Gaya Hidup By: Nani Ramlee January 10, 2018 @ 11:55am

Perkara Yang Anda Perlu Buat Ketika Berdiet

Ramai wanita sanggup berdiet untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan, tetapi bukan semua tahu cara yang betul. Jom semak info berikut agar rutin diet anda tidak sia-sia!

Ketika berdiet :-

1) Jangan melangkau waktu makan

2) Banyakkan minum air kosong

3) Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.

4) Ambil makanan berkhasiat dan hindarkan makanan yang tinggi kandungan gula.

5) Perbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian.

6) Buat diari makanan. Tulis setiap makanan yang anda makan pada satu-satu masa.

kredit :www.indianexpress.com

Cara untuk kurus!

1) Jangan tinggalkan sarapan. Ini kerana apabila kandungan glukosa dalam darah berkurangan, anda akan makan lebih banyak pada waktu makan tengahari.

2) Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran penuh. Makanan ini mampu memberi rasa kenyang dalam tempoh yang lama.

3) Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam diet harian. Sebaliknya ambil makanan yang kaya dengan protein.

4) Lakukan sedikit aktiviti selepas makan untuk mengelakkan rasa mengantuk. Mungkin boleh berjalan kaki atau menaiki tangga. Selain boleh menghilangkan rasa mengantuk, aktiviti ini boleh membakar sebahagian kalori daripada makanan yang diambil sebelum itu.

5) Kurangkan makanan bergaram. Makanan yang tinggi kandungan garam menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurang mengambil garam, sekaligus tubuh badan tidak menakung air dengan banyak yang juga merupakan salah satu sebab berat badan tidak berkurangan.

6) Kunyah makanan dengan betul. Maksudnya, ketika makan kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.

7) Minum air kosong sekurang-kurangnya  8 gelas sehari. Meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid
AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Pernah Makan Bakso Beranak? Wah Banyaknya Bebola Daging!

Bakso beranak? Korang pernah dengar tak? Bunyi macam pelik macam mana boleh beranak! Korang yang suka makanan Indonesia mesti dah tahu bakso ini jenis makanan yang macam mana kan? Kalau dapat makan bakso panas-panas ditambah pula dengan kepedasan sambal fuhhh memang sedap! 

Gaya Hidup Sun, 21 Jan 2018

5 Cara Elak Stress Dengan Berkesan

Mengelak belenggu stress lagi mudah berbanding mengendalikannya. Tak semestinya perlu berbelanja ribuan ringgit untuk satu pakej staycation di pinggir kota, atau sesi spa berjenama popular.

Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Jangan Sedap Makan Saja! Ini 5 Jenis Bahan Makanan Lazim Yang Boleh Menambahkan Risiko Kanser

Semakin moden dunia kita hari ini, semakin bertambah penyebab yang boleh mengakibatkan kanser, termasuklah apa yang kita makan setiap hari.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Guna Ais Kiub Je Untuk Kulit Wajah Cantik? Biar Betul? Kami Kongsi Caranya

Selalu kita dengar bila berkenaan ais, mesti hanya pandangan negatif sahaja. Ais menggemukkan, ais akan menyebabkan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. Tetapi, ais juga mempunyai kebaikkan dan faedahnya yang tersendiri. Yang menariknya, ais iaitu ais […]

Featured Tue, 13 Mar 2018

Apa Anda Perlu Buat Bila Duduk Berhampiran Dengan Budak Banyak Ragam Di Dalam Kapal Terbang

Menurut kajian, 37 peratus penumpang lebih sanggup duduk di sebelah orang dewasa yang berbau badan daripada duduk sebelah bayi yang menangis.

Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

4 Sayuran Ini Bagus Untuk Kurus

Umum mengetahui pengambilan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan badan. Malah, makan sayuran juga boleh membantu dalam diet seharian serta membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Gaya Hidup Tue, 27 Mar 2018

Punggung Hitam & Berselulit? Cuba Skrub Ini Untuk Hasil Yang Terbaik

Selulit di bahagian punggung merupakan antara masalah paling tidak ‘cool’ yang dihadapi oleh wanita.

Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Senaman Setiap Hari, Selamat Atau Tidak?

Melakukan senaman setiap hari boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Featured Thu, 8 Mar 2018

Pengeluar Barbie Lancarkan Koleksi Patung Berinspirasikan Ikon Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Pengeluar barang mainan Mattel meraikan kaum Hawa dengan melancarkan patung-patung Barbie yang berinspirasikan ikon-ikon wanita dahulu dan kini dari seluruh dunia.

Gaya Hidup Fri, 30 Mar 2018

Perghh Lawa Betul Ais Krim Kat Kafe Ini. Nak Makan Pun Sayang

Warga Lembah Klang yang suka tangkap gambar makanan untuk dimuatnaik di Instagram, ada berita baik untuk anda!

| Live TV