Events By: Salma Syahbuddin October 11, 2018 @ 7:01pm

Ikuti Pengembaraan Dora The Explorer Kini Di Malaysia

Sejak tahun 2010, produksi Life Like Touring dari Nickelodeon, Dora the Explorer LIVE! Search for the City of Lost Toys telah menghiburkan kanak-kanak seluruh dunia. Setelah berjaya menjelajah banyak tempat-tempat baharu dan eksotik dengan menyelesaikan teka-teki, Dora the Explorer kini akan meneruskan satu lagi pengembaraan baru ke pentas Resorts World Genting November ini!

Membuat kemunculan pertama di pentas pertunjukan pada 24 November 2018, persembahan ini bakal berlangsung sehingga 1 Januari 2019. Produksi tersebut bakal dipentaskan di Genting International Showroom dengan satu misi. Kali ini, Dora telah kehilangan beruang teddy Osito miliknya dan dia memerlukan pertolongan untuk mencari ia kembali. Jadi dapatkah Dora menyelesaikan misinya itu, jom kita sama-sama saksikan persembahan Dora dan rakan-rakannya.

Set pentas berlatar belakangkan hutan dipenuhi cabaran, pengembaraan Dora akan diiringi muzik serta berbekalkan peta, Boots, beg galas, Diego dan rakan-rakan untuk mendapatkan kembali Osito. Ia bukan tugasan yang mudah, tambahan pula si musang licik bernama Swiper merancang untuk mengagalkan Dora dalam apa jua cara. Memukau penonton menerusi lagu-lagu, tarian dan menyelesaikan teka-teki, Dora pasti akan berjaya dan akhirnya akan menyanyi – We Did It!

Dihasilkan dengan kerjasama Life Like Touring dan Nickelodeon serta diilhamkan oleh pencipta bersama rancangan televisyen Dora the Explorer, Chris Gifford, Dora the Explorer LIVE! Search for the City of Lost Toys kali pertama membuat pertayangan perdana di Melbourne, Australia pada tahun 2010 dan ia telah menjelajah ke lebih 15 buah negara sejak itu serta menghiburkan lebih daripada dua juta kanak-kanak di seluruh dunia. Membuat kemunculan pertama di Resorts World Genting, 14 pelakon dan kru akan berlakon, menyanyi dan menari dengan mempersembahkan 18 lagu menerusi pertunjukan selama 90 minit (dengan masa rehat 15 minit). Lagu-lagu yang didendangkan dalam siri televisyen diolah khas untuk dipadankan dengan persembahan langsung.

Sidang Media Dora The Explorer yang berlangsung di SkyAvenue, Resort World Genting

“Mementaskan pengembaraan Dora merupakan salah satu pengalaman cukup bermakna dalam kerjaya professional saya dan ia telah memberi peluang untuk saya mengembara ke Australia, Timur Tengah, Amerika Latin dan Asia,” kata Chris Gifford, yang bersama-sama mencipta watak Dora the Explorer dengan Valerie Walsh Valdes dan Eric Weiner pada tahun 2000.

“Rancangan televisyen hanya ke udara selama 22 minit, namun apabila dipentaskan kami mempunyai lebih banyak masa untuk memberi penceritaan yang lebih dinamik serta hubungan antara watak-watak. Dalam pengembaraan ini, Dora mampu membawa para penonton terutama kanak-kanak ke dalam satu pengalaman yang tidak mungkin mereka boleh alaminya sendiri. Dia adalah kanak-kanak yang baik serta dia juga universal kerana penceritaan yang dibawa berkisar mengenai persahabatan dan kasih sayang.”

Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan tiket-tiket berharga RM186 (VIP, RM143 (PS1) dan RM101 (PS2). Bayaran proses tambahan RM4.00 turut dikenakan. Ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) akan menikmati diskaun sebanyak 10% sama ada melalui pembayaran tunai, kad kredit atau menebus Mata Genting.

Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

“Bukan Berpura-pura, Anak Muda Memang Suka Tengok Buah Dada” – Iqram Dinzly Beri Komen Padu Pada Netizen

Niat sebenar beliau bukanlah untuk berlaku biadap sebaliknya dia kagum dengan transformasi yang dibawa oleh Uqasha dalam membawakan watak tersebut.

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Kos Bertambah Punca ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ Dihentikan

Kos penerbitan bertambah antara punca utama pemilik JS Pictures, Azman Yahya atau Jinggo mengambil keputusan tidak meneruskan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan pada musim depan. “Saya dan isteri (Sheila Rusly) memang sedih dengan keputusan yang terpaksa […]

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Salam Takziah…Ibu Issey Meninggal Dunia

Issey Fazlisham, Asiah Haron meninggal dunia kira-kira jam 3.40 petang tadi akibat serangan jantung.

Hiburan Tue, 14 May 2019

Elak Stress, Ajak Mengaku Tak Pernah Baca Komen Di IG

Pada awalnya bila Altimet tanya sama ada saya berminat untuk menyanyikan lagu Yang Mano, saya sendiri tidak yakin.

Contest Wed, 24 Oct 2018

#xtra好康头 | 送你到云顶高原过个刺激万圣节

想好了即将来临的万圣节去哪里了吗?还没的话,赶快参与「xtra好康头」竞赛,到云顶度过难忘的万圣节!

Hiburan Fri, 23 Nov 2018
Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Abam Dah Jadi Ayah…Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Abam & Hidayah!

Hiburan Sun, 9 Jun 2019

Tak Nak Jadi Ustaz Lagi

Orang tetap nampak saya sebagai Ustaz Hamadi.

Trending Hari Ini Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami

| Live TV