Events By: Attiqah Mohd May 21, 2019 @ 2:41pm

Ayuh, Sertai Media Prima Check-In Kampung Di 2 Lokasi Istimewa Ini! Wawa Zainal dan Aeril Zafrel Pun Ada

Tak sabar rasanya nak balik ke kampung halaman bila tibanya musim raya. Meriah suasana beraya di kampung bersama keluarga tersayang terutama buat perantau di kota. Bila tibanya hari raya, time ni la kita nak berkunjung ke rumah saudara, tak kurang juga membawang sesama sepupu sepapat kan?

Bersempena kampen Ramadan Raya iaitu ‘Setulus Ikhlas’ yang dianjurkan oleh Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN)2019, satu program telah dijalankan bagi berkongsi sambutan kemeriahan bulan puasa bersama orang-orang kampung. Syoknya!

Program ‘Check In Kampung’ ni akan menemui orang ramai di beberapa lokasi istimewa. Ayuh, Check In!

Ayuh, ‘Check In Kampung’ Di 2 Lokasi Istimewa ini!

Lokasi pertama ‘Check In Kampung’ dijalankan di sekitar Sungai Besar, Selangor pada 19 Mei. Program yang berlangsung sepanjang 3 hari ini turut dimeriahkan lagi oleh duta Setulus Ikhlas seperti Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Azhan Rani, Akmal Nazri, Shah Jaszle, Nadia Brian, Dai Fahmi dan ramai lagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah rakaman Singgah Sahur, gotong royong memasak bubur lambuk bersama orang kampung, berbuka puasa, jualan makanan (foodtruck), solat terawih dan banyak lagi. Bestnya!

Paling best korang boleh join selebriti dan duta Setulus Ikhlas berbuka bersama-sama di Dataran Tonggak. Nak selfi pun boleh tau!

Lokasi kedua bakal berlangsung di Tangkak Johor pada 24 dan 25 Mei. Kali ni korang boleh jumpa duta Setulus Ikhlas seperti Syafiq Kyle dan ramai lagi. Aktiviti menarik juga menanti korang di sana. 

                       

Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS Kampung Pun Ada!

Selain itu, program ini turut disertai oleh Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS yang diwakili oleh Amira Othman bersempena dengan kolaborasi antara 100 PLUS dan MPTN menerusi kampen terbaharu ‘Setulus Ikhlas;Setulus 100PLUS’.

Skuad ini turut dimeriahkan oleh Mira Filzah, Hairul Azreen, Syafiq Kyle, Sarah Suhairi dan Ande Bernadee. Menerusi kompen ini, pihak 100PLUS turut menyalurkan mesej positif untuk kita sentiasa kekal aktif bertenaga sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini,

Apa tunggu lagi, ayuh kita meriahkan Check In Kampung pada tahun ini. Check In Kampung ye bukan check in hotel macam Aliff Aziz. Salam Ramadan setulus ikhlas dari kami team Xtra. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 14 Apr 2020
Events Wed, 12 Sep 2018

Venue Change for Lui Peng’s Tour Stop in Malaysia

DON’T go to The Bee because there’s a change in location.

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Fri, 24 Aug 2018
Events Tue, 12 Mar 2019

National Geographic Earth Day Run to Combat Single-use Plastics

What better way to save the earth and get rid of single-use plastics!

Trending Hari Ini Thu, 30 Apr 2020
Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Fathia Latiff Ditempelak Pelakon & Pengarah Terkenal?

Micheal memberitahu Aiman juga salah seorang pelakon yang tidak pernah meminta wang pendahuluan sebelum memulakan penggambaran. Ala, kira jenis bukan berkira punya orang ya!

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Did You Know About Seo In Guk’s Birth Secret?

He found out the same day everyone else did.

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Apakah Hukum Aurat Anak Angkat Hael Husaini?

Umum mengetahui tentang penyanyi terkenal, Hael Husaini mempunyai seorang anak angkat yang comel, Helena. Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan hukum aurat antara Hael dan Helena??

| Live TV