Hiburan By: Del14 December 4, 2019 @ 3:50pm

Apex Kembali Merampas Takhta Juara Mingguan Mentor Milenia 2019!

Memang hebat! Selepas gagal mengekalkan status juara mingguan Mentor Milenia 2019 minggu lepas, kini Apex Tajudin kembali merampas takhta juara mingguan daripada Aedy Kama setelah dendangan lagu ‘Temberang’ nyanyian asal Ayda Jebat yang  diberi nafas baru, mendapat perhatian juri profesional sehinggakan Altimet berkata “Kalau malam ni Final, kau menang!”. 

 
 
 
View this post on Instagram

“ @apextajudin kalau malamni final, kau menang” – @altimet Saksikan secara Strim HD di tonton.com.my! #MentorMilenia2019 #MentorHazama

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

“Sudah tentu saya bangga dengan pencapaian Apex. Tiga kali memenangi juara mingguan, bukan mudah. Tetapi perasaan juga semakin gementar dan tertekan sedikit kerana orang dah ada expectation dan harapan yang tinggi terhadap Apex.

“Matlamat saya sekarang adalah untuk mengekalkan momentum Apex supaya graf dia semakin menaik dan bukan menurun kerana tinggal dua minggu sahaja lagi untuk malam separuh akhir dan malam final!” ujar  Hazama selaku Mentor kepada Xtra. 

Tahniah kepada Hazama kerana kedua-dua protegenya iaitu Apex Tajudin dan Arayn Malek  berjaya mara ke malam separuh akhir Mentor Milenia 2019, pada Ahad ini.

Apabila ditanya mengenai komen juri profesional, Datuk Syafinaz yang dia masih tidak mendapat persembahan yg ada ‘Wow factor‘  dari kesemua protege, Hazama cuma menjawab, “Mungkin.”

“Yang saya lihat, protege- protege ini masih mencari-cari ‘akar’ mereka.  Bila lagu secara berkumpulan, mereka mampu menyanyikan dengan baik. Bila menyanyi solo dalam pertandingan, mereka ni terlalu banyak berfikir sehingga mengganggu persembahan. 

“Saya tak salahkan mereka. Saya juga pernah melalui situasi yang sama sewaktu mula-mula berada di dalam industri. Kadang-kadang perasaan gugup mengawal diri. Masa ‘sound check’ semua sedap, bila live, terus jadi lain!” tambah Hazama lagi. 

Namun demikian, Hazama percaya pada bakat yang ada pada protege-protegenya dan yakin masyarakat di luar yang menonton rancangan Mentor Milenia juga mampu menilai tahap kemampuan dan bakat mereka. 

“Kenapa saya bagi lagu Temberang? Sebab  satu hari nanti bila Apex dah berjaya menjadi penyanyi, dia akan mendapat lagu-lagu yang luar dari ‘comfort zone’. Mungkin dapat lirik atau melodi yang dia tak pernah dengar pun dan dia terpaksa bersedia untuk membawa lagu itu dengan baik. 

“Saya saja bagi lagu yang kita tahu dinyanyikan oleh seorang wanita, lagu Ayda Jebat dan Apex berjaya membawa lagu itu seperti lagunya sendiri, lari dari bayangan Ayda.  Dia berjaya membuatkan lagu itu jadi relevan.” kata Hazama lagi. 

Apex cuma mampu memanjatkan kesyukuran kerana sekali lagi dipilih menjadi juara mingguan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan mengundinya.

“Terima kasih kepada semua yang sokong Apex, yang undi Apex dan saya berjanji akan cuba buat yang sehabis baik bagi malam separuh akhir nanti. 

“Bila juri kata ada peningkatan tapi masih belum ‘Wow’, saya tahu saya sendiri masih banyak kekurangan terutama sekali untuk menjadi penghibur. Apa-apa pun saya kena lebih fokus dan timba sebanyak mana ilmu dari mentor saya yang sudah banyak membantu saya selama ini.” jelas Apex. 

Hazama juga menafikan yang klip video tentang Apex tidak mahu melanggar prinsip untuk bebas bergaul dengan kaum wanita sebagai ‘propa’ semata-mata. 

“Apex yang saya kenal dari awal rancangan ini, memang jenis orang macam ni…beriman! Paling senang nak jaga, berdisiplin, dan mempunyai prisip. Dari awal lagi dia memang dah beritahu dia tak mahu kalau kena ‘over-over’ dengan perempuan.  Saya saja je nak ‘try’ dia ni. Tengok dia ingat ke tak apa dia cakap dekat saya.

“Ternyata Apex ni memang tak mudah goyah. Pendek kata ikut syariat lah. Alhamdullillah, ni memang perangai dia..amat menjaga hati isteri.

“Kalau dah popular nanti dia lupa apa janji dia, beritahu saya! Saya penampar dia sekali,” ujar Hazama sambil berseloroh. 

Tak sangka rancangan Mentor Milenia 2019 sudah hampir sampai ke penghujung! Jangan lupa temu janji kita setiap Ahad jam 9 malam, hanya di TV3! 

Ketujuh-tujuh protege yang bakal berentap di pentas separuh akhir Mentor Milenia 2019 Ahad ini!

Kredit foto: Zek

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Ini Hadiah Istimewa Syatilla Melvin Untuk Suami, Buat Netizen Terharu

Berita gembira itu turut dikongsi pada hari penuh makna iaitu ketika sambutan hari jadi suaminya, Shaheizy Sam beberapa hari lepas. Caption dan gambar sambutan hari jadi itu turut dikongsi bersama peminatnya menerusi akaun instagram miliknya.

Hiburan Fri, 16 Nov 2018

Memori Lama Bertandang Kembali Dalam ‘Seribu Rindu’

Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia? Ketahui kesudahannya drama 28 episod arahan Zamri Zakaria ini di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.

Events Wed, 31 Oct 2018
Events Tue, 21 May 2019
Hiburan Mon, 12 Aug 2019

‘Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak…’- Anzalna Nasir

Insya-Allah masanya akan tiba…

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

李欣怡跨界当编剧!导演陈立谦对其创作甚感满意

李欣怡跨界当编剧,创作网剧《很红又怎样》!剧本让导演陈立谦大赞且十分满意~

LIFESTYLE Tue, 25 Dec 2018

Alamak! Bahana Guna Perkakas Dapur Berkarat

Periksa Perkakas Sebelum Masak, Sudip Berkarat Boleh Memudaratkan Kesihatan

Events Wed, 19 Dec 2018

CJ WOW SHOP Luaskan Pasaran Menerusi Segmen Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Jadi, jangan ketinggalan untuk dapatkan diskaun dan mata ganjaran di CJ WOW SHOP!

Hiburan Wed, 13 Feb 2019
Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Jangan Main-Main, Raline Shah Pakar ‘Menembak’ Sekarang!

Raline juga berkongsi pengalaman belajar menembak selama sebulan sehingga berjaya mengawal senjata dan menggunakan senjata M 17 dan M4.

| Live TV