Hiburan By: Del14 January 20, 2020 @ 2:49pm

Fasha Sandha Akui Fobia Berbicara Tentang Kehamilan

Insiden keguguran kehamilan yang lalu membuatkan pelakon jelita Fasha Sandha fobia untuk bercerita tentang kehamilannya kali ini walaupun ramai sudah membuat spekulasi dan andaian setelah terjumpa atau melihat foto-fotonya di media sosial kerana susuk tubuh Fasha yang semakin berisi seolah-olah sedang berbadan dua.

Akhirnya, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan (35) tidak mahu lagi berselindung dan mengesahkan yang dia kini sedang mengandungkan cahaya mata bersama pelakon, Aidil Aziz. 

“Saya mengaku ramai yang tidak henti-henti bertanya mengenai kehamilan saya apabila melihat perut semakin besar. 

“Alhamdulillah, saya hamil.  Cuma saya tidak mahu berkongsi usia kandungan kerana insiden keguguran sebelum ini membuatkan saya fobia untuk bercakap mengenainya,” kata pelakon drama rantaian Semua Salahku itu kepada BH Online. 

Fasha juga mengaku ini bukan kali pertama dia keguguran dan itu menyebabkannya lebih berhati-hati untuk berbicara tentang kehamilannya dan menjelaskan perkara yang sebenar.

“Saya ambil masa untuk beritahu perkara ini kerana ingin memastikan apakah masanya sesuai untuk dikongsi.  Sebolehnya, saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini (hamil) kerana masih sedih atas kejadian sebelum ini (keguguran). 

“Insiden itu melukakan hati kedua-dua anak saya.  Justeru, kali ini, saya mahu lebih tenang dan mengambil langkah berhati-hati. 

“Buat peminat yang selalu mengambil berat dan mendoakan yang baik-baik untuk saya, terima kasih saya ucapkan,” katanya lagi. 

Justeru itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2017 ini mengambil masa untuk berehat daripada berlakon buat sementara waktu dan menumpukan perhatian untuk mempromosikan drama dan komitmennya sebagai duta produk. 

Terdahulu, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli yang dikenali sebagai Jejai pada 2012 dan melalui perkahwinan pertamanya itu, mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli (6) dan Putri Raysha Jemyma (5) sebelum berpisah pada 2016. 

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada Mac tahun lalu dan pada 10 Jun tahun yang sama, Fasha berkongsi menerusi laman Instagramnya yang dia keguguran setelah berkongsi berita gembira kehamilannya pada 21 Mei. 

Sumber: BH Online

Kredit Foto: Instagram @fashasandha

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

SM Faisal Nasimuddin Dan Puteri Aisyah Intim?

Menerusi muat naik tersebut, kelihatan SM Faisal dan Puteri Aisyah memuat naik gambar dan video mereka keluar menonton wayang bersama. Sweet kan?

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

‘Bukan Tamak, Tapi…’- Issey Fazlisham Mula Tukar Angin?

Saya mahu fokus dalam apa saja projek yang dilakukan, selagi nama masih diperlukan saya gunakan peluang yang ada…

Hiburan Wed, 29 May 2019

Hadiah Untuk Mak…

Terbaiklah Mark!

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

林志炫511再来马开唱!誓为歌迷送上音乐盛宴

相隔3年,林志炫再来马开唱!5月11日再次登上云星剧场献唱,让歌迷再次见证他无可比拟的醇厚现场演唱实力。

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

“Puas Tangan Nak Menepis…” -Datuk A. Aida

18 kali tepis, mungkin 19 kali terima!

Hiburan Tue, 3 Jul 2018
Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Wed, 19 Dec 2018

‘Kilang Komedi’ Terima Respon Positif Peminat

Di The Joke Factory juga, kami ada slot khas dipanggil segmen Gelak Gelita iaitu pelawak Melayu yang mengetengahkan bakat mereka. Segmen ini diadakan setiap Isnin pada jam 8.30 malam.

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

Sayang Punya Pasal, Zara Zya Sanggup Hasilkan Supplement Untuk Kucing!

Beshetik juga dah makin berat, 13 kg dah tau!

| Live TV