Gaya Hidup By: hheels_admin January 8, 2018 @ 9:40am

Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan, Kena Cuba Tips Ke-6 Tu!

“Sakitnya pinggang. Kepala pening, rasa loya dan nak muntah… ‘Miss V’ pula rasa berdenyut-denyut. Semuanya serba tak kena…! Macamana nak hilangkan senggugut ya?”

Padanlah orang perempuan selalu ‘moody’, PMS katanya… Habis satu badan diserang sakit-sakit. Manalah tak mengamuk, kan? Selalunya, simptom yang dialami selama ‘datang bulan’ ini akan berlanjutan sekitar 2-3 hari sejak sebelum haid atau semasa haid.

KENAPA RASA SAKIT BILA ‘PERIOD’?

Semasa haid, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.
Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.

Selain itu, tubuh juga mengeluarkan bahan kimia bernama prostaglandin. Bahan ini memicu otot rahim supaya terus berkontraksi. Jika terlebih paras prostaglandin, ia mampu juga menyebabkan berlakunya loya, cirit birit, perasaan gelisah, dan sakit kepala.

8 TIPS BERKESAN HILANGKAN SENGGUGUT

Terdapat pelbagai cara yang sering diwar-warkan untuk hilangkan senggugut. Ini adalah cara yang paling ringkas dan berkesan bagi kebanyakan wanita:

1. TUAMAN PANAS

Percaya tak? Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks. Bukan saja boleh dipakai di rumah, tetapi juga di pejabat, kelas, atau di mana-mana. Tuamkan di sekitar perut, pinggang, atau punggung. Legaaaa….!

Jadi, laburkan sedikit wang untuk membeli beg tuaman panas ini. Ia lazimnya boleh didapati di farmasi.
Kalau malas, cubalah buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.

2. MINUM AIR SUAM

Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu mengelakkan anda daripada memakan snek yang tidak berkhasiat kerana ia secara tidak langsung memberi kesan ‘penuh’ pada perut. Seperti tuaman, meminum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

3. AKTIFKAN DIRI

Kalau asyik berkurung dalam bilik kerana menahan sakit, kita akan cenderung merasa emosi yang negatif. Stres ini mampu memburukkan keadaan akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang. Ia dibuktikan Journal of Women’s Health melalui sebuah laman web. Oleh itu, cubalah menyibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah, mengajak suami berjalan-jalan, bermain dengan anak-anak, bersosial dengan kawan-kawan, atau melakukan senaman ringan di taman. Aktiviti ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

4. AMBIL HERBA DAN SUPLEMEN

Banyak jenis herba yang selalu disyorkan oleh petua orang lama. Memang banyak yang berkesan. Antara yang paling popular ialah halia. Caranya, ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk dijadikan teh.

Selain halia, anda juga boleh meminum teh hijau, air asam jawa, madu, atau jus daun betik. Antara suplemen yang disyorkan dalam bentuk pil biasanya terdiri daripada magnesium, vitamin D, dan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti pati ikan haruan

5. JAGA ‘PANTANG’

Untuk hilangkan senggugut, ada beberapa makanan yang mampu menjadikannya lebih baik, dan begitulah juga sebaliknya: Elakkan – makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat. Banyakkan – Buah-buahan, sayuran, dan makanan yang berserat tinggi. Kalau teringin memakan coklat, carilah dari sumber coklat gelap yang kurang manis. Snek seperti buah-buahan kering dan kekacang seperti ‘cashew nut’ dan ‘almond’ juga amat sesuai kerana ia berprotein tinggi.

6. BERTUKAR KEPADA ‘CLOTH PAD’ ATAU ‘ORGANIC PAD’

Mungkinkah salah satu penyebab anda mengalami senggugut berpunca daripada tuala wanita yang digunakan? Sesetengah wanita sebenarnya memang sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam pemprosesan bahan seperti ini, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Jadi, anda bolehlah cuba bertukar kepada ‘cloth pad’ atau tuala wanita jenis kain. Kini, ia mudah didapati di kedai mahupun secara ‘online’. Bukan saja anda dapat mengurangkan pendedahan ‘vagina’ terhadap bahan kimia, ia amat menjimatkan dan anda turut membantu menghijaukan alam!

7. PIL PENAHAN SAKIT

Walaupun ramai yang cuba mengelak daripada mengambilnya, kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol, iaitu sejenis paracetamol. Menurut doktor, pengambilan ubat-ubatan begini tidaklah memudaratkan asalkan anda mengambilnya dengan dos yang betul.

Namun, seperkara yang perlu diingat ialah ubat seperti ini tidak berfungsi untuk merawat, tetapi hanya untuk melegakan.

8. PIL PERANCANG

Sebenarnya, selain digunakan untuk merancang kelahiran, pengambilan pil perancang mampu menjadikan proses ovulasi lebih teratur. Penggunaan pil perancang bertindak hilangkan senggugut dengan mengawal paras hormon dalam badan.

Walau apa pun, dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil apa-apa ubat-ubatan berkala seperti pil perancang ini.

SENGGUGUT TERUK MUNGKIN PETANDA PENYAKIT LAIN YANG LEBIH SERIUS

Kadangkala, kesakitan atau kekejangan yang berlaku secara serius adalah petanda bagi beberapa penyakit lain berkaitan dengan rahim. Jadi, jangan ambil ringan kerana antara penyakit yang paling biasa dikaitkan dengan senggugut teruk adalah endometriosis dan fibroid (cyst). Dapatkan kepastian doktor sekiranya anda terpaksa melalui detik-detik sukar ini sepanjang bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 23 Mar 2018

Ambil Perhatian! Ini 6 Perkara Penting Yang Perlu Anda Buat Sebelum Travel Ke Luar Negara

Setiap daripada anda mesti akan teruja untuk merancang trip percutian bersama keluarga atau kawan-kawan kan?

Featured Sat, 28 Apr 2018
Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

Restoran Ini Memasak Steamboat Dengan Teknik Persis Bilik Sauna, Rasanya Memang Unik!

Hidangan ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia bukan dimasak di atas api gas.

Gaya Hidup Wed, 10 Jan 2018

Perkara Yang Anda Perlu Buat Ketika Berdiet

Ramai wanita sanggup berdiet untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, tetapi bukan semua tahu cara yang betul. Jom semak info berikut agar rutin diet anda tidak sia-sia! Ketika berdiet :- 1) Jangan melangkau waktu makan […]

Gaya Hidup Mon, 23 Apr 2018

Kafe Ini Jual Pancake Yang Ditaburi Coklat Yang Melimpah Ruah! Sekali Tengok Memang Terliur

Ahmad Lim Black Pancake sediakan pelbagai jenis pancake yang awesome!

Gaya Hidup Wed, 28 Mar 2018

Letih Ketika Hamil? Ini 7 Makanan Terbaik Untuk Anda

Jika anda baharu saja disahkan hamil, tahniah kami ucapkan! Memandangkan anda bakal menjadi ibu, pasti anda tertanya-tanya tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Berbuat Baik Panjangkan Usia

Menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja sesuatu yang mulia, malahan boleh memanjangkan usia juga, menurut satu kajian.

Featured Thu, 15 Mar 2018

Doktor Bongkar Ais Mampu Bakar Lemak Dalam Masa 30 Minit. Wow, Kena Cuba Ini!

Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Awas! 8 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan Guna Microwave

Tahukah anda tidak semua jenis makanan boleh dipanaskan menggunakan microwave kerana ia akan membuatkan makanan itu kehilangan khasiatnya.

Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

| Live TV