TECH By: SGMS Enal January 6, 2020 @ 12:03pm

Cara Menggunakan Google Maps Live View AR

 Google telah memperkenalkan ciri baru AR yang dikenali sebagai Google Maps Live View untuk pelbagai jenis peranti Android dan iPhone. Ciri yang mula diperkenalkan pada Google Pixel ini menunjukkan navigasi “real-time” dalam Google Maps melalui kamera telefon anda.

Google Maps Live View boleh diakses dalam versi beta bagi peranti Android yang menyokong ARCore atau iPhone yang mempunyai sokongan ARKit. Pada masa ini, ciri ini hanya tersedia bagi pejalan kaki sahaja. Di bawah ini kami kongsikan cara untuk menggunakan Google Maps Live View AR.

Lokasi Google Maps di peranti iOS bagi menunjukkan tutorial cara menggunakan Google Maps Live View AR

Masuk ke Google Maps di peranti anda. Bagi yang tidak mempunyai aplikasi ini, anda boleh muat turun di Google Play atau App Store.

 

Carian di Google Maps

Taip destinasi anda di bar carian.

Kemudian tekan butang “Directions”.

Pilih pejalan kaki di bahagian atas skrin dan tekan pada pilihan “Live View” di bahagian bawah skrin.

Live View berfungsi di mana sahaja Street View tersedia. Ia memerlukan anda untuk menunjuk persekitaran semasa supaya dapat mengetahui lokasi sebenar anda. Dengan gabungan data GPS, kamera dan kompas, Google Maps dapat mengetahui dengan tepat destinasi yang ingin dituju dan navigasi yang anda perlu ikut.

Aplikasi ini juga akan memberi amaran kepada anda agar tidak melihat telefon semasa anda sedang berjalan. Ia bertujuan supaya anda dapat memberi perhatian kepada persekitaran semasa.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 10 Jun 2018

Jadikan Whatsapp Anda Sebagai Carian Wikipedia

Berikut kami kongsikan salah satu fungsi yang mana anda boleh jadikan Whatsapp sebagai ejen carian maklumat Wiki.

TECH Fri, 27 Jul 2018

Facebook Rugi Lebih RM400 Billion Dalam Masa Satu Hari

Walaupun mempunyai berbillion pengguna, Facebook dengan rasminya telah mengumumkan bahawa mereka telah mengalami kerugian sebanyak lebih dari RM400 billion dalam masa satu hari!

TECH Fri, 16 Feb 2018

FACEBOOK RANCANG KELUAR SPEAKER PINTAR JULAI

Aloha direka  lebih sofistikated daripada Fiona kerana ia bukan sahaja menggunakan arahan suara tetapi turut mempunyai fungsi  pengiktirafan muka bagi  mengenal pasti pengguna facebook melalui lensa sudut lebar yang dipasang di bahagian hadapan peranti.

TECH Tue, 16 Oct 2018

「睡眠监测指环」睡美人不需再等王子亲吻才醒!

SLEEPON开发的「GO2SLEEP睡眠监测指环」,号码全球最小,能简易搜集睡眠数据。

TECH Fri, 26 Jul 2019

Ini Cara Padamkan “Watch History” !!!

Untuk pengetahuan anda, YouTube menyimpan senarai video yang telah ditonton dan ini cara untuk memadamkannya.

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

TECH Thu, 12 Jul 2018

SOCAR Now Offers One-Way Trips and Monthly Contest to Go ANYWHERE

Don’t you want to win a mystery adventure to anywhere around the world? More details inside!

TECH Fri, 20 Jul 2018

Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021

Pada musim panas 2016, Google telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha dalam membangunkan sebuah sistem operasi(OS) baru bagi menggantikan sistem Android. Projek tersebut telah digelar sebagai Project Fuchsia. Selepas daripada pengumuman itu, Google jarang sekali untuk […]

TECH Tue, 4 Sep 2018

IG版面泄露你的隐藏性格!使用「这种色调」忧郁指数最高

IG时代不光是照片要好看,连版面也要干净整洁,你的版面是哪种呢?其实你选择的色调,能够看出隐藏的性格。

TECH Wed, 13 Nov 2019

Sejauh Mana Port Pengecas USB Di Tempat Awam Selamat Untuk Digunakan?

Bayangkan telefon pintar atau tablet anda kekurangan bateri ketika berada di luar, tiada powerbank, dan akan bertambah lagi parah apabila anda tertinggal kabel pengecas di rumah. Pastinya anda akan mencari jalan alternatif dengan menggunakan pengecas peranti yang […]

| Live TV