Hiburan By: Del14 November 1, 2019 @ 5:27pm

“Tunang Orang Pun Boleh Didukung-Dukung. Anak Dara Orang Boleh Dicium-Cium Dahi!” – Abby ‘Sound’ Siapa??

“Suami orang buat macam suami sendiri. Isteri orang selamba saja lelaki lain laga-laga pipi. Tunang orang pun boleh didukung-dukung. Anak dara orang boleh dicium-cium dahi!”

Itu antara teguran pelakon Abby Abadi yang dikongsi dalam Instagram miliknya hari ini.

Dalam perkongsian itu, pelakon yang dikenali melalui drama Gerak Khas itu menyentuh isu ‘ikhtilat’ kalangan masyarakat terutama anak seni yang beragama Islam.

“Dah pernah cakap pasal hal ini tapi nak ulang lagi sebab tiada siapa yang menegur, makin berleluasa macam tak ada segan silu.

“Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau dah pegang pun jangan, bertepuk tampar, berpeluk apatah lagi.

“Bila dah mula biarkan suami atau isteri kita waima anak-anak disentuh, dipeluk bukan mahram dengan macam-macam alasan untuk menghalalkan cara, konon macam abang dengan adik, dah macam keluarga dan sebagainya, itulah permulaan kepada pintu-pintu kemungkaran,” tulis Abby lagi.

View this post on Instagram

Buleh tak nk membebel sekejap? ? . Dah pernah cakap dah pasal hal ni, tapi nk ulang lagi sbb takde siapa yg menegur, makin berleluasa mcm takde segan silu dah… Tapi sebelum tu, nak kenalkan ni Suami Sy @jaiezzany kotlah belum ada yg kenal hihi ☺️ . IKHTILAT Suami kita jangan bagi perempuan lain pegang. Kalau pegang pun jangan, bertepuk tampar pun perlu di elakkan, peluk apatah lagi ye ? . Bila mula membiarkan suami kita atau isteri kita, waima anak2 sekalipun di sentuh, dipeluk oleh sesiapa sahaja yg bukan mahram mereka, dgn mcm2 alasan utk menghalalkan cara, “takpe.. dah anggap mcm Abg, takpe mcm adik sendiri.. takpe mcm keluarga bla bla bla..” itulah permulaan yg membuka kepada pintu2 kemungkaran . Dan bila dah bergelumang dgn perkara2 mungkar (maksiat) mcm tu, rezeki pun jadi tak berkat. Bila rezeki tak berkat, akan bermulalah perkara2 yg tak sepatutnya. Yelah.. syaitan dah menang. Fahamkan? ? . Saya lalu jalan tu dulu. Sy kerja dalam bidang yg membuatkan Sy tak jaga/peduli pasal ikhtilat. Terlupa halal haram segala sbb syaitan meriah disitu sana sini. Suami org buat mcm suami sendiri. Isteri org selamba je lelaki lain pegang laga2 pipi. Tunang org pun buleh di dukung2, anak dara org buleh cium2 dahi, pegang2 tangan, silang2 kaki lagiii…. Aduh duhhh duhhh.. maksiat besar besaran & terang terangan sangat tu yg mendatangkan kemurkaan ALLAH huhu… tp sebab dah biasa tengok, nampak mcm perkara biasa, mcm takde pape kan? ? . Jadi skrg… bila dah perasan, dah faham apa yg perlu dijaga.. jadi Sy usaha nk kita sama2 menjaga juga. Supaya pengakhiran kita nanti bukan dalam maksiat ye anak2, adik abang kakak makcik pakcik ye.. . Saling mengingatkan & berpesan2 kerana ALLAH Bukan bermakna Sy sempurna.. tp utk perbaiki diri bersama ye. Oklah tu je nk cakap. Selamat Hari Jumaat dari dalam kereta nk sampai JB dah hehe.. ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Rata-rata netizen menganggap teguran Abby itu susulan beberapa isu kalangan artis tempatan yang tular sejak akhir-akhir ini.

Antara artis yang dikaitkan adalah pelakon Isa Khan berkongsi foto mencium dahi seorang gadis dipercayai pelakon, Risteena Munim.

Malah, ada mengaitkan isu pelakon Intan Nurnajwa yang dikecam kerana gambar dia berpeluk pelakon Zul Ariffin, walau pun Intan bergelar tunangan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

Oleh: Guy Masaki

Sumber Foto: Instagram @abby_abadi112 & @jaiezzany

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Calon Dah Jumpa, Zizan Bakal Kahwin?

Zizan rasa korang semua pun dah tahu siapa orangnya, cuma buat masa ini namanya perlu dirahsiakan dulu.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Era Of Live Party Tampil Memukau Dengan 3 Lagu ‘Berhantu’ Calum Scott

Cair dengar suara dia kan? Apapun, terus stay tune tengok E! News versi Malaysia di channel Youtube kami!

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Sat, 8 Jun 2019
Hiburan Thu, 24 May 2018

Kemelut Antara Nora Danish Dan Fasha Sandha Akhirnya Terjawab!

Menurut Nora Danish, beliau sendiri mengakui mahu menamatkan segala kemelut bersama Fasha sejak sekian lama?

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Sebak Lawat Awie, Pendakwah Terkenal Mohon Netizen Terus Berdoa

Ustaz Ebit Lew memuji sifat Dato Awie yang dikatakan sebagai seorang yang lembut hatinya. Semoga terus sihat, Insya Allah…

Events Thu, 10 Jan 2019

Singapore’s Iconic Comedian Kumar to Tour Malaysia!

The multi-talented queen will be visiting multiple cities and towns across Malaysia.

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

| Live TV