Trending By: SGMS Enal July 19, 2019 @ 11:55am

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Seorang menteri kabinet Perancis senior dan sekutu Presiden Emmanuel Macron mengundurkan diri setelah timbul laporan terhadapnya yang menuduhnya makan lobster dengan menggunakan dana negara.

AFP melaporkan, Francois de Rugy yang dilantik sebagai menteri persekitaran pada September 2018, mengumumkan perletakan jawatannya selepas satu minggu laporan berikut disebar dalam laman web Mediapart.

“Serangan dan hukuman mati tanpa perbicaraan akan mensasarkan keluarga saya dan ini memaksa saya untuk mengambil tindakan sepatutnya.” Kata de Rugy yang menjadi ketua kerajaan selepas Perdana Menteri Edouard Philippe.

Mediapart telah memaparkan gambar Rugy dan isteri yang sedang menikmati  makan malam champagne dan lobster mewah dengan hidangan Hari Valentine.

Laman web itu menuduh peristiwa itu mengorbankan pembayar cukai. Mediapart juga mendedahkan bahawa de Rugy telah mendapat manfaat daripada apartmen berhampiran kampung halamannya di Nantes, Perancis barat yang disewa pada kadar istimewa yang ditujukan kepada pekerja berpendapatan rendah.

Laporan lain dengan merujuk kepada pengering rambut bernilai 500 euro yang dibeli oleh isteri Rugy dengan perbelanjaan awam dan pengubahsuaian apartmen kerajaan mereka dengan kos sebanyak 63, 000 euro.

Demonstrasi anti-kerajaan yang kejam telah dicetuskan oleh kemarahan atas ketidaksamaan ekonomi dan tuntutan bahawa pemimpin Perancis tidak berhubungan dengan orang biasa.

Bagaimana pun, De Rugy menafikan salah laku bahkan mendakwa semasa temu bual minggu lalu bahawa dia alah kepada udang galah dan tidak suka champagne kerana itu menyebabkan dia boleh sakit kepala.

Dr Rugy menyertai Macron dari awal dalam usaha untuk menjadi presiden pada tahun 2017.

Sumber: CNN Indonesia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 7 Sep 2019

Kerana Mengandung Di Belasah Teman Lelaki

Sudahlah sedang mengandung 5 bulan dipukul teman lelaki dengan teruk

Trending Thu, 26 Mar 2020
Trending Tue, 1 Oct 2019

Ganjaran RM30,000 Untuk Buru Pembunuh Gajah Yang Mati Ditembak

Gajah ini sengaja dibunuh, kesiannya. Jom sama-sama cari pembunuh

Trending Mon, 16 Apr 2018

忘拉手煞爱车被风吹跑「自动倒退还会转弯」

买个东西出来车就不见了?山东省青岛市黄姓男子本月6日开车前往当地某购物中心血拼,没想到30分钟后出来爱车却消失无踪,以为是遇上偷车贼急得打电话报警,结果警员调阅监视器画面一看……

Trending Mon, 20 Aug 2018

5种讨人厌的IG Stories类型,你中标了吗?

IG的限时动态(IG Stories)功能可说是时下最流行的社交功能。不过,还是有些令人恼怒的限时,常发些不知所云的内容,不是刻意晒照,就是图文不符,尤其无病呻吟真的令人觉得你是活在古代吗?哪来这么多忧愁?

Program TV Mon, 18 May 2020
Trending Mon, 24 Dec 2018

Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang

Lava Panas Gunung Berapi Anak Krakatau Sebelum Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang

Trending Mon, 14 Oct 2019

如果「憨豆先生」都有份参演好莱坞电影!

如果说,好莱坞的大片都由憨豆先生出演,到底会是怎样的呢?

Trending Sat, 5 May 2018

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti…

Trending Wed, 25 Mar 2020

| Live TV