Trending By: SGMS Enal December 2, 2019 @ 11:35am

5 Produk Kosmetik Beracun Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Lambakan pelbagai produk kosmetik beracun di pasaran sememangnya memudahkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan produk tersebut. Walaupun ramai diantara kita yang tahu produk komestik yang beracun memang menjanjikan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat.

Walaupun ianya membuktikan dalam tempoh masa yang singkat, namun kesan kesihatan yang diperoleh pada pengguna akan mengambil jangka masa yang panjang.

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi mengenai 5 produk kosmetik yang mengandungi racun dikesan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Produk kosmetik beracun tersebut adalah;

Perihal Bahan Racun Berjadual

Produk-produk kosmetik yang terlibat ini telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual yang terkandung dalam produk berkenaan. Oleh itu, 5 produk yang dikeluarkan ini tidak lagi dibenarkan untuk dijual di pasaran Malaysia.

Produk yang mengandungi miconazolebetamethasone valeratehydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

  • Anti-fungal (miconazole) yang diguna secara tidak terkawal boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.
  • Betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
  • Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik ini akan memudaratkan kesihtan. Ia mudah untuk diserap ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh menganggu  perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan. Bahan ini juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubatan pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK BERACUN INI

Penjual dan pengedar 5 produk kosmetik ini perlu mengehtnikan aktiviti jual dan edar produk ini dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk ini akan melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PRODUK KOSMETIK BERACUN

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Sumber: Kpkesihatan.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jul 2019

Neelofa Launches UK-Based Premium Merchandise with ‘LofaBrand’

Neelofa sets to conquer UK with ‘LofaBrand’, a collaboration with Coolulu.

Trending Tue, 27 Aug 2019

一个结婚蛋糕吃了49年!这对夫妻明年用蛋糕屑继续

美国宾夕法尼亚州就有一对白发苍苍的夫妻,把1970年结婚时的结婚蛋糕冷冻起来,每年一到结婚纪念日便切一小块出来吃,持续了整整49年。

Trending Thu, 5 Apr 2018

‘Dakwat Di Jari’ Kupas Isu Wanita Dalam Pilihan Raya Ke 14

Program Dakwat Di Jari yang bakal bersiaran selama sejam bermula 5 petang mulai Hari Penamaan Calon sehingga sehari sebelum tarikh mengundi.

Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

Trending Wed, 11 Sep 2019

Terlaksana Sudah Hutang Berbulan Madu

Lama tak dengar berita tentang Datuk Lee Chong Wei

Trending Sat, 30 Mar 2019

不该像脸的东西却「长得很像脸」

不该像脸的东西却「长得很像脸」,且看到最后才发现原来生活周遭都是脸!

Trending Wed, 3 Jun 2020
Trending Thu, 26 Dec 2019

Azhan Rani Dedah Taktik ”Scammer” Hingga Duit Habis Lesap

Artis pun terkena juga dengan scammer ya

Trending Fri, 15 Feb 2019

Dicabar Bumi Sebenarnya Sfera, Dr Sheikh Muszaphar Tampil Dengan Penjelasan Padu!

Bentuknya bukan seperti bola, lebih seperti telur. Setiap orang harus ke angkasa lepas jika diberi peluang…

Trending Sun, 7 Jul 2019

Pemandu Bas Meninggal Bawa Penumpang Ke Pulau Pinang

Maut memang tidak kenal masa dalam perjalanan pun boleh meninggal

| Live TV