Hiburan By: Salma Syahbuddin January 22, 2018 @ 1:15pm

PENTAS BBB 2018 TERUS HANGAT DENGAN LAWAK MANTAP PARA PESERTA

Pencarian Pelawak Realiti menerusi Program Bintang Bersama Bintang ini diteruskan lagi pada minggu kedua dengan tema bebas.  

Pentas BBB 2018 kini dihangatkan lagi dengan persembahan pembukaan dari Abam dan Chiwan. Meneliti persembahan Abam, gabungan yang mantap dan idea yang menarik sekaligus menarik perhatian juri terutamanya Saiful Apek yang menganggap persembahan dari Abam ini tidak pernah mengecewakan beliau dan penonton yang hadir. Malah, lagu sketch yang dipilih untuk minggu kedua ini juga bersesuaian dengan lawak dan content yang padat.

 

Persmbahan dihangatkan dengan menampilkan Abam dan Chiwan sebagai peserta pertama pada minggu kedua ini

Persembahan terus dihebatkan lagi menerusi persembahan dari gabungan Mark Adam dan Ropie. Persembahan dengan membawa storyline pesakit yang berlakon menjadi perompak sedikit sebanyak mengganggu idea dalam isi persembahan. Namun, juri profesional berpendapat, Mark bernasib baik kerana memilih Ropie sebagai artis undangan kerana menurut beliau Ropie sememangnya sudah kelakar walaupun hanya berdiri diatas pentas. Lantas, ramai yang berpendapat persembahan Mark Adam kali ini lebih kepada tumpuan vokal dan nyanyian menerusi lagu sketch mereka She’s Gone.

Aksi Mark Adam diatas pentas BBB 2018

Manakala, persembahan diteruskan lagi dengan menampilkan standup comedy gabungan Issey dan Dzawin. Persembahan yang dianggap kurang menyengat ini walaubagaimana pun, dipuji dari segi punchline nya. Menurut, Apek pemilihan Dzawin dianggap sesuai dengan lagu sketch nya Permata Cinta. Namun, bagi Apek persembahan minggu lepas lebih menarik berbanding pada minggu ini.

Standup Comedy dari Issey dan Dzawin tidak begitu menyerlah pada minggu kedua ini

Ajak pula mengetengahkan Tauke sebagai artis jemputannya. Pemilihan lagu sketch yang bersesuaian dengan performance nyata menarik perhatian penonton dan juri. Bertemakan askar yang sedang berada di medan peperangan beserta pemilihan lagu yang sesuai membuat juri profesional merasakan gabungan Ajak dan Tauke begitu seimbang. Storyline yang menarik dan dianggap brilliant itu membuatkan Ajak antara peserta pilihan pada minggu kedua ini.

Persembahan yang dianggap menarik perhatian penonton

Kalau persembahan Mark Adam dikatakan kurang menyerlah pada minggu ini, persembahan dari Achey juga sedikit kurang menarik. Namun, pemilihan content yang menampilkan isu-isu viral seperti isu minyak adalah bagus. Flow cerita juga bagus dan sangat spontaneous ditambah dengan lagu sketch Pencuri Hati yang sememangnya menarik perhatian penonton dan peminat tidak kira usia walaupun telah diubah dari segi liriknya. Seterusnya menjadikan Achey pemenang yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10K pada minggu kedua ini.

Achey dan Mamak Puteh ketika membuat persembahan di pentas BBB 2018

Dan, persembahan terakhir pada minggu kedua ini menampilkan gabungan mantap Shuk dan Rahim. Persembahan yang menarik ini nyata mencuit hati rata-rata penonton yang hadir. Menampilkan beberapa pelakon tambahan diatas pentas dengan trademark dari Shuk iaitu Chupap-Chupap nyata membuatkan penonton yang hadir dan juga dirumah tidak kering gusi melihat persembahan dari Shuk pada kali ini. 

Gabungan mantap antara Shuk dan Rahim A.K.A Ahmad Maslan mencuri perhatian penonton dan juri profesional

So, kepada yang belum menonton program realiti terbaru terbitan TV3, Bintang Bersama Bintang 2018 ini, pastikan anda meluangkan hari Ahad anda untuk minggu ketiga ini dengan lawak bertemakan Kekeluargaan dan Kemasyarakatan yang semestinya membuatkan hari Ahad anda dipenuhi dengan gelak ketawa pada setiap Ahad, jam 10 malam atau boleh tonton secara langsung dengan tayangan HD menerusi tonton.com.my.

Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta lawak kegemaran anda di portal kami hanya di xtra.com.my/bbb2018!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

《跳跃生命线》演员合体!518来马演出

对已经播毕的TVB剧集《跳跃生命线》还意犹未尽?各位剧迷,好康来啦~

Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Jom Tanya Ustaz, Apa Hukum Guna Wifi Tanpa Izin?

WIFI dan manusia, berpisah tiada…ada yang boleh bertahan tanpa WIFI tak untuk seminggu?

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Stacy Tunggu ‘Jodoh’ Terbaik?

Kerja tetap kerja…

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Sabar Menanti Jodoh…

Sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya…

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

AJL32 : SYAMEL ‘NERVOUS’ LIHAT PERSEMBAHAN FINALIS LAIN

Ketika ditanya sama ada Syamel akan meneruskan projek duet bersama Ernie lagi selepas ini, Syamel menyatakan kesudiannya jika diizinkan- Nya…

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

车子听歌会大抛冷笑话 望能夺《娱协》新人奖

车志立(车子)日前举行第二张专辑《一人》听歌会,一口气演绎了6首新歌;一向爱闹、爱搞怪的他,在听歌会更是不改本色,大抛冷笑话逗得个个捧腹大笑。本月30日即将生日的他,在许愿时坦言希望自己能夺今年《娱协30》新人推荐奖。

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

梁志强首与台湾演员合作!年初一「强攻」贺岁档

梁志强首与台湾演员合作,打造一部融合刺激动作及梁式幽默的动作喜剧;年初一「强攻」贺岁档,齐齐「杀」出好票房!

Events Thu, 11 Oct 2018

Ikuti Pengembaraan Dora The Explorer Kini Di Malaysia

Jom ikuti pengembaraan Dora bersama Diego!

Events Wed, 16 Oct 2019

| Live TV