TECH By: SGMS Enal December 8, 2019 @ 2:36pm

10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang anda tahu, Apple memperkenalkan iOS 13 di WWDC 2019 dan terdapat banyak ciri baharu yang telah diperkenalkan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips dan ciri baharu yang mungkin anda belum tahu mengenai iOS 13.

Tangkap layar halaman penuh di Safari dan simpan sebagai PDF

Fungsi yang hanya boleh digunakan di Safari ini boleh dilakukan dengan tangkap layar seperti biasa, kemudian anda boleh memilih untuk menyimpan skrin sebagai imej atau halaman penuh sebagai dokumen PDF.

Undo dan Redo

Anda hanya perlu menggunakan tiga jari dan sapu ke kiri bagi fungsi undo teks, manakala untuk redo anda boleh lakukannya dengan sapuan ke kanan.

Potong, Salin dan Tampal

Cara mudah untuk salin adalah dengan pinch atau cubit pada skrin menggunakan tiga jari. Untuk potong, anda boleh pinch dengan tiga jari sebanyak dua kali. Bagi fungsi tampal pula, hanya perlu pilih tempat yang anda ingin tampal dan unpinch dengan tiga jari.

Gerakkan kursor di sekitar skrin

Bagi memudahkan anda untuk menyunting teks, hanya perlu tap hold space bar pada papan kekunci dan kemudian gerakkan jari anda di sekitar skrin untuk menggerakkan kursor dan letakkannya pada tempat yang diingini.

Paparkan Formatting Bar

iOS 13 juga merangkumi Formatting Bar yang menyediakan akses untuk potong, salin dan tampal serta undo dan redo. Fungsi ini boleh dilakukan dengan hanya tap & hold di skrin dengan tiga jari dan anda akan melihat Formatting Bar ini muncul di bahagian atas skrin.

Anda boleh menggunakan ikon ini selain dari gerakan-gerakan di atas.

Suntingan Video

Dengan iOS 13, suntingan video kini boleh dibuat dengan cara yang sama anda menyunting foto. Anda boleh memotong, memusing, menambah filter dan menyesuaikan warna. Selain itu, anda boleh menyimpan video versi suntingan dan menyuntingnya kembali tanpa perlu membuat banyak salinan video setiap kali anda trim video tersebut. Paling penting, tidak perlu lagi menggunakan iMovie atau aplikasi luar untuk menggunakan fungsi di atas.

Imbas dokumen di aplikasi File

Imbasan dokumen boleh dilakukan di aplikasi File dengan menekan pada tiga titik di bahagian atas kanan skrin dan memilih scan documents. Kemudian, anda boleh mencipta folder baru untuk menyimpan dokumen yang telah diimbas.

Muat turun menggunakan Safari

Kini anda boleh memuat turun fail dari Safari dengan hanya menekan pautan muat turun bagi muzik, video, dokumen, serta lain-lain.  Seterusnya, Download Manager akan muncul dengan perkembangan muat turun.

Simpan Live Photo sebagai Video

Live Photo kini boleh disimpan sebagai video dan mempunyai pilihan effect seperti Live, Loop, Bounce dan Long Exposure.

Slide Typing di papan kekunci

Seperti SwiftKey, Gboard dan lain-lain, papan kekunci Apple iaitu Quicktype kini sudah mempunyai “gelongsor untuk menaip” yang dipanggil QuickPath.

Selamat mencuba.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 6 Dec 2017

HIGHLIGHT YOUR BEST MOMENTS ON INSTA STORY THANKS TO THIS NEW FEATURE

Now, we all have those moments on our Insta stories that we wish we could highlight forever.

TECH Thu, 23 Aug 2018

「单手洗碗机」根本懒人救星!

日本研发出一款超特别的「单手洗碗机」只要把盘子放进去,按下按键,就可以轻松洗干净,完全懒人救星!

TECH Wed, 24 Oct 2018

Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Kenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan.

TECH Fri, 16 Nov 2018

铲屎官注意!英团队推自动猫砂清理机Footloose

目前全球约有6亿只家猫,说这是「猫奴」世代也不为过。但猫主人都知道清理猫砂盘很费时,针对这个问题,英国新创团队研发出「 智慧猫砂盒—Footloose」,人们只需定时补充猫砂和丢弃底部的垃圾袋即可。

TECH Sun, 15 Jul 2018

Setelah Sekian Lama, Notepad Terima Kemaskini

Ketika mana Windows dikemaskini serta dinaiktaraf dengan pelbagai fungsi, Microsoft seakan-akan terlupa satu aplikasi yang sudah lama wujud dalam platform berkenaan, Notepad. Digarap dari pengumuman kemaskini oleh Google Blog minggu lalu, satu naik taraf signifikan […]

TECH Mon, 9 Jul 2018

“Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Perlukan ‘subtitle’ untuk menonton filem anda dalam ‘VLC’?Anda boleh cuba cara ini.

Automobile Thu, 12 Jul 2018

为什么欧系车后座脚下有Hump,日系车却没有?

许多轿车后座中央位置的脚下,都会有一个凸起的Hump,而这个凸起的部分也让后座中间乘客岔开大腿才能坐好,相当尴尬;不过日系车款却大多是平坦的。这究竟是为什么呢?

Automobile Thu, 9 Aug 2018

「下雨」当洗车很省钱?这种想法大错特错

大雨过后,万物看起来都干净许多,所以导致一些懒惰的车主认为,用自然的雨水清洗爱车恰恰好;但这种天真的想法,只会让你的车越洗越脏,还更容易缩短汽车零件的寿命。

TECH Tue, 17 Apr 2018

Cara Sembunyikan Mesej Pada Whatsapp

Mesti rimas kalau mesej kit dapat dibaca oleh orang lain. Kepada anda yang selalu mengalami masalah mesej selalu dibaca oleh pasangan ataupun rakan-rakan, berikut kami kongsikan satu cara mudah untuk anda menyembunyikan setiap perbualan pada aplikasi […]

TECH Mon, 18 Nov 2019

恐怖!脸书半年删除32亿假帐户

据路透社报道,社交媒体巨头脸书(Facebook)本周发布最新内容审核报告,称今年4月至9月间删除32亿个虚假帐户,以及上千万则有关虐待儿童和自杀的帖文。

| Live TV