Trending By: SGMS Enal December 21, 2019 @ 10:46am

Pecah Masuk Asrama Tiga MRSM Diberkas, 86 Telefon Bimbit Ditemui

Polis berjaya memberkas seorang suspek lelaki berhubung kes menceroboh masuk asrama di tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri ini dan menemukan semula 86 telefon bimbit dan enam komputer riba yang dipercayai dicuri daripada pelajar.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof  berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada kira-kira  4.06 pagi,13 Dis lepas di kawasan Baling, Kedah hasil maklumat dan risikan yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perak.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek dikesan aktif melakukan aktiviti tersebut sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan menyasarkan MRSM Lenggong, Gerik; MRSM Pasir Salak, Kampung Gajah dan MRSM Felda Trolak dekat sini, dengan menceroboh masuk bangunan asrama ketika pelajar sedang tidur.

“Kejadian terbaru dilaporkan pada 23 Nov lalu membabitkan kehilangan 33 buah telefon bimbit milik pelajar MRSM Felda Trolak dan dalam kejadian kira-kira  4.56 pagi itu, dua blok asrama perempuan telah dipecah masuk oleh individu yang tidak dikenal pasti. 

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan pagar telah dipotong di belakang salah satu bangunan blok asrama berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim di sini, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata polis percaya suspek melakukan tinjauan sendiri terlebih dahulu dan bertindak menceroboh masuk sebaik sahaja kesemua lampu di blok asrama dipadam.

Beliau berkata suspek yang bekerja sendiri menyimpan kesemua hasil barangan yang dicurinya di rumahnya di sebuah kampung di Baling.

“Polis menemukan 86 buah telefon bimbit antaranya jenama iPhone, Samsung dan Huawei, enam buah komputer riba pelbagai jenama, lima kad pengenalan dipercayai milik pelajar, satu kad pelajar MRSM Pasir Salak dan satu tag nama. 

“Kita turut menemukan beberapa peralatan bagi kegunaan penyelenggaraan telefon dan komputer antaranya pemutar skru dan pemotong wayar, katanya.

Beliau berkata suspek yang mempunyai kepakaran membaiki telefon dan komputer mengaku telah menjual sebahagian komponen dalaman dan telefon yang dicuri selain turut mengaku menjalankan kegiatan itu bersendirian dengan menunggang motosikal dari Baling menggunakan aplikasi navigasi sebagai panduan jalan ke setiap lokasi.

Hasil semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan dia kini direman bagi membantu siasatan, katanya.

Sumber : Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Mar 2019

PM New Zealand-Kami Akan Tanggung Kos Pengebumian Semua Mangsa

Bantuan akan diberikan tanpa mengira status mereka, sama ada warga imigran atau sebaliknya. Bantuan ini termasuklah kos pengebumian, serta sokongan kewangan kepada keluarga-keluarga yang kehilangan sumber pendapatan utama,

Trending Sat, 3 Mar 2018

Tempah Uber Ketika Mabuk, Rupanya Tersalah Set Balik Rumah

Dikenakan bayaran tambang Uber sebanyak AS$1,635 (RM6,426) kerana tersalah set balik rumah iaitu kampung halaman

Trending Sun, 29 Apr 2018

她将「15年老厢型车」改装超舒适跟狗狗环游世界

国外一名女子Marina Piro 亲手将一台老式的厢型车Pam 改装得超舒适,然后带着她的爱犬Odie 就这样四处旅行环游世界,并在IG 分享她的惬意生活让粉丝们羡慕不已,一起来看看她的旅程吧!

Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

Trending Mon, 4 Feb 2019
Trending Wed, 30 May 2018

What if Rosmah’s Story is the Next Dukun?

It seems she dabbles in black magic.

Trending Thu, 3 Oct 2019

Spend Your Halloween at The Most Instagram-able Spooky Experience at Lost World of Tambun’s Day of the Dead

Embrace the Mexican traditions honouring the dead as you step into the Lost World of Tambun.

Trending Tue, 19 Nov 2019

Kata Hamil Tapi Hakikatnya Ada Udang Disebaliknya

Wanita Kantoi Perut ‘Diusung’ Rupanya

Trending Sat, 20 Oct 2018

Luluh Hati Seorang Bapa, Tarik Sendiri Jasad Kaku Anak

Sebaik sahaja menarik jasad itu dari timbunan tanah, Asman terus cam yang batang tubuh itu adalah anaknya.

| Live TV