LIFESTYLE By: SGMS Enal January 6, 2020 @ 1:15pm

Antara Makanan Menjadi Penyumbang Kepada Risiko Keracunan Makanan

Keracunan makanan apabila anda terkena pastinya penat. Penat kerana berulang-alik ke tandas .

Penyebab keracunan boleh jadi dari makanan yang dimakan tercemar, penyediaan tidak betul, yang menyediakan tidak menjaga kebersihan, kawasan dimana masakan dimasak tidak terjaga ataupun memakan makanan yang sudah tamat tempoh. Ini diantara sebahagian punca atau penyumbang kepada risiko keracunan makanan.

Tetapi adakah anda tahu, sebenarnya terdapat makanan tertentu yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan. Ini dikongsikan diantara makanan yang menjadi penyumbang ya.

  1. Telur mentah

Telur mentah sering terdedah kepada pencemaran yang disebabkan oleh bakteria salmonella. Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak dan memastikan ia masak sepenuhnya atau sekurangnya-kurangnya matang. Ibu yang mengandung harus mengelakkan daripada memakan telur separuh masak, okay?

  1. Sayuran 

Sayuran hijau seperti buncis, salad, sawi, bayam atau sayur-sayuran lain merupakan sajian yang baik dan menyihatkan. Tetapi tanpa anda sedari sayuran seperti ini juga berpotensi menjadi penyebab keracunan makanan.

Ini kerana sayur mudah tercemar dengan kotoran yang terdapat pada tanah. Penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah juga boleh menyebabkan pencemaran silang. Jadi berhati-hati, ya?

  1. Tuna

Ikan seperti tuna juga boleh meningkatkan risiko keracunan apabila ia sudah tercemar dengan scombrotoxin. Masalah ini boleh menyebabkan anda berasa sakit kepala, kekejangan dan kemerahan pada seluruh badan.

Kaedah penyimpanan ikan tuna yang tidak betul atau disimpan pada tempat yang melebihi suhu 60 ℃ akan menyebabkan racun keluar daripada ikan. Bahaya!

  1. Daging merah

Hidangan daging yang tidak dimasak sempurna seperti daging mentah mengandungi racun dari pencemaran bakteria E.coli. Cara terbaik untuk mencegah keracunan disebabkan oleh daging adalah dengan memastikan ia dimasak dengan sempurna.

  1. Tiram

Makanan laut dari jenis kerang-kerangan boleh menjadi punca keracunan makanan. Tiram merupakan antara makanan yang boleh menjadi punca keracunan disebabkan pencemaran virus dan bakteria berbahaya dari air yang tersimpan di dalamnya.

Bahkan cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan saat dimasak juga meningkatkan risiko keracunan. Tiram mentah biasanya mengandungi racun vibrio vulnificus dan ia boleh memberikan reaksi alahan teruk seperti muntah, cirit-birit dan mual berlebihan.

  1. Kentang

Biasanya kita akan membeli kentang dalam jumlah yang banyak, bukan? Tetapi selepas ini, mungkin anda ingin membelinya dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ini kerana kentang yang disimpan terlalu lama berisiko terdedah kepada pencemaran silang dari Listeria, E.coli, Salmonella dan Shigella. Pencemaran ini boleh berlaku jika kentang disimpan bersama makanan lain seperti daging mentah.

Anda mungkin menganggap bahawa keracunan makanan adalah satu isu kecil. 

Jadi sebaiknya, pastikan anda mengutamakan soal kebersihan sama ada dalam aspek penyimpanan dan penyediaan makanan serta kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum makan.

Sumber :  Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 22 Nov 2019

Makan Kicap Parut Luka Jadi Hitam?

Mesti ramai yang pernah mendengar pesanan seperti jangan makan kicap kerana boleh membuatkan parut luka menjadi hitam pada kulit. Ianya sudah menjadi pantang larang hingga ada yang mengelakkan untuk mengambil kicap bimbang parut meninggalkan kesan […]

Fab Foodies! Mon, 12 Nov 2018

累了不靠喝咖啡!专家激推「6种提神食物」

随着科技不断的进步,每天被即时通知追着跑,繁重的工作量与满档的行程,加上忙碌社交生活让人喘不过气,精疲力竭的你每天早上总是起不来吗?

Fab Foodies! Fri, 8 Dec 2017

Kenali Baka Musang King Yang Asli

Corak Seakan Bintang Pada Bawah Buahnya,” Elak Ditipu Penjual, Kenali Baka Musang King Yang Asli

LIFESTYLE Thu, 5 Dec 2019

Perut Boroi Mungkin Boleh Menyebabkan Otak Jadi Kecil

Betul ke tidak ini cumalah kajian.

LIFESTYLE Thu, 3 May 2018

近期反复有4个异常,是免疫力“亮红灯”了!

人体之所以会患病跟免疫力高低有着紧密联系,免疫力高,疾病就无法胡作非为,免疫力低下就无法抵抗疾病入侵,那么到底免疫力下降有什么征兆呢?

Events Fri, 18 Oct 2019
LIFESTYLE Sat, 3 Aug 2019
Events Fri, 27 Apr 2018

Kahwin 19 Mei, Putera Harry ‘Lamar’ Abang Jadi Pengapit

The Duke of Cambridge berbesar hati untuk memenuhi hasrat dan sangat teruja untuk memberi sokongan kepada adiknya di Gereja St George, Windsor pada 19 Mei depan.

FESYEN Fri, 12 Jul 2019

It’s Not TeaLive But Tea Hair, This Peculiar Hair Color Went Viral On Social Media

People is taking Bobba tea to another different level!

LIFESTYLE Tue, 29 Oct 2019

小心!你也有可能得了抑郁症

每年的10月10日是世界精神卫生日(World Mental Health Day),而今年世界精神卫生日的主题是「预防自杀」。到底什么是抑郁症 ?你又有多了解呢?

| Live TV