LIFESTYLE By: SGMS Enal September 6, 2019 @ 12:48pm

5 Bunga Yang Selamat Untuk Dimakan, Siap Ada Khasiat Tau!

Peranan tumbuh-tumbuhan ini hanyalah sebagai hiasan dan pemberi udara yang sejuk. Tumbuhan ini dianggap berksesan dalam mengurangkan tekanan, mencegah selesma, dan membuang racun di udara sekitar rumah.

Sebenarnya tumbuh-tumbuhan dan bunga juga boleh dimakan. Sesetengah dari tumbuhan ini diketahui mencetuskan tindak balas alahan apabila dimakan. Namun, sesetengah yang lain juga didakwa baik untuk dimakan.

5 bunga yang selamat untuk dimakan dan memberi khasiat kepada tubuh, dengan merujuk Daily Meal.

Dandelion

Bunga cantik berwarna kuning cerah ini juga boleh dimakan. Apabila bunga ini menjadi layu, bunganya akan diterbangkan bersama angin. Benih putih halus yang terdapat pada bunga ini merupkan vitamin A, C dan K yang sangat baik untuk tubuh. Dalamnya juga tersimpan sedikit vitamin E dan B.

Kandungan lainnya ialah, zat besi, kalsium, magnesium dan kalium. Bunga ini juga diketahui memiliki tahap antioksidan yang tinggi serta anti-radang. Boleh juga digunakan sebagai bahan dalam salad, sup dan teh.

Lavender

Lavender ini biasanya digunakan sebagai wangi-wangian, tapi juga mempunyai manfaat untuk tubuh jika dimakan. Bunga ini boleh dicampur menjadi minyak penting yang dipercayai dapat membantu mengatasi kegelisahan, jangkitan kulat dan keguguran rambut.

Meski minyak penting lavender tidak boleh dimakan, tapi anda boleh mendapatkan manfaat lavender sebagai pelengkap kepada herba, teh, koktel, pasta, sos salad dan pencuci mulut.

Bunga Raya (Hibiscus) 

Bunga berwarna merah jambu terang ini tumbuh di kawasan tanah tropika, seperti Indonesia dan juga Malaysia. Beberapa tahun kebelakangan ini kerana rasanya yang lazat dan tahap vitamin V yang tinggi.

Bunga ini biasanya ditemui dalam teh dan koktel. Gunakan juga bunga ini sebagai alternatif pencuci mulut. Ianya dikatakan boleh membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kolestrol.

Calendula

Tanaman emas ini telah menjadii sebahagian daripada keluarga ester. Bunga ini boleh dijadikan sebagai teh atau minyak. Bunga ini juga boleh dimakan langsung. Kelopak bunga ini boleh menjadi sajian salad atau dihidangkan dengan cara dipanggang.

Bunga ini berfungsi untuk merawat sengugut haid, sakit tekak, kanser, ulser, buah pinggang, cacar dan penyakit kuning.

Bunga Matahari (Sunflowers)

Bunga matahari sangat popular dengan bijinya yang boleh dimakan, secara keseluruhan yang biasa disebut sebagai kuaci. Namun, selain bijinya boleh dimakan, ia juga boleh dihancurkan dan dijadikan serbuk untuk membuat roti.

Tunas bunga muda boleh dikukus dan dimakan. Sementara kelopak, daun dan akarnya boleh dihidangkan sebagai teh.

Sumber: CNN Indonesia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 1 Dec 2018

Harga Petrol RON 97 Turun Sepanjang Disember

Berita baik bagi pengguna RON 97, harga minyak turun ke RM 2.50 seliter sepanjang Disember 2018.

LIFESTYLE Sun, 22 Dec 2019

虚拟实境全新体验!云顶世界Sky VR最新颖游乐设施

虚拟实境之所以令人着迷,其原因在于它能让体验者仿佛瞬间置身于一个超现实的全新世界。

Events Sun, 24 Feb 2019

Brush Up on Working Skills with These Amazing and FREE Workshops

Lets all be better workers and office mates!

LIFESTYLE Fri, 20 Sep 2019

”Free Sugar Tak Bermakna Takda Gula”

KKM Kongsi 36 Nama Lain Gula Yang Dalam Produk Makanan

Fab Foodies! Mon, 29 Apr 2019

McDonald’s Extends Menu Hours + New Dishes in Conjunction with Ramadan

They’re making sure everyone will be well fed for sahur and buka puasa.

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
LIFESTYLE Tue, 18 Jun 2019

Here’s the Perfect Itinerary for a 3D2N Trip to Langkawi

Look no further, there’s all the info and planning you need.

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018

Kenali Label PAO Penentu Tarikh Luput Produk Kosmetik

Kenali Label PAO Penentu Tarikh Luput Produk Kosmetik, Jadi Tak Perlu Pelik Jika Perfume Dah Tak Wangi Lepas Ini

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

还敢用毛巾擦脸?洗完脸「自然风干+手抹开」皮肤更健康

许多人洗完脸,眼睛都还张不开,下意识就抓毛巾来擦干,这举动正确吗?

| Live TV