TECH By: SGMS Enal January 5, 2020 @ 11:59am

5 Permainan Video Paling Berpengaruh

 

Selepas melalui banyak perbincangan, menurut The Washington Post di bawah ini adalah senarai yang dipercayai bukan hanya permainan yang berkualiti, malah telah membentuk satu medium dan terus melakukannya dalam cara yang luar biasa.

2010

Amnesia: The Dark Descent

Amnesia: The Dark Descent merupakan permainan first-person dengan genre survival horror yang dikeluarkan oleh Frictional GamesPermainan ini mempunyai watak protagonis bernama Daniel yang menjelajah istana penuh misteri dan gelap, sambil cuba mengekalkan kewarasannya dengan cara mengelak dari raksasa dan halangan menakutkan yang lain.

Untuk pengetahuan anda, Amnesia juga membantu dalam melancarkan karier Youtuber paling berpengaruh pada hari ini iaitu PewDiePie. Dengan 102 juta subscribers, beliau menjadi viral dengan hanya menjerit semasa bermain permainan ini, terutamanya semasa adegan dalam air.

Video beliau telah meningkatkan minat dalam permainan video dan mencuri perhatian penerbit. Seterusnya, membuatkan para pemain sedar bermain dan memberi reaksi kepada permainan seram adalah cara yang bagus untuk mendapatkan tontonan di Youtube.

Minecraft

Minecraft adalah permainan video kotak pasir yang dicipta oleh Markus Persson, seorang ahli pengaturcaraan Sweden. Dikeluarkan oleh Mojang pada tahun 2011 dan dibeli oleh Microsoft pada tahun 2014. Ia merupakan permainan yang tiada tujuan khusus.

Aspek kreatif dan pembinaan Minecraft membolehkan pemain membina binaan daripada kiub-kiub bertekstur di dalam dunia 3D atau dipanggil “blocks” yang mewakili pelbagai bahan seperti kotoran, batu, batang pokok, air, dan lava. Aktiviti lain dalam permainan ini termasuk penerokaan, mengumpul sumber, menghasilkan kraf, dan pertempuran. Minecraft telah memenangi banyak anugerah seperti Best Downloadable Game of 2010, Most Innovative and Best Singleplayer Indie, Most Addicting Game di 2015 Kids’ Choice Awards dan sebagainya.

 

2012

Candy Crush Saga

Candy Crush Saga yang dibangunkan oleh King bermula sebagai permainan di Facebook. Ia mempopularkan model freemium dalam pasaran permainan mudah alih iaitu memberikan permainan asas secara percuma, dan mengenakan cas untuk barangan tertentu sama ada untuk meningkatkan, mempercepatkan atau mencantikkan pengalaman pemain.

Permainan mudah alih akhirnya mencipta permainan “bayar untuk menang”, merujuk kepada permainan video yang direka untuk memperlahankan perkembangan permainan dan mendorong pemain membayar untuk menang.

Walaupun cuma satu angka peratusan pemain yang membuat pembelian, lebih 500 juta orang mempunyai permainan ini hanya selepas setahun ia dilancarkan. Pada 2017, ia dimuat turun lebih 2.7 bilion dan dengan peratusan kecil pembelian dari jumlah muat turun sudah membuatkan King meraih berjuta-juta sebulan.

The Walking Dead: Season One

Menghidupkan semula permainan pengembaraan bukanlah satu usaha kecil, tetapi The Walking Dead yang dibangunkan oleh Telltale Games merupakan salah satu permainan yang membantu menghidupkan kembali genre tersebut. Ia menceritakan kisah Clementine dan persahabatannya dengan Lee yang menjelajah perjalanan menyayat hati sambil berusaha untuk bertahan dalam realiti dunia yang kejam.

Sebelum pelancaran, “permainan pengembaraan sudah mati” adalah sentimen biasa dalam industri permainan. Zaman kegemilangan genre tersebut adalah sekitar 1980 dan awal tahun 90-an, tetapi kemudian popularitinya berkurang dan jualan permainan pengembaraan semakin jatuh. Namun The Walking Dead telah mengubah segalanya.

Dalam masa 20 hari pelancaran, musim pertama (dari jumlah 5 musim) berjaya terjual sebanyak 1 juta unit. Awal tahun 2013, Telltale meraih pendapatan lebih kurang US$40 juta hanya dari musim pertama sahaja. Namun, Telltale ditutup pada akhir 2018 selepas pelabur terakhir mereka menarik diri dan diisytiharkan muflis. Ia dibangunkan semula sebagai LCG Entertainment pada Disember tahun lalu.

 

2015

The Witcher 3: Wild Hunt

Dunia The Witcher 3 begitu besar dan hampir menakutkan. Semasa pembangunan, CD Projekt Red melihat Skyrim yang dilancarkan beberapa tahun lalu sebagai inspirasi. Tetapi mereka tidak mahu hanya meniru apa sahaja yang ada pada Skyrim.

Paling utama, The Witcher 3 menetapkan bar yang tinggi untuk bercerita dalam permainan dunia terbuka seperti Red Dead Redemption 2, yang menafikan tanggapan bahawa dunia terbuka dan penceritaan yang berkualiti tidak boleh wujud bersama.

Namun, setelah kejayaan The Witcher 3, banyak permainan yang menggabungkan permainan dunia terbuka dan penceritaan mula muncul sejak beberapa tahun ini.

2016

Pokémon Go

Apabila Pokémon Go dilancarkan, ia digembar-gemburkan sangat hebat. Dengan kejayaan besarnya (lebih 540 juta muat turun sehingga kini), Pokémon Go adalah permainan yang mendorong persoalan setiap teknologi, media dan syarikat perisian tentang bagaimana AR menjadi faktornya.

Permainan ini membolehkan anda mematikan keupayaan AR. Mungkin tiada sesiapa yang mahu menjadi orang yang terlalu sibuk di tempat awam, dengan berjalan pergi balik cuba mencari Pidove yang bersembunyi. Pokémon Go adalah permainan yang dimaksudkan untuk bermain ketika sedang melakukan perkara lain. Ramai orang yang tidak disangka, masih bermain Pokémon Go sehingga kini.

 

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 8 Jan 2019

「尘归尘土归土」还比火化更环保!冰葬让人体回归天地

随着环保意识抬头,葬礼的精简和大体回归自然成为新一代身后方案追求的目标,除了最近推广的树葬、植葬外,最近还有另一种新的环保葬:冰葬。

TECH Mon, 8 Jan 2018

Tips Sekat Laman Sesawang lucah pada Peranti Pintar Anak – Anak

Risau anak-anak melayari laman sesawang lucah tanpa pengetahuan anda? Inilah dilema yang selalu dihadapi oleh ibubapa sementelah membenarkan anak-anak menggunakan peranti pintar.

TECH Mon, 11 Nov 2019

China Dah Mula Teroka 6G Sedangkan Yang Lain Baru 5G

Lajunya China dimana sekarang dah 6G sedangkan yang lain baru 5G

TECH Sun, 18 Nov 2018

Cara Cari Maklumat Objek Hanya dengan Gambar

Pernah keliru mencari apa nama objek di sekeliling kita? Permohonan berikut akan membantu anda mencari jawapannya.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Nubia Z18 – Peranti Kelas Perdana Terbaru ZTE Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845

Jika Huawei ada Honor, ZTE pula memiliki Nubia sebagai syarikat di bawah naungannya. Jenama Nubia mula melonjak naik semasa mereka memperkenalkan peranti menfokuskan permainan video, Nubia Red Magic. Kini, mereka dilaporkan sedang dalam proses terakhir untuk memperkenalkan peranti kelas perdana terbaru […]

TECH Mon, 15 Jan 2018

Powerbank Anda Original Ke Tiruan? Ketahui Cara Mudah Mengenalpasti Powerbank Tiruan

Ketahui Power Bank yang original ataupun tiruan.Jika ingin menyelamatkan wang anda daripada membeli Power Bank yang tiruan,baca artikel ini.

TECH Sat, 31 Mar 2018

Cara Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Mencari gambar menggunakan Google Image adalah perkara yang biasa kita lakukan tiap kali ingin mencari sesuatu gambar di laman internet. Sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna […]

TECH Fri, 16 Nov 2018

铲屎官注意!英团队推自动猫砂清理机Footloose

目前全球约有6亿只家猫,说这是「猫奴」世代也不为过。但猫主人都知道清理猫砂盘很费时,针对这个问题,英国新创团队研发出「 智慧猫砂盒—Footloose」,人们只需定时补充猫砂和丢弃底部的垃圾袋即可。

TECH Sat, 17 Feb 2018

Tips Muat Turun Video Daripada Instagram Tanpa Sebarang Aplikasi

Pernahkah anda teringin untuk memuat turn video daripada Instagram tetapi tidak tahu caranya?

TECH Mon, 27 Nov 2017

【免费Wi-Fi不要乱连】10种避免个资外泄“必做”确认事项

现代人没有手机会觉得不安,没有网路更是什么都不行。手机里没经过认证的APP,有可能变成骇客的工具,更有可能窃取你的个资密码,现在就连免费的 Wi-Fi都有问题。

| Live TV