TECH By: SGMS Enal October 15, 2019 @ 12:37pm

Isu Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Bakal DiSiasat!

Insiden kebocoran data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) adalah amat membimbangkan dan memerlukan penjelasan pihak terbabit.

Makluman secara bertulis tersebut adalah bagi menjawab soalan ahli parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sebelum ini. Daripada jawapan KKMM itu, beliau menyatakan kebimbangan dan berpendapat insiden itu serius kerana ia bukanlah satu jumlah yang kecil.

“Sebanyak 46.2 juta set data yang terbocor, ia lebih daripada jumlah semua rakyat Malaysia, ia sangat serius, rakyat Malaysia mengharapkan suatu penjelasan berhubung kebocoran data peribadi mereka,” Ahli parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Beliau mengulas jawapan bertulis Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kepada soalannya semalam berhubung bagaimana Nuemera (M) Sdn Bhd, yang dilantik kerajaan untuk melaksanakan sistem Sekatan Perkhidmatan Selular Awam (PCBS), gagal menjamin keselamatan data peribadi milik 46.2 juta pengguna perkhidmatan telekomunikasi, sehingga maklumat itu bocor.

Walaubagaimanapun, menurut beliau tindakan terburu-buru tidak boleh diambil buat masa ini kerana kes itu masih dalam siasatan.

Dalam jawapan bertulis itu juga pihak KKMM memaklumkan bahawa kerajaan telah menamatkan kontrak dengan Nuemera (M) Sdn Bhd, dan siasatan jenayah berhubung perkara itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 25 Aug 2018

Cara Mendapatkan Centang Biru Verified di Akaun Instagram

Tahukah pengguna yang ingin mendapatkan verified dari Instagram. Bagaimana caranya?

TECH Fri, 19 Jan 2018

Pindah Tab Butang Tutup di Firefox

Ingin mengubah konfigurasi ‘Firefox’ anda?Bacalah artikel ini.

TECH Mon, 23 Jul 2018

Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz

Huawei telah memperlengkapkan sejumlah peranti flaghsip mereka tahun lalu dan 2018 dengan cip pemprosesan 970. Hadir dengan ciri kecerdasan buatan, cip terbabit bakal menerima pengganti berdasarkan khabar angin yang sedang berlegar ketika ini. Difahamkan spesifikasi cip Kirin 980 sudah tertiris dengan kelajuan […]

TECH Thu, 5 Jul 2018

China Mobile Menjadi Mangsa Terbaru Perang Dingin AS-China

Kerajaan Amerika Syarikat(AS) sebelum ini telah menghalang produk keluaran Huawei dan ZTE daripada dijual di kedai-kedai yang beroperasi di dalam kem ketenteraan mereka. Malah, mereka turut pernah menyekat sebarang aktiviti perniagaan daripada dijalankan oleh syarikat tempatan dengan […]

TECH Wed, 29 Aug 2018

Ketahui Cara Untuk Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Terdapat cara lain untuk mencari gambar yang telah anda cari sebelum ini tanpa menggunakan butang ‘history’ pada ‘Browser Chrome’ anda.

TECH Wed, 8 Aug 2018

充电「这样做」手机会得内伤!

电池电力耗尽再来充电、一边充电一边​​使用、充电器过热或发出怪声了还不换,你知道这些使用方式对电池的伤害比你想像中来得严重?

TECH Tue, 3 Apr 2018

Kunci Windows Menggunakan Telefon Pintar

Windows 10 telah memperkenalkan satu kaedah unik untuk mengunci windows sekiranya pemiliknya beredar ataupun berjauhan Pada PC ketika sedang melakukan kerja. Maklumlah, risau juga untuk membiarkan windows yang tidak berkunci ditempat terbuka. Sistem ini dinamakan Dynamic […]

TECH Wed, 5 Sep 2018

Cara Untuk Memastikan Wifi anda Selamat.

Risau kalau-kalau ada penggodam yang nak ceroboh wifi anda untuk tujuan peribadi atau lebih teruk lagi untuk tujuan jahat. Ini ada cara-cara untuk memastikan wifi anda selamat.

TECH Thu, 28 Nov 2019

Facebook, Instagram Dilaporkan Alami Masalah Teknikal

Patutlah tak dapat nak terima apa apa notifikasi atau info terbaru ada masalah rupanya

TECH Mon, 23 Sep 2019

| Live TV