LIFESTYLE By: SGMS Enal October 29, 2018 @ 8:10am

Betul Ke Letak Penama Je Dah Cukup, Kenapa Ramai Penama Sedih Bila Tuntut Harta?

Sering bermain di media sosial sebelum ini pelbagai kisah yang dikongsikan oleh netizen, mereka menceritakan kisah waris yang dinafikan hak mereka untuk mewarisi harta atau wasiat daripada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Si mati telah mewasiatkan hartanya kepada waris, namun ada pelbagai kisah dan ragam menyebabkan si waris sukar untuk memiliki harta berkenaan, mengapa?

Jadi, benarkah dengan hanya meletakkan penama sudah cukup untuk memastikan waris anda mendapat hak mereka? Jika ia sudah cukup, mengapa masih banyak kisah sedih dikongsikan dan ramai waris yang tidak menerima hak mereka?

Jadi bagaimana kita perlu menguruskan harta supaya kelak waris dan mereka yang kita sayang tidak terpinggir dan menderita? Jom baca untuk tahu caranya

Tahukah anda, sebenarnya penama hanyalah wasi melainkan Hibah kerana Hibah adalah waris atau penama diberi hak mutlak untuk harta ditinggal si mati

RAMAI yang beranggapan dengan adanya penama ia sudah cukup untuk memudahkan waris membuat tuntutan terhadap wang simpanan, KWSP dan SOCSO yang ditinggalkan apabila mereka meninggal dunia.

Jadi ada yang meletakkan nama pasangan, ibu, ayah, anak dan malah ada yang meletakkan nama buah hati sebagai penama, sebagai bukti kasih sayang dan bagi memastikan nasib mereka ini terus terbela selepas kita tiada.

Namun begitu tahukah anda, Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada 19 September 2000 telah memutuskan bahawa wang KWSP dan wang yang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Justeru penama hanyalah wasi atau pemegang amanah dan dia hendaklah membahagikan wang peninggalan si mati mengikut hukum faraid, bukannya mengambil semuanya dan menjadikan wang berkenaan sebagai hak mutlaknya.

Jadi walaupun si suami menamakan isteri sebagai penerima, si isteri bukanlah penerima mutlak, sebaliknya si isteri perlu membahagi-bahagikan wang yang ditinggalkan kepada semua waris suami yang berhak mengikut faraid. Kegagalan berbuat demikian pastinya menyebabkan penama menanggung dosaMalangnya ini adalah hakikat yang tidak diketahui ramai menyebabkan kebanyakan daripada kita beranggapan dengan menetapkan penama, masalah pengurusan harta pusaka telah selesai.

Malah ramai penama yang menjadi tamak dan membolot harta berkenaan, menyebabkan mereka yang berhak tidak menerima pembelaan sewajarnya. Dan bagi yang tidak mahu mengambil tahu, mereka mungkin menanggung dosa kerana menggunakan harta yang bukan milik mereka.

Proses tuntutan juga tidak mudah, wakil waris atau wasi perlu ke makhamah atau Amanah Raya bagi mendapatkan surat kuasa dan probet dan tidak mustahil mengambil masa bertahun-tahun sekiranya waris atau wasi gagal mencapai persetujuan atau berlaku pertelingkahan antara mereka.

Selain mengambil masa, proses tuntutan ini juga mengenakan yuran tertentu bergantung kepada nilai harta yang ditinggalkan seperti yuran guaman dan pentadbiran.

Jadi bayangkan jika anda menamakan ibu anda yang berusia 75 tahun sebagai penama, pastinya sukar baginya sebagai wasi untuk menguruskan harta yang anda tinggalkan. Jika dia tidak berdaya, mungkin harta berkenaan akhirnya menjadi harta yang tidak dituntut dan waris anda yang berhak tidak mendapat hak mereka.

Bagaimanapun, usah bimbang kerana Islam sebenarnya memberi kita banyak pilihan untuk memudahkan urusan pengurusan harta pusaka, termasuklah dengan menggunakan wasiat, hibah, amanah dan wakaf.

Cuma kita perlu mengambil sikap proaktif untuk menguruskan harta dan tidak mengharapkan semuanya dilakukan secara percuma untuk kita.

Sikap ambil mudah inilah yang menyebabkan ramai waris yang menjadi mangsa keadaan, malah ada yang terpaksa menjual harta termasuklah rumah yang ditinggalkan si mati kerana hanya itu saja caranya untuk memastikan semua waris si mati menerima bahagian masing-masing.

Antara kaedah yang diketahui dan sering digunakan ialah wasiat, bagaimanapun harta yang diwasiatkan masih tertakluk kepada undang-undang probet. Ia perlu diuruskan mengikut proses yang telah ditetapkan termasuk mendapatkan surat kuasa wakil sebelum wasiat boleh dilaksanakan.

Jadi antara pilihan terbaik yang boleh digunakan ialah Hibah kerana ia menjadikan penerima sebagai penerima mutlak dan boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dinginkan termasuklah waris yang tidak layak menerima harta pusaka seperti anak angkat, ibu angkat, sahabat baik dan lain-lain.

Hibah juga boleh membantu sekiranya semua anak-anak anda adalah perempuan, memandangkan tuntutan faraid untuk mereka yang hanya memiliki anak perempuan adalah lebih rumit.

Oleh kerana Hibah merupakan hadiah atas dasar kasih, jumlah harta yang boleh dihibah adalah tidak terhad dan harta yang sudah dihibahkan tidak lagi menjadi sebahagian harta pusaka.

Menggunakan Hibah bukanlah menidakkan kehebatan pembahagian harta pusaka menerusi Faraid, cuma ia dapat membantu mengurangkan masalah yang sering timbul apabila harta ditinggalkan begitu sahaja, sedangkan harta yang diurus dengan baik akan terus memberi manfaat kepada mereka yang kita sayang.

Bagaimanapun ada yang bimbang sekiranya selepas menghibahkan harta milik mereka, penerima enggan pula berkongsi, menyebabkan pemberi berputih mata, sedangkan dia masih hidup lagi.

Menyedari kesukaran yang sering timbul dalam pengurusan harta pusaka dalam Islam, syarikat seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang lebih 90 peratus pelaburnya adalah pelabur Islam memperkenalkan Hibah Amanah khusus untuk memudahkan pelabur menetapkan penerima untuk pelaburan dalam unit amanah ASNB seperti ASB.

Hibah Amanah ASNB ini istimewa kerana ia menggabungkan konsep Hibah dan Amanah bagi melindungi pemberi dan memastikan pemberi terus memiliki unit amanah yang telah dihibahkan selagi dia hidup.

Untuk setiap wang pelaburan yang dihibahkan, ASNB akan bertindak sebagai pemegang amanah, jadi wang yang dihibahkan belum lagi menjadi milik penerima, sebaliknya ia hanya akan diserahkan kepada penerima selepas pelabur meninggal dunia.

Justeru pelabur masih boleh menggunakan wang yang dihibahkan selagi mereka masih hidup.

Pelabur boleh menamakan sehingga 10 penerima termasuk bukan waris dan proses tuntutannya juga lebih mudah kerana wang pelaburan ASNB yang telah dihibahkan bukan lagi sebahagian harta pusaka.

Oleh kerana ia bukan lagi sebahagian harta pusaka, waris boleh menuntut wang pelaburan ASNB yang ditinggalkan pelabur sementara menunggu proses tuntutan harta pusaka lain selesai dan menggunakan wang berkenaan jika perlu, untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Selain ASNB, banyak syarikat lain juga telah memperkenalkan perkhidmatan yang sama untuk memudahkan proses pengurusan harta pusaka memandangkan kerumitan yang sering timbul akibat persengketaan antara waris atau ketamakan penama, telah menyebabkan banyak harta yang ditinggalkan terbiar begitu saja atau menjadi punca dosa.

Apa yang perlu kita lakukan sebagai pemilik harta ialah mengambil langkah menguruskan harta yang dimiliki dan tidak terlalu berkira untuk mengeluarkan sedikit wang bagi menguruskannya, supaya kelak selepas kita tiada, harta berkenaan dapat terus digunakan waris, bukannya terbiar begitu sahaja kerana masalah yang tidak pernah kita jangka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Age Beautifully and Healthily with Anti-Ageing Recommendations

Gotta look good to keep up with the flow!

LIFESTYLE Fri, 27 Apr 2018

手表戴左手还右手?「5个戴表小秘诀」避免伤腕、表带发臭

你有戴表的习惯吗?在现代手表不只用来看时间,更是一个人品味及守时的象征,到底怎么配戴手表才显得体面又干净?

Fab Foodies! Wed, 15 Aug 2018

「保持头脑清醒」利用黄豆预防癌症!

黄豆富含丰富的营养素,例如维生素、矿物质、纤维质和抗氧化剂等等,其功效有助于降低抑郁症罹患风险、提高智力及预防癌症等等。

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

努力许久都不见起色,我该选择放弃吗?

努力已久却始终不见起色,放弃有时不是件坏事,但选择放弃是对的吗?

LIFESTYLE Sun, 1 Sep 2019

飞机进入紧急状态时…乘客「这行为」恐害死伤人数增加!

没有人想要遇到飞机进入紧急状态的状况,但是如果不幸遇到,旅客必须知道要怎么做才能增加自己与他人的生存机率呢?

LIFESTYLE Sat, 28 Apr 2018

BBQ Alligator Jadi Kegilaan Terbaru Penduduk Los Angeles

BBQ Alligator Jadi Kegilaan Terbaru Penduduk Los Angeles “Sangat Lembut Dan Dipanggang Sempurna,”

Fab Foodies! Fri, 14 Sep 2018

吃2块披萨要跑步34分钟!看懂5食物「等价运动消耗表」

美食当前,到底怎么样才能够防止嘴馋?

LIFESTYLE Thu, 2 Jan 2020

4 Cara Untuk Merahkan Bibir Yang Gelap Dan Kusam

Cara yang boleh anda cuba untuk merahkan bibir yang gelap dan kusam 

LIFESTYLE Wed, 22 Nov 2017

Tips Beli Rumah Lelong Dengan Gaji Kecil

Dengan gaji kecil anda boleh membeli rumah lelong tapi kenalah ikut tips yang diberikan agar tidak kerugian atau merana

LIFESTYLE Wed, 21 Aug 2019

Patutlah Duit Syiling Ada Jalur Pada Bahagian Tepi

Baru tahu tentang fungsi jalur di tepi duit syiling

| Live TV