan bagi isu ini.
 
Secara Keseluruhan, kaum lelaki mencatat kes bunuh diri yang lebih tinggi berbanding kaum wanita, WHO menyatakan, dengan 7.5 kematian akibat bunuh diri per 100,000 wanita dan 13.7 kematian akibat bunuh diri per 100,000 lelaki. Bangladesh, China, Lesotho, Maghribi dan Myanmar sahaja yang mencatatkan kes kematian bunuh diri yang membabitkan wanita lebih tinggi daripada lelaki.
 
“Sementara itu, 79% kes kematian bunuh diri di seluruh dunia dicatatkan berlaku di negara yang berpendapatan rendah dan negara yang berpendapatan sederhana, manakala negara yang berpendapatan tinggi pula mencatatkan kadar yang tinggi, iaitu sebanyak 11.5 per 100,000” orang, ujar WHO.
 
“Bunuh diri merupakan penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan golongan muda yang berusia 15-29 tahun, selepas kemalangan jalan raya. Diantara remaja yang berusia 15-19 tahun, bunuh diri adalah penyebab kematian yang kedua selepas (kematian semasa mengandung dan bersalin) manakala lelaki pula kemalangan dan keganasan.”
 
WHO menyatakan bahawa salah satu cara untuk mengurangkan kadar kes bunuh diri global adalah dengan menghadkan akses ke atas racun haiwan perosak dan senjata api kerana ianya adalah salah satu cara bunuh diri yang popular. Di Sri Lanka, langkah pengharaman penggunaan racun perosak telah berjaya menurunkan kes bunuh diri sebanyak 70%, dianggarkan sebanyak 93,000 nyawa berjaya diselamatkan dari tahun 1995 hingga 2015.
 
Langkah pencegahan lain yang dinyatakan oleh WHO pula ialah dengan mendidik media dalam melaporkan kejadian kes bunuh diri secara beretika, kenal pasti orang yang berisiko dan memberi bantuan terhadap golongan muda dalam menangani tekanan hidup.
 
Sumber: CNN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 21 Sep 2019

暗恋最痛苦!欣赏对象想对你说些什么?

有时暗恋满难的,看着心仪对象,内心总是百感交集吗? 如果你正有心仪的对象,今天就和 奥斯老师 [点击关注脸书] 一起来看看,你欣赏的对象想和你说些什么吧!   <<直觉选一张牌>>  

LIFESTYLE Mon, 4 Dec 2017

Kongsi Teknik Atasi Anak Yang Nakal

“Kadang-kadang, Makin Dilarang Makin Dia Buat” — Doktor Ini Kongsi Teknik Atasi Anak Yang Degil

LIFESTYLE Thu, 24 Oct 2019

Ada Sebab Kenapa Jangan Beri Ubat Dekat Anak Guna Sudu

ini diantara sebab kenapa , mungkin boleh diambil kira

LIFESTYLE Mon, 29 Oct 2018

Betul Ke Letak Penama Je Dah Cukup, Kenapa Ramai Penama Sedih Bila Tuntut Harta?

Betul Ke Letak Penama Je Dah Cukup? Tapi Kenapa Ramai Penama Kongsi Kisah Sedih Bila Tuntut Harta?

LIFESTYLE Mon, 23 Jul 2018

「做决定死都不会改」6大星座

每个人处理事情的态度都不一样,有些人优柔寡断、想东想西,有些人则是速战速决,一旦下定决心就没有商量的余地。

LIFESTYLE Fri, 16 Nov 2018

Here are 4 Great Places You Can Visit with the Family This Holiday Season

The long holidays are coming so it’s time to travel somewhere with the family.

LIFESTYLE Fri, 27 Apr 2018

手表戴左手还右手?「5个戴表小秘诀」避免伤腕、表带发臭

你有戴表的习惯吗?在现代手表不只用来看时间,更是一个人品味及守时的象征,到底怎么配戴手表才显得体面又干净?

Fab Foodies! Fri, 23 Nov 2018

咖啡热量排行曝光!加糖派v.s.加奶派…选这款肥死你

吃早餐时搭配一杯咖啡,工作学习时从一杯咖啡开始,咖啡已俨然取代茶饮,成为一般人工作提神、社交的主要首选。到底咖啡厅里的美式咖啡、拿铁、卡布奇诺有何不同?

LIFESTYLE Mon, 10 Dec 2018

Utamakan Keluarga Daripada Kerja, Rela Tutup Syarikat

Wanita Ini Mahu Stafnya Utamakan Keluarga Daripada Kerja, Rela Tutup Syarikat Daripada Lihat Pekerjanya Bersedih

Fab Foodies! Wed, 4 Jul 2018

Tips Hilangkan Bau Tangan Pijar Dan Bau Hanyir?

Pernah tak masa tengah siang ikan/bersihkan ayam, tangan masih tetap berbau hanyir

| Live TV